South Island, New Zealand - Part 2

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Departure:

Flight kami berlepas pada pukul 11.40pm dari LCCT. Proses smooth je. Alhamdulillah

During flight:

Kami xdapat duk tepi tingkap sbb xbeli seat (yes...we are that cheap! ahahaha) dan web checkin lambat. So org yg duk tepi tingkap kat row seat kami adalah sorang mamat mat saleh yg kami suspect adalah musician atau peminat music. Sebabnya, dia bawak gitar. Hehehehe. Kami xsembang pun ngn mamat tu. Dia yg malu ke kami yg malu pun xtau. Dah la dia tak pre-order makanan or beli makanan dlm flight. Bila kami dapat makanan je rasa bersalah sbb dia xmakan. Kan bila makan dlm flight tu bau dia semerbak je kan. Sian mamat tu. Tapi tu la sapa suh xbeli makanan. Kami bercakap dengan mamat tu 2 kali je. 1st time masa dia pinjam pen kitorang utk isi declaration form, 2nd  time masa saya suh dia bukak tingkap sbb nak amik gambar pemandangan kt luar yg cantik bangat.

Sbb flight malam, lepas board dan berlepas je, diorang mula serve makanan. Sye ok aje sbb lapar. Sambil makan nasi lemak pak nasir tu duk terpikir, berapa lama lagi baru dpat makan nasik ni. huhuhuhu... drama sangat. Lepas makan, baca2 magazine jap, dengar MP3 jap, pastu tido.... lagi2 bila diorang malapkan lampu. Mmg lg syok tido la kan.

Lepas tido dan tejaga pastu tido balik, jaga balik, akhirnya matahari pun keluar dan menampakkan cahaya yg cantik sangat. Saya rasa pemandangan dari cockpit (tempat pilot) lagi la menariknya kan? SubhanaAllah...ciptaan Allah mmg terbaek! Xlama lepas tu, diorang serve pulak makanan kedua. Kali ni makan nasi ngn kari ayam ijau. Makan je la kan dah org bagi. Ops bukan bagi free ya. Kami bayar....ekekeke

Baggage claim dan pemeriksaan immigration di airport:

Flight kami touch down di Christchurch International Aiport dlm pkul 1.55pm waktu CHC. Pilot announce, cuaca masa tu sejuk dan sedikit hujan renyai. Dlm  5 celcius mcm tu. Saya dah xingat. Tapi mmg agak sejuk tambah2 lagi dengan angin yg bertiup.

Masa nak amik luggage tu, mcm biasa kami kena tunggu la kan dekat tempat luggage yg berpusing2 tu. Dalam kami menunggu beg tu datang la pegawai imigresen sambil bawak sekor anjing kecik yg comel. Anjing tu duk cium2 beg nak carik bahan2 terlarang. Suspend jugak sbb takut idung basah anjing or air liur dia tu tekena beg kitorang. Jenuh nak samak nnt. Tp alhamdulillah, xde la tekena beg kami. Lagi satu anjing ni x scary pun, xmacam anjing2 kat airport Gold Coast dulu. Besar2 dan panjang2! Takut je kena terkam.

Lepas amik luggage, kitorang kena beratur utk diorang check luggage. Ada 2 line, satu line kalau ada brg nak declare, satu lagi xde barang nak declare. Kalau kita yg duk bawak makanan, ubatan, dsb ni wajiblah duduk line ada barang nak declare. Mmg line ni agak slow la sikit sbb immigration akan buat thorough checking. Tapi kalau ada barang2 yg kita bwk tu sebenarnya xboleh bwk masuk dan dirampas, xkan ada penalty dikenakan. Cuma setakat rampas je. Tapi kalo korang xdeclare pastu tiba2 kena rampas barang, siap tambah dengan penalty ya.

Lepas beberapa lama beratur, akhirnya turn kami pun sampai. Pegawai immigration yg check kami tu sorang je. Pompuan. Walau rasa confident xde barang yg menyalahi undang2 tapi rasa cuak tu ada gak. Mana la tau tiba2 maggi kesayangan kitorang tu kena rampas ke apa ke kan? Ahahahah. Tapi alhamdulillah, semua lepas. Beg makanan tu mmg dia check betul2. Siap keluarkan semua barang dlm tu. Tehehehhe, malu kitorang sbb org lain yg tengah beratur kt belakang tu mesti nampak stok meggi ngn milo yg banyak tu ehehehe.

Spt yg diberitahu dlm post sblm ni, barang makanan perlu la berlabel. If buat homemade sambal ke apa ke, kena pack nicely dan tulis label bahan2. Fresh food (buah, sayur, poultry, daging, etc) mmg diharamkan bawak. Barang2 kraftangan/topi yg diperbuat dari straw (bukan straw yg buat sedut minuman tu), hiking boots atau kasut yg berselaput dengan tanah pun akan dicheck. Since industri agricultural, horticultural, forestry, mining and fishing adalah yg utama kat NZ ni, maka apa2 bahan yg mungkin boleh menjejaskan kualiti product diorang mmg akan diperiksa dan disekat dari dibawa masuk ke negara dorang.

Okay, lepas abis pegawai tu check, alhamdulillah, semua lepas dan kitorang pun pegi ke arrival hall dengan hati yg gumbira. Satu sbb anjing kecik tu xde nak cium2 beg kitorang, kedua sbb barang2 makanan kitorang xde kena amik ke apa. Heheheheh.

Atas: Beg makanan kami dengan senarai makanan yg ada dlm tu
Bawah: Arrival card yg kita perlu isi dan declare apa2 semua barang yg perlu declare

Beratur utk Immigration Checking


Kiri: Saya diluar airport. Sejuk tu sebenarnya. Hahahah
Atas kanan: Arrival Hall di CHC Airport
Bawah kanan: I Site. Tempat utk dapatkan info berkenaan New Zealand

Beli simcard Vodafone kat New Zealand:

Oleh kerana kami perlu telefon utk contact tuan rumah homestay dan juga utk masa2 kecemasan maka kami pun decide utk beli simcard kat kaunter Vodafone. Lepas keluar dari arrival gate tu, terus nampak kaunter tu. Senang je. Beli simcard dan beli top up. Sebenarnya xbeli top up pun xpe. Sbb starter simcard tu dah ada kredit dlmnya. Berapa NZD sye dah xingat tapi kitorang beli yg paling minimun je sbb xguna lama. Nak dijadikan cerita, simcard Vodafone ni cuma compatible ngn henfon Nokia 1280 saya yg paling basic cap ayam tu. Kakak saya punya Samsung model apa ntah, xleh pakai. Dia xdetect simcard. Ke kitorang yg xtau guna pun xtau. Hehehehe. So utk keselamatan, kalau korang nak beli simcard, sila tanya kat penjual tu dan jgn berganjak dari kaunter selagi xberjaya guna phone.

Amik kereta sewa:

Lepas selesai beli simcard (masa tu belum bole guna kat henfon lagi), so kitorang pun pegi kat public phone terdekat utk call company kereta sewa kitorang. Kami dah book awal2 dari Mesia. Kami sewa kereta dekat Yourway Car Rental. Tapi bila saya check website company tu, dia dah redirect ke Apex Car Rental. So rasanya company tu dah diamik alih la kot.

10dys hire, rate incluldes unlimited kms, GPS, Afterhours service fee = NzD$345. Kitorang beli sekali dengan insuran. Insuran ni penting tapi xwajib amik. Kenapa perlu amik insuran, kalau ada apa2 berlaku pada kereta yg kita sewa tu, kita hanya perlu bayar sikit je. Kalo x amik insuran, kita kena bayar semua utk kerosakan. Pastinya lebih mahal kan.

Lepas call ckp dah sampai, diorang pun suruh pegi ke airport carpark sbb van dah siap tunggu kami utk bawak ke tempat amik kete. Carpark utk car rental svc ni mmg ada khas. Jadi xperlu risau. Kitorang keluar je dari bangunan airport, woosh! kena tiupan angin. Pergh...sejuk wa cakap lu. Heheheh. Waktu tu dalam pkul 3pm la lebih kurang. Tapi sbb excited punya pasal, mmg xterasa la sangat. Lgpun sye ada penebat haba original hehehehe....Lepas berjaya cari van yg ada nama company sewa kete tu maka kami pun dibawa ke office yg xberapa jauh dari airport jugak.

Sampai2 je, terus pegi kaunter dan isi form. Comei je pompuan yg layan kitorang tu. Lepas tu amik kete. Mcm biasa kena la buat inspection kat kete tu dulu. Mcm tu kite amik mcm tu la kita kena pulangkan. Siap amik gambar lagi mana2 part yg bercalar tu. Ye la nak buat bukti kalo later masa pulangkan tu tiba2 kena caj pulak utk calar2 or kemek2 kete yg bukan kitorang yg buat.

Lepas dapat kunci, amik leaflet/pamplete free kat office tu, belajar sikit2 pasal kete, GPS. kami pun bergerak...Bismillahirrahmanirrahim...semoga perjalanan kami dipermudahkan semuanya...Amin...

Destinasi 1: Masjid An-Nur 

Dari Airport, kami terus menuju ke satu2nya masjid di bandar Christchurh ni. Tujuan kami xlain xbukan adalah utk melangsaikan hutang2 kami dan juga utk refreshkan badan. Sbb lama sangat dlm kapal terbang kan. Sbb kami ni tak familiar dengan jalan dan baca GPS pun ala kurang pandai, dapat juga sampai ke masjid tu lepas beberapa kali pusing jalan yg sama. T_T... hehehehe. Masjid dia xluas sangat. Bila masuk je ke tempat muslimah rupa2nya ada satu group dari Mesia yg tengah berehat dan makan2. Bila sembang2 rupanya diorang pegi konvo ahli keluarga diorang. Lepas amik semayang (air dia sejuk gilerrr, kitorang xjumpa heater huhu) kami pun menunaikan kewajipan dan kemudian berehat2 kejap.

Xlama lepas tu masuk seorang adik pompuan melayu ni. Dia pun nak solat. Lepas adik tu siap solat, kitorang sembang2 jap. Rupanya adik ni student kat U cni. Syoknya ko dik, belajar kat luar negara. Mesti ko pandai dan rajin belajar kan? Xmcm akak ni eheheheh. Tapi tu cakap dlm hati je. Yg sebenarnya sya kagum ngn adik ni. Walau belajar jauh2 tapi tetap menjaga solat dan auratnya. Dia sorang2 je. Tahniah dik. Semoga adik bertambah cemerlang ya. Kami yg dah agak lapar waktu tu terus tanya adik ni boleh x tunjuk jalan ke pasaraya terdekat. Adik tu kata ok. Since dia bawak kete sendiri (lg saya kagum sbb dia berani bwk kete sendiri) so dia bawak kete dia dan kami follow belakang. Ingatkan adik tu nak ikut kami masuk pasaraya rupanya dia tunjuk jalan je pastu terus balik. Baru berniat nak ajak adik tu makan. Sbb dia student kat CHC mesti dia tau tempat makanan halal kan? Huhuhu xpela xde rezeki.

Masjid An-Nur di CHC. Pic source adalah cik Google. Saya lupa nak amik gambar kat Masjid

Destinasi 2: PAKnSAVE Supermarket

Supermarket mcm Giant, Tesco tu la. Ada kedai2 dan booth2 kecil dlm bangunan Kami nak cari bekalan makanan. Roti, telur, sos cili, mayo, buah adalah antara brg yg kami beli. Kat sini pun ada coklat Cadbury. Dan harganya adalah lebih murah dari kedai dekat kilang Cadbury sendiri. Macam mana kami tau? Sbb kami p join lawatan kilang coklat Cadbury masa kat NZ. Nnt tu cerita kat post lain la.

Mmg kami baca label betul2 sebelum beli sos cili, roti dan mayo. Lepas yakin dengan pilihan, kami pun bayar. Kat sini ada mesin self pack and pay. Maknanya korang pack sendiri barang yg korang beli tu dan bayar guna mesin. Sangat convenient. Jgn takut kalo xpenah guna sbb ada org yg akan tolong kita. Mmg teruja dengan sistem ni. Mudah dan xperlu beratur panjang. Lg satu kalo bayar kat cashier ni boleh jadi lambat. Sbb cashier kat negara omputeh ni rajin sembang ngn customer dia. Kadang2 tu sembang lama sampai melambatkan org belakang.

Atas: Kakak saya tengah pilih kiwi. Murah weh!
Tengah: Antara sayur2 yg ada
Bawah: Signage PaknSave. Sebelah dia K-Mart

Destinasi 3: Homestay En Abdullah

Kami jumpa homestay ni thru website AirBnB. Kalau korang nak cari homestay atau accomodation semasa korang travel, ini adalah salah satu website yg saya recomend. Sgnt convenient dan kita boleh kenal dengan owner rumah dan kita pun boleh letak profile kita. Xperlu risau. En Abdullah ni student PHD dari Malaysia dan sekarang duk CHC ngn wife dia (cikgu yg amik cuti tanpa gaji) dan 2 org anak lelaki comel. Seronok sembang ngn En Abdullah ni dan dia pun rajin melayan soalan2 kitorang.

Rumah en Abdullah xsusah nak cari dengan guna GPS. Walaupun hari dah gelap tapi sbb xbanyak kete maka confidentla kakak sye bwk kete. En Abdullah dan isteri provide bilik utk kitorang tido dan boleh request utk dinner dan breakfast. Home cook meal yg mmg sedap dan marbeles. Tp kitorang request for breakfast utk esok pagi je. So total satu mlm dengan breakfast adalah NZD90. If nak tambah dinner kena tambah duit sikit la.

So mlm tu kitorang makan bekalan kitorang. Bilik dia sangat comfortable dan katil dia ada heating system yg sangat best. So mlm tu walau pun cuaca sejuk tapi kami dapat tido dengan nyenyak ngn selesa.

Rumah En Abdullah yg sangat selesa. Kiri atas tu la En Abdullah dan wife dia. Bawah kanan tu saya dan kuda tunggangan kami masa di NZ

Tu je la cerita journey hari pertama kitorang dari KL hingga sampai ke CHC. Perjalanan yg jauh, memenatkan tapi penuh dengan pengalaman baru dan sangat bermakna dlm hidup kami.

Toodles!

No comments: