South Island, New Zealand - Part 6

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Destinasi 14 - Queenstown Gardens

Day 5. Kami masih di Queenstown. Lepas sarapan, kami plan nak ke Queenstown Gardens yg terletak xjauh dari Goldridge Resort tempat kami tinggal. Dalam 5 minit je kalo bawak kete (kalo xsesat...)

Masa kami pegi kan akhir musim luruh, so ada la lagi balance daun2 kaler oren/merah kat pokok. Tapi kebanyakkannya dah gugur dan dah start tumbuh daun hijau. Taman ni mmg sesuai utk kita yg nak berjalan2 sambil merehatkan minda dan menghirup udara segar lagi nyaman. Boleh jugak buat aktiviti riadah mcm joging, naik beskal, main frisbee, main layang2 xsesuai kot sbb banyak pokok heheheh...piknik ngn famili ke atau nak melepak2 sambil tengok pemandangan indah bandar Queenstown.

Taman ni dijaga dengan baik, jadi mmg cantik dan tenang je bila berada kat cni. Masuk free je ye. Parking pun free. Kalau datang waktu petang boleh enjoy pemandangan sunset yg superb sbb kat sebelah taman ni ada tasik yg besar.

Queenstown Garden
Musim luruh masih bersisa... Yang gambar bulat tu adalah wild mushroom

Destinasi 15 - Reflection gunung di Lake Hayes

Lepas lepak2 kat garden, kitorang balik bilik resort jap sbb nak solat. Dekat la katakan...macam singgah balik rumah gitu. Hehehehehe. Lepas solat kami nak pegi ke pekan bersejarah dekat ngn Queenstown ni iaitu Arrowtown.

On the way ke nak Arrowtown tu kami lalu di sebelah tasik dengan pemandangan gunung yg superb! Air tasik tenang waktu tu maka reflection gunung amatlah clearnya. SubhanAllah...mmg cantik sangat. Kami parking tepi jalan utk amik gambar, mmg terbaik lah!

SubhanAllah... Allah SWT is indeed the Greatest Creator
Saya dan Lake Hayes
Rumah bertentangan dengan Lake Hayes tempat kami berhentikan kereta. Magnificent!

Destinasi 16 - Arrowtown

Ada apa dengan Arrowtown? Ianya adalah sebuah pekan kecik yg mcm pekan cowboy gitu. Arrowtown adalah sebuah pekan bersejarah sebab kat sana dulu ada lombong emas. Maka orang ramai datang berkumpul dan berkampung di pekan ni utk mendulang emas.

Sekarang ni aktiviti mendulang dah xde. Tapi pekan ni masih dijaga dan terpelihara dengan bangunan lama yg dimantain dengan baik. Arrowtown jugak terkenal sebagai lokasi berbasikal dan jugak dekat dengan ski fields. Kalau musim sejuk org ramai suka duduk kat Arrowtown ni. Kalau xmusim sejuk pun ramai tourist yg datang utk menikmati suasana pekan lama dengan character yg tersendiri sambil minum2 di kedai kopi di tepi2 jalan.

Kat Arrowtown ni selain dari kedai2 cenderahati, pakaian dan bakery, terdapat jugak museum, post office dan banyak juga kedai makan. Pilih je korang nak pegi yg mana satu. Semuanya walking distance sbb pekan ni mmg kecik je. Kalo korang nak merasa naik kereta kuda pun boleh, tapi kena bayaran la sikit.
Pekan Arrowtown yg macam Cowboy town. Suka tengok bangunan2 lama ni kan?

Destinasi 17 - Lake Wakatipu

Lake ni cantik sangat kot! Betul...wa x tipu.... Lake ni terletak di sebelah Queenstown Garden dan juga dikelilingi banjaran gunung yg dipanggil The Remarkables. SubhanAllah...cantik sangat. Kalau ada duit lebih, kita boleh naik cruise kat tasik ni. Tapi kami just datang utk menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Pemandangan waktu sunset mmg superb! Xtau nak kata apa. Hahahah. Kena pegi dan experience sendiri.

Mentari senja di tasik Wakatipu
Deretan cafe, kedai2 kecil dan guesthouse yg comel
Kat tepi tasik. Tengah menikmati keindahan ciptaan Allah SWT

Destinasi 18 - Aggys Shack, Fish & Chips

Dekat pekan Queenstown gak ni. Dekat dengan kedai cenderahati yg saya cerita sebelum ni. Mmg thorbaek la fish&chips dia. Portion utk sorang adalah banyak. Kedai dia kecik je kat tepi tasik Wakatipu. Ada banyak pilihan fried seafood yg boleh korang beli. Kitorang beli fish&chips dan calamari. Sos cili xdek. Dia bagi dipping sos yg mcm mayonis tu je. So korang kena bawak/beli sendiri sos cili la ye. Tapi memang recommended!

Single portion. Sos cili not included. Tu beli sendiri ye :)
Brader yg sediakan makanan kitorang. Kat sebelah kiri tu menu utk korang pilih

Destinasi 19 - Turkish Kebab

Ni pun kat area pekan Queenstown tu. Halal dan taste wise mmg sedap la. Terubat la rindu kitorang nak makan daging halal. Selalu asik makan maggi, buah, kentang, maggi jek...heheehe.

Gambar makanan xde. Gambar signage je :)

Oklah. Jumpa next part pulak. Lama lagi nak abis nih. Toodlessss!

No comments: