26 fakta: ini kali petama saye

Swish swosh swish swosh, owh banyaknya habuk....batuk2*. blog sudah berabuk, entry baru 4 ketul dah senyap sunyi.... sangat hangat2 ciken shit... baca blog org suka, teringin nak buat sendiri, tapi bila dah buat malas nak hupdate. haish! sori, ni adalah tuan rumah bermonolog dan marah diri sendiri. jgn amik hati.

sebab sye suka baca blog traveller yg ada bag busuk aka cik fatt, jadi sye teringin nak jawab soklan2 yg dia tanya. 1st time ni jawab benda2 camni.

Bismillahirrahmanirrahim...

 
Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
sye ugogirl, tinggal di Selangor, anak jati Selangor, belajar dari tadika sampai U kat Selangor (T_T nampak no xbekembang), sekarang pun duk Selangor tapi keja kat KL, tu pun sempadan je ngn Selangor, nampak tu ha pintu gerbang sempadan KL/Selangor kat Federal Highway dari office. fakta yg selalu jadi modal kena bebel abang2 dan kakak2 dan anak2 sedara yg seramai 26 org tuh (mengikut last count sye...) adalah sye tiada lesen memandu kereta...T_T. bukan tidak mampu cuma tidak mahu...

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
sejak kawan ajak pegi balik kg dia kat Sarawak. tu la jugak 1st time naik kapal tebang. taun 2008

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
hurmmmm...mungkin kedua2nya kot, sbb sye jalan2 xpenah guna tourguide kecuali masa kat Bali tapi xjugak terlalu adventures mcm cik fatt. shopping bukan agenda utama ketika berjalan2.

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Nak kata backpacking, sekali je bejalan bawak backpack. lebih kepada buat itinerary sendiri dan memandai sendiri. tapi kalo kat sana ada perubahan ok saja. Selalu dlm budget mode dan mesti study dulu at leat 5 bulan sebelum melencong.

5. Siapakah travel partner anda?

kawan2 belajar, kawan2 keja dan kakak sye.

Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
taun 2009, pegi Ostrelia

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
malu nak letak, saya masih amatur huhu...kalo ikut turutan, Ostrelia, Korea, Arab Saudi (errr pegi Umrah kira melawat jugak kan?) dan Bali. Kalo dlm Mesia semua negeri (tapi bukan semua tempat) dah melawat kecuali Johor.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut.
dlm mesia adalah, luar mesia taun 2013 baru plan nak repeat beberapa negara.

 
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa

Dulu2 sye tertanya2 knapa org lain selalu nak ulang2 pegi cni...sye akan cakap kumpul la duit pegi Haji pulak, xpun sedekahkan duit tu kat org lain yg belum pernah pegi umrah/haji...tapi lepas kena batang hidung sendiri...hah! amek kau! setiap tahun rasanya nak pegi sana. perasaan kat sana yg sangat tenang dan dekat sangat dengan Maha Pencipta dan kita yg berlomba2 nak buat ibadah membuatkan sye nak jejak dan jejak dan jejak kat kat sana lagi...i miss U Kaabah...
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
sye nak tengok bunga banyak2, so sye nak pegi negara2 ada yg ada musim bunga dan sejuk....

a. Lavender fields....
b. Tulip fields....
c. Sakura yg masih intact kat atas pokok dan tengah berkembang penuh atas pokok....
d. Flower fields yg seluas mata memandang....
e. canola flowers yg kat jeju island tu
f. sun flower field
g. semua jenis field bunga lah yg xde kat mesia nih. kalo sye senaraikan kang xcukup abjad

err tapi...jwb soklan x nih?

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
yg kelakar banyak, antaranya adalah masa kat bali, bila xbleh naik boat kat lovina time nak tengok dolphin. boat tu tinggi sangat okay! susah nak naik. dah la terapung atas air.  akhirnya dua org pak indon tolong dokong sye hahahah. xpenah ok kena dokong sewaktu dewasa nih! malu banget! tapi muka buat2 control selamba aje lah... pastu bleh plak bot tu tesangkut kat batu karang so pak pengemudi tu pulak kena turun tolak bot. nampak sangat kitorang adalah sangat berat hahahah

masa kat Ostrelia, abg kawan sye mula2 nak sewa MPV yg besar selesa muat 8 org tapi yg dapat pajero yg boleh sumbat 5-6 org je. bayangkan naik pajero 6 dewasa + baby seat + luggage yg banyak... nanges wei sye kena duk seat belakang, kaki xbleh lurus, lutut betemu seat depan, selama 2 jam lebih perjalanan xbleh gerak. adoi!

masa kat Ostrelia jugak, sbb 1st time p negara sejuk (padahal xsejuk mana pun sbb tengah spring) sye mengalami kekeringan kulit melampau yg menyebabkan kegatalan kulit. adeh...time ni xtau pun kulit sye akan memberi reaksi yg mcm tu pada cuaca sejuk T_T.

masa kat korea, sye telah berjaya travel solo selama 3 hari! time tu geng travel sye dah balik dulu. hahaha 3 ari pun nak kecoh. tapi tu bg sye adalah pencapaian yg sangat membanggakan. hahha bila crita kat org lain suma cam xcaye...jadi sye terasa hebat bila cerita pengalaman tu. paling jauh pegi jalan sorang2 adalah ke Korean Cultural Village kat Suwon. kira luar Seoul la tuh. tu yg lagi terasa hebat sunggoh tuh.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Alhamdulillah setakat ni xde la pengalaman memalukan, cuma waktu pegi Sabah 1st time dulu, mula2 plan dlm 5 hari mcm tu tapi hari kedua dah balik sbb dapat call dari abg kata arwah mak confirm ada cancer perut (time tu arwah ada lagi). masa tu ingat lagi dekat Sabah Cultural Village, lepas abis tengok show, tengah tunggu guide nak bawak keliling village tu....:( sedih...

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
sudah pasti!

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya

ni nama dia rabokki. mcm maggi, tapi ada rice cake, telur yg dah rebus, paste cili, fish cake, kobis pun ada kot. taste verdict adalah sedap. order kena at least utk 2 org, makan sorang adalah tidak dibenarkan...

yg ni Bibimbap, veggie punya, sedap jugak

yg ni pulak adalah nasi arab lauk kambing ngn ayam, menu ni kat mesia pun ada tapi time ni makan kat ladang kurma lepas dengar ceramah pasal Nabi Muhammad. jadi feeling2 arab adalah lebih waktu ni...yg pasti makanan kat sana smua kering2 xde kuah.




Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
erm... backpack yg ada roda boleh x? hehehehe, sbb sye ada semua jenis beg tuh, backpack, troli dan backpack ada troli hahahah. tapi semua yg cap ayam punya.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan

yg ni beg troli sulung sye: dah penah pegi Ostrelia dan Umrah dan bawak keliling mesia


si merah hitam ni beg troli bleh sandang belakang: yg ni bawak pegi Bali ngn keliling mesia gak


yg ni beg org tapi buat cam rete sendiri: dah bawak pegi korea




btw, beg2 yg mmg sye punya ni berasal dari Giant je...ye sye tau sye cheapskate... (~_~')

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
body lotion (botol besar punye) kalo pegi tempat sejuk/kering - sbb kulit sye sangat kering kalo pegi tempat sejuk/kering...nnt akan muncul gatal2 T_T
kamera - giler apa tak bawak. baik xyah becuti!
kipas tangan - sye cepat bepeluh. perlu bekipas sentiasa. ni kalo pegi negara/tempat yg panas...

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
ni susah nak jawab sbb sye kalo boleh nak angkut satu gobok tu pegi jalan2 hahha (this may gave cik fatt a hint on entry how to travel light....?)

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
amik gambar banyak2, update FB, tengok orang, sekarang sye becita nak tulis travel log/diari jugak.  

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
suka bergambar dan mengambil gambar. maaf, kalo bab bergambar sye tidak pemalu...

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
nah...sye dah tambah gambar paling kurus sye...huhu selamat berkenalan. tapi gambar kaki ngn selipar tetap ada ye
 





































 
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
tshirt I HEART XXX (nama tempat tu) dan besi berani peti sejuk

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
selalunya, tapi sye xbg semua org, hanya insan2 terpilih dan tengok pada budget

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
amik gambar banyak2 pun dah ok. yg penting no 22 tu ada. xde saiz yg sesuai pun xpe, janji beli tshirt tuh




Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

korea: negara yg berjaya maju tanpa bahasa inggeris. terasa selamat je... orgnya mempunyai disiplin tinggi dan menepati janji. they live on a fast phase. terkejar2 ke sana sini. sangat hormat dengan org yg lebih tua. suka membantu org asing walaupun ada language barrier. terlalu banyak coffee shop ditepi jalan dan walaupun negara dah maju tapi still pelihara tradisi. owh, public transport yg tersangat reliable jugak

bali: perlu bersedia utk jadi gelap kalau nak duk cni lama2. sangat touristy, lebih ramai tourist dari org bali kot. nak cari makanan halal agak sukar, so mmg depend 100% pada pak supir. Penduduk di Bali dianugerahkan bakat artistik. dari achitecture hingga barangan perhiasan mmg pandai dan teliti diorang buat keja. Diorang jugak kuat kepercayaan agama.

australia: check immegresen/kastam yg paling ketat. sampai minyak cap kapak sye pun dia nak siasat... T_T. dan sepatutnya Mesia ikut mcm tu utk membendung ramai PATI masuk. Driver mereka sangat berdisiplin dan mematuhi peraturan termasuk had laju. cara pemanduan yg laid back dan relaks. kalo ada jumpa org langgar peraturan tu 90% adalah bukan org Ausie. xramai org asing yg bekerja di sana, even construction dan zoo workers pun Ausie. kalau di mesia mungkin lain sikit.

tapi walau sehebat mana pun satu2 negara yg sye kunjungi, Mesia tetapi di hati guwe...

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
utk ada org sponsor utk mengelilingi dunia dan xpayah keja langsung, hari2 travel dan abiskan duit travel, beli besi berani peti sejuk banyak2 tampal kat keliling rumah buat mcm wall of fame. tiap tahun pegi Umrah/Haji. duit xpenah abis dan sye bawak the whole famili sye pegi buat umrah/haji serentak! mari mula berangan sekarang....


Soalan Bonus :

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)

simply bekos ini adalah cop petama dari luar negara

Ausie Adventure Part 1

Jadi i've decided to share pengalaman berjalan2 ke negara orang pada kali ni. Negara luar yg petama sye pegi adalah Australia. tu pun taun 2009 hehhe. org lain dh selalu pegi luar negara dan dah lama pegi xkisah pun ye dak? hehehe tapi sbb ni kali petama sye buat paspot dan paspot sye bercop adalah pada 2009 jadi sye ingin berkongsi dengan semua.
kisahnye camni, kwn best sye si Ina dari Felda Trolak Utara yg ajak sbb diorang satu famili nak melawat kakak ina yg tengah study kat sane. to b exect dekat Southern Queensland Uni. so tanpe bepikir panjang sye pun bersetuju sbb time tu ada promo AA. semua diuruskan oleh Ina termasuk visa dan sbgnya. sye cuma bagi detail dan ongkos je utk part sye. so utk adventure kali ni xbleh nak bagi buget, mcm mana apply visa dsb...yg saya tau, ina apply visa through online saje. tapi kalo korang rajin boleh study kat cini . accomodation, keta semua diorang uruskan. rege tiket pun dah xingat. kita crita pegi mana dan share gambar sket2 je la ye.


Masa tu xde nak bgtau sesapa pun, mak ayah dah xde, tinggal adik beradik2 je, so dah nak dekat tarikh tu baru la bukak crita. sbb xtau apa reaction diorang. almaklumlah anak bongsu kesayangan...tehehe. karang kalo diorang xbg pegi camno? ada yg merajuk xmo balik raya agaknye.


dipendek crita, hari yg ditunggu pun tiba...

kami pun betolak naik kapal terbang spt di atas. santik sunggoh dapat tengok view mcm ni



Kami bukan nak ke Kuala Nerang, tapi ke Toowoomba, Queensland, nak ke ctu kena lalu Gold Coast (GC) dulu.

  

Ni la encik Pajero yg kami naik. bayangkan 6 org dewasa +  1 budak kecik + luggage2 kami. padat, mampat sunggoh. dah la kat sana wajib budak2 duk kat  baby carseat lagi la haru!!!huwaaa...pengalaman2 T__T

Masa kat imigresen kawalan sangat ketat. owh lupa nak cakap kami turun di Gold Coast Airport. Utk pengetahuan, antara barang yg xboleh/diharamkan masuk adalah:
1. Dairy product. Hanya Ausie dan NZ made je yg boleh msuk. so xde la Nescafe 3in1, Milo 3in1, KacipFatimah 3in1, TongkatAli 3in1, unless menda2 tu made in 2 countries yg disebut tadi
2. Daging based product
3. Rempah ratus bentuk bijian termasuk sup bunjut Adabi. kalo nak bawak kena bawak yg powder
4. Barang2 mkn yg tidak berlabel. Mcm ikan bilis, cili kering yg kita beli kati kat pasar tu. Kalo nak bawak boleh tapi kena bungkus molek2 dan labelkan dengan kandungan bahannye.

Tips beguna kalau nak bawak makanan waktu travel:
1. Labelkan (kalo xde label)
2. Masukkan dlm satu beg asing or kotak je
3. Buat senarai barang supaya senang imigresen tu nak check
4. Tolonglah declare semua benda yg perlu declare. Duit nak bawak masuk pun ada limit so kalo lebih declare je. Make sure ada clear explaination la kan bila depa tanya. kalo xdeclare dah la barang berkemungkinan dirampas, lepas tu kena bayar denda pulak

Selain dari makanan, semua benda pun diorang check. lagi2 lah kita ni org asia dan muslim pakai tudung. diorang mmg akan check lebih. sejak 9/11 tu. setiap barang diorang geledah. minyak cap kapak sye pun diorang check T__T...hehhe nasib tau nak nyebut minyak angin dlm BI kalo x jenuh nak explain. Anjing besar 2 3 ekor mmg sentiasa ada. walau ada tali pengikat dan ada penjaga tapi seriau jugak le bila diorang datang dekat...

Soalan2 berapa lama nak tinggal sana, duduk kat mana, nak pegi mana, ada kawan kat sana ke, semua diorang tanya. just play cool je. kalo kita xbuat salah nak takut ape kan?

Kalo korang nak tau ketat x ketatnya imigresen diorang, sampai ada rancangan khas utk cerita2 org xikut rule masa kat imigresen counter kat airport. Border Security tajuknya. sangat menarik crita dia. sempat la tengok beberapa episode masa kat sana.

Tapi kalau ikutkan bagus sangat diorang buat ketat2 mcm tu, sbb nak elak pekerja asing, nak jaga kualiti makanan dan industri pertanian (tu sbb dairy, meat prod dan bijian herba xbleh bawak).

Ni sedang melalui Brisbane utk ke Toowoomba. (Nota Geografi: Brisbane adalah ibu negeri Queensland. Toowoomba adalah salah satu daerah kat Queensland)
after reading so many blogs this past few years, i decided to start blogging...blog on what? xtau lagi, mungkin on my daily life which is kinda boring....or my travel experience...tapi xde la travel selalu pun.

apa2 pun, mari kita start hari ni... Syawal 4th, 2011.

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

semoga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah...

02/09/2011 11:43pm


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

source: utusan online


Fire Flower...eh?



taken masa main bunga api mlm raya