South Island, New Zealand - Part 1

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Wow, New Zealand! Macam xpercaya je saya dah jejak kaki ke negara mat saleh yg satu ni. Negara yg satu masa dulu saya cuma kenal dari iklan tiwi dan kotak susu je....hehehehe. Kami bertolak pada 16th May 2012 dan balik pada 27th May 2012. End of autumn waktu tu, cuaca sejuk dlm 10-15 celcius. If mlm boleh cecah 1-3 celcius.

Sbb AA introduce route ke Christchurch (CHC), maka kami pun beli tiket ke ke sana masa ada promo. Utk pengetahuan sekarang ni AA dah hentikan route ke CHC. Jadi xdapek la korang nk beli tiket murah2 mcm kitorang ni ye. Doa2 la AA buka balik route ke CHC or Aukland. Utk kali ni, ticket kitorang (me and my sister je yg pegi utk trip kali ni) cuma RM756.00 seorang termasuk makan dan luggage. Murah? Ye, saaaangaatttt murah. Dan disebabkan kemurahan harga tiket tu menyebabkan kitorang yg tamak haloba ni extend our stay dan beli tiket flight lain utk balik ke Mesia. Mula2 beli tiket 16 May dan balik 22 May, tapi lepas tu bila tengok tiket Jetstar tengah murah (one way dlm RM1K+), maka kami beli tiket balik saja ke KL utk 27 May. Maka total price utk tiket kami je dlm RM1.8k lebih kurang. Still murah lagi tu tau.

Masa naik AA, direct flight ke CHC, tapi naik Jetstar kena transit kat Melbourne dan Singapore. Xpela kan. Jauh perjalanan luas pemandangan...gitu.... :P

Flight dari KL ke CHC ni amik masa dlm 12 jam (ngeee kematu vontot)! Dan beza waktu adalah CHC awal 4 jam dari Malaysia. Contoh if CHC pkul 2pm, kat Mesia baru 10am. Gitulah ye lebih kurang. Utk pengetahuan, utk long haul flight (lebih 6 hours) dlm flight akan dapat 2 kali makan. Jadi xperlu risaukan perut anda tu ye. Hehehehe.

CHC adalah bandar di dalam lingkungan gunung berapi aktif. Sebelum kami pegi, CHC dilanda earthquake dengan magnitute 6.3 pada Feb 2011. Sebelum tu 7.1 masa 2010. Alhamdulillah, masa kami pegi xde earthquake. Cuma ada mengalami sedikit tremor (minor earthquake) yg xberbahaya. Yg tu nnt saya cerita kat chapter lain ya.

Lepas buat planning (mula plan 6 bulan sebelum kejadian), maka route yg kami amik utk jelajah South Island of NZ adalah spt berikut:

16th May - bertolak dari KL
17th May - arrived at CHC. Stay 1 mlm
18th May - bertolak ke Wanaka. Stay 1 mlm
19th May - bertolak ke Queenstown. Stay 3 mlm
22nd May - bertolak ke Dunedin. Stay 2 mlm
24th May - bertolak ke Lake Tekapo. Stay 1 mlm
25th May - bertolak ke CHC. Stay 1 mlm
27th May - betolak balik KL early in the morning

Tips pemanduan di New Zealand:

Kami sewa kereta dan drive sendiri. Actually, kakak saya yg drive, saya jadi co-pilot je. Driving di NZ sama mcm driving di KL. Kerete jenis stereng sebelah kanan. Dan kita xperlu ada international driving licence. Bila sewa kereta sewa sekali dengan GPS. So senang nak cari jalan. Utk pengetahuan, jarak setiap bandar tu agak jauh. Jadi mmg perlu plan betul2. Yg bagus, di sepanjang jalan, banyak rest area dan kita boleh rehat2 dan p toilet. Tp jgn expect mcm RnR kat Mesia ya. Kadang2 kawasan rehat tu cuma, satu kawasan lapang utk parking kereta, ada bench dan meja dan ada toilet. Kadang2 xde toilet pun.

Had laju paling laju adalah 100km/j saja. Kalo kawasan pekan atau kawasan sekolah atau ada construction kt tepi jln, cuma 30 ke 50km/j saja! Dan korang jgn berani2 nak pandu lebih had laju, walaupun kat jln raya tu xde kereta lain. Dan dari pengalaman saya, mmg jarang jumpa kereta lain pun. Kecuali bila lalu pekan2 kecil. Walau xde polis, tapi org tempatan kat sana boleh report kat polis. Diorang bagi je plat no kete korang kat polis, nnt adalah polis yg tunggu kat depan nak bagi surat saman. Dan saman diorang adalah mahal okay... Ni cerita betul sbb masa kat Queenstown, kami jumpa satu group dari Mesia ni dan diorang baru je kena saman. Hehehe. Pelancong x pelancong. Kalo dah salah sila la bayar. Okay?

Oleh kerana jarak di antara pekan di NZ ni agak jauh, maka kami perlu berjaga2 dengan petrol dlm tank kete kitorang. Kena sentiasa check. Kalo agak2 dah kurang kena terus isi sbb jarak antara petrol station tu adalah jauh. Kalau kat bandar besar mcm CHC tu xkisah sangat sbb petrol station banyak, tapi kalo lalu highway yg kiri kanan jalan cuma ada gunung ganang, kambing biri2 dan lembu mmg la perlu sentiasa beringat.

Harga minyak petrol di NZ ni ikut pasaran semasa. Setiap hari bertukar. Kalo nak jimat boleh la kot nak monitor harga, tapi kitorang ni xde la nak check harga. Asal jumpa petrol station je terus berenti.

Tip seterusnya, bukan pasal memandu, tapi kalau cermin kete korang ada frost (embun malam yg membeku kat atas cermin kete kita disebabkan cuaca yg sejuk). Benda ni slalu belaku kat negara yg sejuk. Jadi, kalau pagi2 kete korang ada frost, pasang enjin dulu, biar kete panas. Lepas tu korang siram cermin kete ngn air suam2 kuku. Jgn guna air panas sbb cermin kete boleh pecah sbb perubahan suhu yg drastik. Atau guna air garam.

Tips bawa makanan masuk ke New Zealand:

Makanan pulak, since kami berdua je, maka kami mmg bergantung banyak kepada bekalan makanan yg dibawa dari Mesia. Ada jugak pegi supermarket beli barang makanan and beli makanan halal, tapi tu nnt cerita kat post lain ya. Masa atas flight, korang akan diberi declaration form. Jadi sila isi dan declare semua jenis makanan yg korang bawak, ubat, duit berapa banyak, etc... Tips yg saya boleh kongsi adalah, pack semua bekalan makan dalam beg khas utk makanan dan buat senarai nama makanan yg korang bawak dan letak jenis makanan. Instant noodle ke, 3in1 drinks ke.  So if immegresen periksa nnt, xperlu la nak selongkar semua beg. Lagi satu, bawa makanan yg ada label bahan2 saja. Kalau nak bawak sambal ikan bilis ke sambal tempe yg homemade tu, tolong pack nicely dan letak label bahan2.  Makanan2 segar mcm buah, sayur, daging atau sandwich yg ada sayur segar dlm tu, adalah xboleh di bawa masuk. Jadi pandai2 la korang ya. Kalau nak smooth je masa immigresen checking tu, ikut lah peraturan. Nak masuk negara org kan, mestila hormati rules dan regulation diorang.

Oklah, tiket dah cerita, travel route dah cerita, kete sewa dan makanan pun dah cerita. So nnt jumpa kat entry seterusnya.

Toodles!
Welcome to New Zealand...katanyerrr....heheheheh

No comments: