Ausie Adventure Part 1

Jadi i've decided to share pengalaman berjalan2 ke negara orang pada kali ni. Negara luar yg petama sye pegi adalah Australia. tu pun taun 2009 hehhe. org lain dh selalu pegi luar negara dan dah lama pegi xkisah pun ye dak? hehehe tapi sbb ni kali petama sye buat paspot dan paspot sye bercop adalah pada 2009 jadi sye ingin berkongsi dengan semua.
kisahnye camni, kwn best sye si Ina dari Felda Trolak Utara yg ajak sbb diorang satu famili nak melawat kakak ina yg tengah study kat sane. to b exect dekat Southern Queensland Uni. so tanpe bepikir panjang sye pun bersetuju sbb time tu ada promo AA. semua diuruskan oleh Ina termasuk visa dan sbgnya. sye cuma bagi detail dan ongkos je utk part sye. so utk adventure kali ni xbleh nak bagi buget, mcm mana apply visa dsb...yg saya tau, ina apply visa through online saje. tapi kalo korang rajin boleh study kat cini . accomodation, keta semua diorang uruskan. rege tiket pun dah xingat. kita crita pegi mana dan share gambar sket2 je la ye.


Masa tu xde nak bgtau sesapa pun, mak ayah dah xde, tinggal adik beradik2 je, so dah nak dekat tarikh tu baru la bukak crita. sbb xtau apa reaction diorang. almaklumlah anak bongsu kesayangan...tehehe. karang kalo diorang xbg pegi camno? ada yg merajuk xmo balik raya agaknye.


dipendek crita, hari yg ditunggu pun tiba...

kami pun betolak naik kapal terbang spt di atas. santik sunggoh dapat tengok view mcm ni



Kami bukan nak ke Kuala Nerang, tapi ke Toowoomba, Queensland, nak ke ctu kena lalu Gold Coast (GC) dulu.

  

Ni la encik Pajero yg kami naik. bayangkan 6 org dewasa +  1 budak kecik + luggage2 kami. padat, mampat sunggoh. dah la kat sana wajib budak2 duk kat  baby carseat lagi la haru!!!huwaaa...pengalaman2 T__T

Masa kat imigresen kawalan sangat ketat. owh lupa nak cakap kami turun di Gold Coast Airport. Utk pengetahuan, antara barang yg xboleh/diharamkan masuk adalah:
1. Dairy product. Hanya Ausie dan NZ made je yg boleh msuk. so xde la Nescafe 3in1, Milo 3in1, KacipFatimah 3in1, TongkatAli 3in1, unless menda2 tu made in 2 countries yg disebut tadi
2. Daging based product
3. Rempah ratus bentuk bijian termasuk sup bunjut Adabi. kalo nak bawak kena bawak yg powder
4. Barang2 mkn yg tidak berlabel. Mcm ikan bilis, cili kering yg kita beli kati kat pasar tu. Kalo nak bawak boleh tapi kena bungkus molek2 dan labelkan dengan kandungan bahannye.

Tips beguna kalau nak bawak makanan waktu travel:
1. Labelkan (kalo xde label)
2. Masukkan dlm satu beg asing or kotak je
3. Buat senarai barang supaya senang imigresen tu nak check
4. Tolonglah declare semua benda yg perlu declare. Duit nak bawak masuk pun ada limit so kalo lebih declare je. Make sure ada clear explaination la kan bila depa tanya. kalo xdeclare dah la barang berkemungkinan dirampas, lepas tu kena bayar denda pulak

Selain dari makanan, semua benda pun diorang check. lagi2 lah kita ni org asia dan muslim pakai tudung. diorang mmg akan check lebih. sejak 9/11 tu. setiap barang diorang geledah. minyak cap kapak sye pun diorang check T__T...hehhe nasib tau nak nyebut minyak angin dlm BI kalo x jenuh nak explain. Anjing besar 2 3 ekor mmg sentiasa ada. walau ada tali pengikat dan ada penjaga tapi seriau jugak le bila diorang datang dekat...

Soalan2 berapa lama nak tinggal sana, duduk kat mana, nak pegi mana, ada kawan kat sana ke, semua diorang tanya. just play cool je. kalo kita xbuat salah nak takut ape kan?

Kalo korang nak tau ketat x ketatnya imigresen diorang, sampai ada rancangan khas utk cerita2 org xikut rule masa kat imigresen counter kat airport. Border Security tajuknya. sangat menarik crita dia. sempat la tengok beberapa episode masa kat sana.

Tapi kalau ikutkan bagus sangat diorang buat ketat2 mcm tu, sbb nak elak pekerja asing, nak jaga kualiti makanan dan industri pertanian (tu sbb dairy, meat prod dan bijian herba xbleh bawak).

Ni sedang melalui Brisbane utk ke Toowoomba. (Nota Geografi: Brisbane adalah ibu negeri Queensland. Toowoomba adalah salah satu daerah kat Queensland)
after reading so many blogs this past few years, i decided to start blogging...blog on what? xtau lagi, mungkin on my daily life which is kinda boring....or my travel experience...tapi xde la travel selalu pun.

apa2 pun, mari kita start hari ni... Syawal 4th, 2011.

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

semoga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah...

02/09/2011 11:43pm


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

source: utusan online


Fire Flower...eh?



taken masa main bunga api mlm raya