South Island, New Zealand - Part 8

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).


Destinasi 24: Chancarla Farm Park

Day 7. Destinasi pertama kami pagi tu adalah ke Chancarla Farm Park. Salah satu cita2 kami masa datang ke New Zealand ni adalah nak tengok binatang yg namanya Alpaca. Unik binatang ni tau. Dia adik beradik Llama. Leher panjang dan berbulu tebal. Selalunya di NZ, depa bela Alpaca utk bulu dan juga dagingnya. Tapi kat farm yg kami pegi ni, diorang bela utk amik bulu je. Boleh buat baju, topi, duvet dan sebagainya.

Kat farm ni, selain dari Alpaca ada jugak binatang lain mcm keldai, miniature horse, lembu, kambing biri2, arnab dan babi ehehehe. Kalo korang ada bawak budak2 lagi syok sbb boleh bagi makan binatang-binatang ni dan ada tour guide yg explain pasal binatang2 kat dalam farm. Masa kami p entrance fee dia NZ10 sorang. Utk kanak2 kami xpasti harganya.

Kami e-mail siap2 owner dia sebab takut tarikh yg kitorang nak pegi tu ada org lain dah book utk large tour ke farm party ke... So bila owner kata OK baru kami confirmkan. Bayaran dibuat secara cash masa kat farm tu nnt.

Masa kami sampai kami disambut oleh Trish dan beberapa ekor anjing kecik yg sangat hyper. Ahahaha kelakar masa tu. Terjerit2 kitorang sbb takut kena terkam ngn anjing. Padahal anjing2 tu xde pun nak gigit, Depa cuma excited sbb ada org datang. Terlebih friendly agaknya. Ehehehe. Bila nampak kami takut2 ngn anjing2 tu terus Trish masukkan anjing2 tu ke dalam rumah dia. Hehehe legaaaa.....

Lepas perkenalkan diri lebih kurang, terus Trish bawak kami ke belakang rumah dia. Kami dapat roti sorang sebaldi utk diberi makan kepada binatang2 yg ada. Comel sangat ok binatang2 kat ctu. Sangat friendly jugak. Heheheh seronok dapat bagi makan kat binatang2 yg jinak ni. Mmg best! Farm ni mcm private farm sebenarnya. Sambil kitorang bagi makan Trish akan explain pasal binatang2 kat farm dia dan perkenalkan nama dan umur. Sambil2 tu kitorang sembang la pasal diri kitorang. Trish ni anak2 ada 3 org tp semua kerja kat bandar. Farm ni dia manage dengan suami dia je.

Kawasan ladang dia pun cantik je. Mcm yg kita selalu tengok dlm tiwi tu kalo ada cerita Cowboy hehehe. Lepas puas amik gambar dan bagi makan pada binatang2 yg ada kat ctu kami pun balik utk pegi ke destinasi yg seterusnya.

Gambar atas sye tengah kasi makan alpaca togel. Togel sbb baru kena cukur bulu. Gambar bawah tu alpaca yg masih berbulu tebal hehehe. Gambar bawah kiri tu sye dengan Trish. Dah nenek dah Trish tu eheheh tapi cargas lagi
Miniature Horse dan kambing yg comel.
Kasi makan keldai, babi yg banyak bulu ngn ayam yg banyak bulu gak ahahahaha
Alpaca togel, lembu besar dabak ngn miniature horse lagi
Saya ngn baldi berisi roti dan jugak keldai2 yg pandai posing eheheheh
Pemandangan dari ladang Chancarla. Memang thorbaek!

Destinasi 25: University of Otago

Universiti tertua di New Zealand dan dibuka pada 1869. Saja je kami masuk ke uni ni sbb nak fefeeling belajar kat oversea kikikiki. Sbb uni ni yg paling tua maka bangunan2 dalam ni adalah mixture bangunan baru dan lama. Salah satu bangunan menarik adalah Clocktower Complex. Dulu bangunan ni adalah post office tapi sekarang dah jadi part of uni.

Mmg xde activity sangat kat uni ni. Kami jalan ikut sukahati kami je. Kalo cantik kami amik gambar, kalo x kami jalan la lagi sampai penat ehehehe.

Clocktower Complex. Cantik senibina bangunan ni. 
Masscomm xde, Marcomm ada hehehhe boleh la...
Terasa macam student pulak bila tengok dorang ramai2 tengah jalan nak p kelas or p makan tu ehehehe
Mcm rumah je bangunan dorang ni kan...siap ada kerawang2 lg.


Destinasi 26: Otago Museum

Seberang jalan dari tempat kami parking kereta kt luar uni tu ada sebuah museum. Sebab free maka kami pun masuk... ehehehehe. Kalau bayar rasanya kami x masuk sbb kami bukanlah peminat museum2 nih.

Ada banyak galeri dalam museum ni. Ada cerita pasal orang asli di NZ (Maori), binatang2 darat dan laut NZ, culture dan barangan kraf org NZ. Kalo minat mesti seronok masuk museum.

Burung kiwi icon negara NZ dan juga pintu masuk ke Otago Museum
Orang Maori zaman dulu2 dan juga saya dengan painting apa ntah
Sampan zaman dulu2 dan saya yg tengah belakon
Ketua tribe dulu2 ehehehe

Destinasi 27: Otago Peninsula, Portobello Rd

Dari museum kami balik motel dulu utk makan dan solat. Lepas tu kami sambung jalan2 lagi. Kali ni kali menyelusuri Otago Peninsula. Bandar Dunedin ni mmg terletak di ujung tanjung of NZ, so bandarnya mmg dikelilingi laut. Sangat cantik dan sesuai utk drive sambil menikmati pemandangan laut yg sangat cantik.

Bila nampak tempat cantik lebih sikit kami turun kete dan amik gambar. Lepak2 kejap dan sambung naik keta balik heheheh. Menikmati keindahan ciptaan Allah SWT tu mmg best. Lebih2 lagi waktu bercuti. Xperlu nak fikir pasal kerja, jammed, hemmmm....

Otago Peninsula, Portobello Rd
SubhanAllah cantik sangat tau
Posing2 sikit kat tepi laut ni ehehehe. Sejuk tau masa ni
Jumpa bunga cantik. Pemandangan kt cni semuanya cantik2 belaka. Xpuas mata memandang
Cengkerang yg kesepian...ecewah
She sells seashells by the seashore. Cantik kan?

Destinasi 28: Wild Sea Lion, Otago Peninsula

Di sepanjang Otago Peninsula ni akan ada pantai2 di mana terdapat sea lion liar yg kadang2 akan naik ke darat dan berjemur. Kami sangat bertuah sbb waktu kami berenti kat salah satu pantai yg ada kat situ mmg ada sekor sea lion besar yg tengah berehat. Wah! Apa lagi, kami terus berjalan ke arah sea lion tu utk amik gambar. Bukan senang tau nak tengok singa laut liar in its natural environment.

Kat tepi jalan sebelum turun ke pantai tu dah ada siap2 papan tanda tentang larangan2 dan apa yg perlu kita buat kalau nak mendekati singa laut ni. Antaranya adalah:

i. Always stay at least 10 metres from seals and sea lions. Allow them more space if they are active, and be prepared to move away calmly.Do not disturb seals and sea lions. 
ii. Don’t make loud noises or throw objects in their vicinity.
iii. Keep dogs and children under control around seals and sea lions.

Kalo ikut pembacaan saya, singa laut ni x makan orang, tapi kes gigit orang tu ada, heheheh. Jadi perlulah kita ikut peraturan, takut apa2 hal nnt susah kita huhuhuhu.


Tu dia singa laut tengah berjemur tepi pantai. 
Singa laut  mula2 tido pastu bangun and mcm marah je huhuhu. Kitorang duk 10 meter tau dari singa laut tu...takut kena kejar

Destinasi 29: Dunedin Railway Station

Di tengah bandar Dunedin, ada sebuah stesen ketapi yg berusia lebih dari 100 tahun, Kami sempat singgah ke stesen ni. Dekat je dengan kilang Cadbury yg kami pegi sebelum ni. Cantik bangunan stesen ni. Interior pun menarik.

Kami masuk ke dalam stesen dan pegi ke platform. Ada ketapi tengah berenti kami pun posing la amik gambar ehehehe. Dekat luar bangunan ada taman kecik. Boleh duduk2 dan rehat2 sambil menghirup angin senja ehehehe.

Kat luar stesen. Dah nak gelap dah waktu ni
Kat platform, cuma kitorang ngn satu group lagi budak2 muda yg saya rasa pun datang visit jugak
Interior stesen ketapi 
Naik ketapi jap. Walaupun xbergerak ehehehe

Alhamdulillah...tamatlah pengembaraan utk hari ke 7. Kita jumpa lg di entry lain ye. Tooooodlesssss!

South Island, New Zealand - Part 7

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).


Destinasi 20: AJ Hackett Bungy: Bungy Jumping New Zealand

Day 6. Nope, kami xde buat bungy jumping ya. Ketaq lutut kot. Dah la sebelum melompat kena timbang berat badan, ahahahha. Abislah depa tau betapa ringannya sye hihihihi.

Well anyway....hari ni adalah hari last kami di Queenstown. Kami akan meneruskan perjalanan ke Dunedin pulak. On the way ke sana kami singgah dulu tengok orang buat lompatan bungy kat AJ Hackett ni. Since kami sendiri xmelompat, maka xbleh la nak share experience kat sini. InsyaAllah kalo ada rezeki dan courage lepas ni kan...mana tau...kami datang lagi utk cuba lompat2 kat sini heheheh

Kami sampai masih awal, kalo nak masuk tengok org melompat free je, boleh masuk anytime. Mula2 masuk korang kena jalan ke bawah sikit utk sampai ke tempat register dan tempat briefing sebelum buat lompatan. Kalo korang nak try, bleh la register dan bayar, dlm NZD190++ jek.... Yg kami ni terus je pegi keluar dekat deck utk tengok org melompat.

Masa kami sampai tu ada la group dari India ni (India la kot, sbb depa cakap mcm org Hindustan) yg nak buat lompatan. Yang mak bapak duduk kat tepi mcm kitorang je lepas tu diorang bg support and sorak utk anak masing2 yg akan melompat. Eeeeiiiii takottttt...Kalo tengok je dah takut apa lagi nak melompat kan? Budak2 yg melompat tu pun duk terjerit2 ketakutan. Huhuhuh. Tp mmg respect la kat org yg berjaya melompat ni. Abis melompat diorang akan dikutip oleh boat kecik yg menunggu kat bawah jambatan.

Lepas dapat tengok 3 org budak dari India melompat dan amik gambar kenang2ngan (itu je yg mampu huhuu T_T) kami pun pegi la meneruskan perjalanan.

Bangunan AJ Hackett Bungy dari viewing deck dan keadaan dalam bangunan yg ada tempat  briefing, tanyangan video dan kedai cenderahati 
Adik2 tengah melompat dan dikutip dan saya yg cuma mampu amik gambar je ehehehe


Destinasi 21: Cromwell

On the way nak ke Dunedin, kami lalu kat Cromwell dulu. Kat sini terkenal sebagai kawasan pertanian dan banyak ladang2 buah yg ada kat sini. Kalo pegi waktu summer, mmg meriah dan banyak buah masa tu. Boleh pegi petik buah sendiri. Huhuhu tapi kami datang waktu autumn kan, so xdela musim buah dan xboleh nak fefeeling petik buah sendiri...insyaAllah next time kalo ada rezeki ya.

Walau xde musim, kami still singgah kat kedai jual buah diorang. Saje nak tengok apa yg ada. Tapi hampes, mcm mahal jek. Yelakan sbb bukan musim huhuhu. Baik beli kat mart je huhu. Mahal2 pun ada la jugak terbeli madu asli. Saje je nak rasa and buat kenang2ngan. And believe me, masa saya taip post ni (Jun 2015), masih ada lagi madu yg sye beli tu dalam peti sejuk....belom habis....ahahahaha.

Kat kedai2 ni pun terkenal dengan icecream buah buahan yg segar. Tapi kami xbeli sbb cuaca sejukkkkkk....
Cromwell landmark dan saya yg tengah pilih madu. Yg saya beli tu yg kat atas tu ye. Saja je nak merasa
Buah dan sayur yg agak mahal sbb xde musim
Tengok tu ladang anggur yg kering kontang huhu. Eh betul ke anggur?

Dalam perjalanan dari Cromwell nak ke Dunedin, kami terserempak dengan 2 kejadian yg kami xpenah nampak kat Mesia. Mungkin ada kat Mesia tapi kami yg x penah nampak agaknya eheheheh. Jadi kami adalah sedikit jakun….

Mula2 kami terserempak dengan sebuah lori besar yg tengah mengangkut rumah utk dipindahkan ke tempat lain. Yes…you read it right…mengangkut rumah ye tuan2 eheheheh. Rumah jenis apa ntah. Bukan la diperbuat dari kayu or simen. Ternganga jugak la kitorang. Dah la lebar rumah tu makan jalan kitorang. Sib baik kakak saya terrer bawak kete yg dah sipi2 nak masuk ladang sebelah jalan tu ehehehe.

Tenganga jugak masa nampak rumah atas lori ni. Sampai senget2 kete nak melepasi rumah hehehe. Nak dibawak ke mana ntah
Kejadian kedua adalah apabila ada sekumpulan kambing tengah melintas. Bila kata sekumpulan tu, adalah dalam beratus ekor! Siap ada anjing pengembala yg tolong control. Mcm dalam tiwi cerita omputeh tu. Kitorang pun terpaksa la berhenti nak bagi laluan kat kambing2 tersebut…ehehehe. Ladang kambing tu mmg sebelah jalan je, so kambing2 tu nak balik rumah agaknya…pengalaman sungguh!

Kambing nak balik umah. Banyakkkkk. View kat belakang tu cantik kan?

Destinasi 22: Cadbury World, Dunedin

Lepas lebih kurang 3 jam perjalanan dari Cromwell, akhirnya kami sampai ke Dunedin. Sebelum check-in kami singgah ke Cadbury World dulu. Kami beli tiket online thru bookme website. So dapat separuh harga NZD10. Kalo x NZD20. Kat sini kami tengok proses pembuatan coklat Cadbury. Interesting jugak terutama kalo bawak budak. Bau coklat mmg perghhh…heaven…

Mula2 lepas register depa kasi briefing tentang background dan rules masa tour sedang berjalan. Lepas tu depa kasi kami cap yg macam shower cap tu ngn beg plastic sorang satu. Tujuan cap tu utk menjaga kebersihan la kan. Plastic tu pulak utk isi coklat2 yg akan diorang bagi masa kitorang tengah tour nnt. Sebabnya everytima sampai point tertentu, guide akan explain pasal pembuatan coklat and then kasi kuiz. Banyak korang jawab, banyak la dapat coklat.

Tapi just to remind everyone that bukan semua coklat Cadbury keluaran New Zealand ni halal. Korang kena rajin baca label dan jangan makan kalo ada code2 bahan makanan yg meragukan. Macam kitorang, daripada 10 jenis coklat yg kitorang dapat sepanjang tour tu, dlm 3 or 4 jenis je yg boleh makan. Maka berwaspadalah.

Masa tour xboleh amik gambar ye dalam kilang tu huhuhu. Tapi bila dah keluar kawasan bangunan kilang, ada la jugak tempat yg boleh posing2, so boleh la juga amik gambar.

Masa nak exit tu kita akan lalu kedai yg jual segala jenis coklat Cadbury yg depa keluarkan. So kami pun beli lah coklat utk cenderahati. Tapi bila compare harga dengan PaknSave, lagi murah beli kat luar rupanya. Mungkin masa tu PaknSave ada buat sale kot. Tu yg lagi murah…

Luar bangunan Cadbury World

Tengah tunggu guide sambil posing2 sikit

Guide kitorang dan gambar lepas abis tour. Cap mcm guide kitorang pakai  tu la yg kitorang kena pakai jugak. Eheheh. 
Lepas abis tour boleh beli coklat. Hanya pemegang ticket je yg boleh beli kat kedai ni. Kalo saja2 nak beli xbuleh

Destinasi 23: Garden Motel, Dunedin

Lepas abis membeli coklat, kitorang pun pegi check-in motel utk penginapan 2 malam kami. Di Dunedin, kami stay di Garden Motel. Kami pilih small studio dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk tv, kitchenette dan microwave. Parking kete pun dlm kawasan motel dan bukan kat tepi jalan raya. So keselamatan insya Allah terjaga.

Garden Motel signage dan keadaan dlm studio kitorang. Abaikan katil bersepah tu ye

Parking lot kat kawasan motel. Kuda ijau kitorang tu tengah paking kat depan bilik. Senang je.
Malam tu kami keluar carik makanan. Kat Dunedin ni ada beberapa kedai halal yg kebanyakannya menjual makanan middle east dan makanan india. Kami beli lamb kebab dan ada nasik dlm kebab tu. Alhamdulillahhh…sedap dan kenyang. Sambil2 tu kitorang makan gak coklat2 yg kitorang dpt masa kat Cadbury. Tapi jenuh baca label dan yg kami confident halal je yg kami makan ehehehe.

Kebab yg kitorang beli. 

Rupa kebab kitorang yg sedap!

Makan avocado yg kitorang beli kat Cromwell, coklat yg dapat kat Cadbury World dan perencah maggi yg beku sbb cuaca sejuk. Ahahaha agak jakun gak kitorang mula2 tu. Ehehehe

Tamat lah adventure kami pada hari yg ke 6. Kita jumpa lagi ya! Tooodddless!