South Island, New Zealand - Part 5


Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Destinasi 11: Milford Sound

Day 4. Hari ni kami akan join tour group utk ke Milford Sound. Ini adalah salah satu destinasi wajib yg korang kena pegi kalo dah sampai kat NZ. Kami akan naik bas dari Queenstown dan naik cruise dekat Milford Sound tu.

Day tour yg kami amik thru website Bookme ni mmg afordable dan convenient. Bus akan pick up kami di depan resort dan kami akan join tour group dengan tourist2 yg lain. Another way to get to know more people from all around the world. So to save time and to make our journey more relax and easy, kami pun join je tour ni. If penat boleh tido je dlm bas tu. Cuma pakej kitorang ni xde makan sekali, so kitorang pun bawak la bekal sanwich sardin ngn buah2an. Kebetulan adalah lagi satu couple dari Ausie yg duduk kat resort kitorang yg nak join tour ni, so pagi2 buta tu kitorang berempat pun tunggu la kat bus stop depan resort. Sambil tunggu bas, kitorang sembang2 ngn couple yg dah agak tua tu. Asal dari Gold Coast rupanya.

Kalau nak drive sendiri ke Milford Sound mmg agak mencabar sbb perjalanannya akan melalui kawasan hutan dan gunung ganang. Kalau drive waktu dah gelap lagila mencabar sbb xde lampu di kiri kanan jalan. Dari Queenstown ke Milford Sound mengambil masa dlm 3 jam setengah dengan melalui Te Anau. Mmg korang wajib bermalam kat Te Anau sbb nak balik tu waktu dah gelap dan agak berbahaya nak drive. Lebih2 lagi kalo korang tu adalah 2 org anak dara mcm kitorang ni. Hehehehe. Tapi kalo korang confident nak drive, ok aje.

Perjalanan kami yg naik bas tu mmg best. Dengan pemandangan yg amat cantik kat kiri dan kanan jalan. Yg menambahkan bestnya, bas yg kami naik tu bumbung dia transparent (cermin). So kita boleh nampak pemandangan gunung ganang yg maveles kat atas bas tu. Driver bas pun peramah dan kelakar. Owh nak diingatkan, kalo naik tour bus ni kena pakai tali pinggang keledar. Utk keselamatan. Driver bas siap pesan, since dia dah bgtau awal2, if kita xpakai dan tiba2 kena tahan polis, so kita yg kena bayar saman sendiri ye. Masa atas bas ni sya bekenalan ngn sorang budak pompuan ni. Kami duduk sebelah2. Dia asal Taiwan, tapi sekarang tengah study dekat Aukland. So dia amik peluang cuti semester utk pegi ke South Island. Sorang2 je travel. Best tengok org mcm ni, berani dan independent dan yg penting kena pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kawan yg baru.

Sampai je kat Milford Sound, kami dibawa terus ke jeti utk menaiki cruise. Boat yg besar dan selesa yg diberi nama Mitre Peak II. Boat company ni namanya Jucy Cruize. Adala beberapa tour company yg korang boleh join utk cruise ni. Just google je dan tengok mana yg lebih affordable utk korang. Dlm Jucy Cruize, disediakan free flow coffee and tea. Kalau nak beli makanan pun boleh, tapi mahal la kan. Nasib baik kitorang dah prepare makanan sendiri. Jimat...

Cuaca hari tu mendung, huhuhu, xde rezeki nak tengok Milford Sound masa cuaca cerah dan langit membiru. Walaubagaimanapun, pemandangan tetap super superb dan menakjubkan. Sejuk tu jgn cerita la kan. Dah la naik cruise, mmg berangin sentiasa...gegegegege

Disepanjang cruise tu, akan ada org explain pasal persekitaran di Milford Sound ni, sejarahnya, keistimewaannya, etc. Kitorang yg ala2 jakun ni, mmg terus menuju ke bahagian luar boat. Konon2 nak menikmati keindahan tanpa batasan. Ahahahaha. Walau sejuk yg amat, jari ngn pipi kebas, kami gigih jugak duk kat luar boat. Xkira! Ahahahaha! Ada la jugak beberapa couple yg duk luar mcm kitorang. Kitorang suspek diorang ni pun jakun mcm kitorang. Kami nampak wild seal tengah lepak atas batu, penguin dan dolphin. Mmg best!

Sambil menikmati pemandangan yg subhanallah...cantiknya...baru kitorang terperasan ada couple dari Mesia yg kitorang terjumpa masa berenti amik gambar kat tepi jalan mana ntah sebelum ni. Xsangka dapat jumpa lagi kat atas cruise ni. Very nice couple dan sangat peramah. Kitorang sembang2 dan kemudian kitorang pun masuk dlm cruise sbb dah xtahan sejuk. Bila lapar, kitorang bukak bekal dan makan sama2. Sedapnya makan sandwich dan buah epal waktu sejuk2 ni. Nyam2.

Tak ingat berapa lama cruise tu berjalan, mungkin dlm 1 jam setengah kot, lepas tu kami pun balik ke jeti dan rehat2 sekejap msuk toilet dan kemudian terus naik bas utk balik Queenstown. Dalam perjalanan tu driver bas pasang movie The World's Fastest Indian. Cerita tu berdasarkan kisah benar tentang pemandu motosikal terpantas yg xpernah putus asa utk cipta record yg berasal dari NZ. Movie tu mmg menarik tapi sbb sye dah agak penat, baru half way movie tu sye pun tido...ZZzzzzzz.

Dlm pukul 8.30pm mcm tu akhirnya sampai kitorang kat resort. Lepas babai-babai ngn couple dari Ausie tu, kitorang pun balik bilik...

Owh! Nak cerita sikit pasal website Bookme ni, ianya menawarkan tiket2 dan pakej yg murah utk aktiviti2 dlm New Zealand ni. Mmg discount yg dia bagi amatlah murahnya. Cuma korang kena rajin monitor website ni sbb kadang2 dia boleh slash harga tiket up to 99%! Murah kan? Mmg giler murah. So kalo korang nak bwt aktiviti2 lasak spt skydiving, shootover jet, bungy jumping, etc, wajib cekidout kat website ni utk dapatkan harga yg murah.

Bahan2 buat sandwich. Sardin tu bwak dari Mesia ya

Kiri atas: Gelap lagi kitorang dah p kluar tunggu bas. Sejuk....
Kiri tengah: Pemandangan disepanjang perjalanan kitorang. Mmg superb!
Kiri bawah: Gunung ganang dilitupi salji mengiringi perjalan kami...(cewah...)
Kanan: Bumbung bas yg transparent. Best, bleh tengok view yg cantik
Bas akan berhenti kat kawasan2 cantik utk kitorang amik gambar. Xpuas kitorang amik gambar. Mmg superb sangat ciptaan Allah SWT. SubhanAllah!
Milford Sound...mystic sangat rasanya hehehe
Air terjun up close, sea lion dan pemandangan di jeti
Boarding pass sye :)

Saya di atas boat. Ada 2 tingkat. Tp sya xnaik atas pun

Destinasi 12: Mirror Lake

Kami singgah tempat ni dalam perjalanan ke Milford Sound. Mmg bas driver akan berhenti kat sini utk kitorang amik gambar kat tempat ni. Kenapa dipanggil Mirror Lake? Sbb reflection gunung ganang ngn pokok2 yg sangat cantik mcm cermin. Owhsem! Waktu kami sampai tu cuaca agak mendung, tapi reflection mmg still mabeles, cuma langit xkaler biru...tapi kaler mendung....  
Sekali tengok mcm gambar yg atas tu mcm terbalik. Tapi sebenar tu cuma reflection gunung atas air. Signage kecik kaler hitam kuning tu pun sengaja diorang pasal terbalik.


Destinasi 13: Te Anau

Ni pun salah satu tempat persinggahan kitorang masa on the way nak ke Milford Sound. Singgah p toilet, isi minyak bas dan shopping. Kalau korang ada masa lebih utk spend kat Te Anau ni, korang boleh la melawat ke tasik Te Anau. Ianya adalah tasik ke 2 terbesar di NZ dan pemandangannya pastinya superb, walaupun kitorang xpegi. Hehehe.  

Pekan Te Anau. Sunyi sepi je. Mcm pekan mati. Xde kete or org jalan2 pun.

Oklah. End of day 4. Kejap je dah hari ke 4. Huhuu. See you again!  

Toodles!!!

1 comment:

Unknown said...

Subhanallah maha suci Allah! Awesome, Cantik! Marvelous! Superb! Picturesque....wah gitew...tiada kata2 yg dpt diluahkan...perfect ciptaan Allah SWT!