South Island, New Zealand - Part 3

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Destinasi 3: Homestay En Abdullah

Day 2 dah. Kami masih di rumah en Abdullah. Pagi tu Kak Sal (wife en Abdullah) prepare a hearty breakfast spread utk kami. English style. Dan mmg itula kali terakhir kami makan proper home cooked meal disepanjang kami berada di NZ. T_T

Sambil breakfast, kami sembang2 ngn en Abdullah ngn Kak Sal. Antaranya diorang cerita pengalaman masa kejadian earth quake tahun 2011, driving style di NZ dan juga tentang photography. Thanks En Abdullah sbb tolong set kan camera DSLR kakak sye yg bru tu. Gambar cantik je everytime guna hehehe.

Lepas breakfast, kami keluar jln2 kt keliling rumah. Rumah En Abdullah ada backyard yg agak luas. Perfect utk BBQ waktu summer. Cuaca waktu tu mmg sejuk sampai mulut keluar asap. Xlama lepas tu, kitorang pun kemas barang dan akan memulakan perjalanan yg agak jauh.

Dari CHC kami meneruskan perjalanan ke Wanaka. Dari CHC ambil masa dalam 5 jam. Tapi sbb kami nak singgah ke Lake Tekapo maka perjalanan jadi lebih lama. Pemandangan disepanjang perjalanan ke Wanaka, subhanAllah... cantiknya...xdapat saya gambarkan. Kiri kanan nampak banjaran gunung dengan dilitupi salji, padang ternak lembu dan kambing biri2 yg seluas mata memandangan. Pokok2 yg daunnya dah bertukar warna musim luruh dan cuaca yg sangat best! Mata mmg xmengantuk la di sepanjang perjalanan tu. Tangan xlepas dari pegang kamera dan snap gambar. Kalau tertidur mmg rugi rasanya. Ciptaan Allah SWT mmg terbaik sangat. Kereta pun xbanyak. Mmg jarang2 kitorang terserempak dengan kenderaan lain. Tapi, walaupun xbanyak kenderaan sila la patuhi had laju yg ditetapkan...Or else nnt kena saman...bwt malu negara Malaysia je. Huhuhu.

Jalan yg lengang dan elok conditionnya disepanjang perjalanan kami dari CHC ke Wanaka. Kiri kanan ada ladang rumput yg penuh dengan lembu2 yg tengah melepak..Atas kanan tu gambar pam minyak masa kami berenti nak isi petrol. Mahal betul harga minyak di NZ

Memang xkan jemu dan xkan mengantuk la kan kalau pemandangan kiri dan kanan jalan secantik ni. Hehehehe

Destinasi 4: Lake Tekapo

Lepas lebih kurang 3 jam perjalanan kami sampai di Lake Tekapo. WOW! Hehehe tu je gambaran yg sye boleh bagi. Sangat cantik yg amat. Air tasik yg membiru, dengan dikelilingi banjaran gunung yg dilitupi salji. Pergh...picture perfect! Kat Lake Tekapo ada deretan kedai yg kita boleh singgah, toilet dan rest area. Jugak resort yg menghadap tasik. Internet Cafe pun ada. Bas pelancong pun banyak singgah sini. Tapi kami berenti singgah sbb nak p toilet, solat dan berehat kejap. Kitorang mmg plan nak duk hostel dekat Lake Tekapo ni tapi masa last2 day nnt. Nnt sya cerita kat post lain ya.

Kami carik port utk solat. Jalan jauh sikit dari main area. Nampak ada sebatang pokok pine kat tepi tasik tu, terus kitorang bentang tikar dan solat kat tepi tasik bawah pokok. Hem...nyamannya...mengadap tuhan sambil dikelilingi ciptaan tuhan yg sangat cantik. Terasa tenang je masa tu...
SubhanAllah...cantiknya ciptaan Allah SWT...mmg terpegun dengan kecantikan yg berada di depan mata ni...gambar kanan bawah tu adalah pokok kat tepi tasik tempat kami solat. Xkan saya lupa kenangan tu...

Destinasi 5: Lindis Pass (ketika melalui State Highway 8)

Sebenarnya ni cuma tempat persinggahan kitorang kejap je. Utk amik gambar. WOW! Hehehehe lagi sekali. Sangat cantik. Korang layan gambar je la ye. Xreti nak cerita cantiknya kawasan ni. Owh, bercakap pasal highway, kat sini xde tol ye. So cuma perlu risau petrol je, which agak mahal.

Bentuk muka bumi yg berbukit bukau ni mmg menakjubkan. Bila dah lalu confirmla kami berhenti dan amik gambar. Kereta pun mmg xbanyak. So senangla nak posing. Hehehe

Destinasi 6: Wanaka Bakpaka (Budget backpacker accomodation berdepan dengan tasik Wanaka)

Lepas lebih kurang 7 jam bertolak dari CHC, dengan average pemanduan 90km/j dan berhenti solat, ambik gambar kt beberapa stop, isi minyak semua tu akhirnya kami sampai ke destinasi. Hari dah nak gelap dan cuaca pun dah makin sejuk. Wanaka Bakpaka ni review dia agak bagus thru website Tripadvisor. Satu lagi website yg banyak membantu sya masa buat research everytime nak travel mana2. Kami dah book thru email. Lepas check-in, diorang tunjukkan kitchen yg ada utk digunakan dan juga tempat lepak dan tempat ada PC utk access internet.

Kami pilih utk duduk bilik 2 org dengan harga NZD71 utk semalam. Selesa tetapi agak sejuk sbb heater cuma dipasang bila kitorang sampai. So agak lambat la bilik tu nak rasa warm. Tapi walaupun dah lama pasang heater masih terasa sejuknya. Mmg malam tu kami berkelubung je la. SEJUK.....

Malam tu lepas makan, kitorang lepak kejap kat hall yg ada sediakan komputer utk kami access internet. Adalah beberapa org tengah melepak sambil sembang, baca buku dan minum kopi. Mmg style backpackers. Kalo duk kat tempat mcm ni, inilah peluang kita nak kenal orang dari negara lain. Ada pelbagai bangsa dan agama. Kat dapur waktu tu pun ada org tengah masak. Mmg happening hostel ni. Lepas tunggu giliran nak guna komputer kami pun duduk dan dapatla update famili dan rakan2 thru FB. Masa ni saya xde smartphone lagi dan xbawak laptop. Maka mmg depend pada komputer kat hostel utk access internet. Lepas tu balik bilik dan tido sambil melayan kesejukan malam... burrrrr....
End of day 2.

Ni la tempat kitorang tinggal kat Wanaka. Selesa dan lokasi yg menarik
Toodles!

No comments: