South Island, New Zealand - Part 4


Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Destinasi 7: Lake Wanaka

Day 3 dah bermula. Lepas sarapan, kami keluar bilik utk pegi jalan2 kat tepi tasik Wanaka. Pergh....patut la malam tadi sejuk giler. Siap ada frost kat cermin kete kitorang. Agaknya -ve kot temperature mlm td. Hostel kitorang mmg menghadap tasik Wanaka, jadi just jln kaki, cross jalan kat depan tu dah sampai dah...xyah jln jauh2.

Tasik Wanaka adalah tasik ke 4 terbesar dlm New Zealand dengan 42km panjang. Nama Wanaka tu berasal dari bahasa Mouri (penduduk asli New Zealand) yg bermaksud  a corruption of Oanaka ('The place of Anaka', a local tribal chief).

Sebab waktu masih awal (pkul 7.50am lebih kurang kami keluar) maka cuaca adalah sejuk dan xde orang pun kat tepi tasik. Itik je yg ada tengah berenang2. Itik2 tu pelik kot tengok kitorang. Gigih bejalan tepi tasik awal2 waktu pagi yg sejuk ni. Orang lain tengah syok melayan tido lagi agaknya heheheh.Pemandangan waktu pagi dengan sunrise reflection adalah sangat cantik ye...dengan banjaran gunung yg diselaputi salji...pergh... Kami berjalan disepanjang tasik sambil posing2 amik gambar. Cuaca sejuk mmg xpayah cakap la kan. Kebas jari jemari runcing sampai nak tekan button camera pun susah. Huhuhu. Tapi cantik punya pasal, kami gagahkan jugak.

Wanaka di waktu pagi. Tu tengok tu naik beku kete kitorang. Mlm td -ve kot sampai berfrost bagai. Atas kanan tu pemandangan dari hostel kami. Sangat mendamaikan

Gigih berposing dan amik gambar walaupun dalam sejuk yg mmg sejuk sampai keluar asap kat mulut. Cantikkan reflection sunrise kat atas gunung dan permukaan air tu? SubhanAllah...

Destinasi 8: Puzzling World Wanaka

Kami check out awal dari Wanaka Bakpaka sbb nak menyinggah2 dan nak meneruskan perjalanan ke next destination iaitu Queenstown. Sblm sampai, kami sempat singgah ke Puzzling World. Sbb tempat ni tak jauh dari hostel kami. Apa ada kat sini? Tempat ni ada menyediakan banyak puzzle dalam bentuk games, maze, gambar2 dan macam2 lagi. Mmg recomended especially kalau korang ada bawak budak2. Kitorang yg xbudak2 ni pun mmg ralit la main games, jalan kat maze dan tengok gambar2 dengan optical illusion yg menarik.

The Great Maze yg ada kat cni diperbuat dari kayu dengan kepanjangan 1.5km. Normally, org amik masa 30 minit utk berjaya keluar dari Maze ni, tapi kitorang malas, so ikut jalan shortcut. Hehehe. Shortcut tu pun nasib baik jumpa. Kalo x mmg duk pusing2 cari jalan keluar la nampaknya. Selain dari tu, Illusion Room yg ada pun best, Tilted House best (kakak sye pening msuk bilik ni sbb bilik dia senget, heheheh), Roman Style Toilet pulak adalah kelakar. Kalo nak experience toilet masa zaman dulu2, try la masuk cni ya. Hehehe. Tapi yg penting semua adalah best. Menarik dan recommended.

Ni kat ruangan main puzzle dan antara puzzle yg kitorang try. Stress gak kitorang main puzzle ni sbb asyik xbejaya solve! Ahahahaha.
The Great Maze dan juga bangunan yg cantik

Illusion Room, Tilted Room dan Roman Stype Toilet
Saya yang gagah...

Destinasi 9: Goldridge Resort, Queenstown

Perjalanan dari Wanaka ke Queenstown mengambil masa dalam 1jam je. Tapi sbb sepanjang jln tu duk menyinggah amik gambar, isi minyak, maka lambat la sikit sampainya. Kami decide utk duduk kat resort ni sbb harganya yg affordable (sebab ada promo masa tu) dan dpt good review dari Tripadvisor. Semua dah book online siap2.

Resort ni menghadap Lake Wakatipu (ke3 terbesar di NZ), yg dikelilingi oleh banjaran gunung yg terkenal di panggil The Remarkables. WOW! Memang superb la view dia. Bilik kitorang luas dan sangat selesa. Kat luar bilik tu ada padang rumput hijau. Kalau summer boleh la kalo nak berBBQ kat citu. 3 malam kitorang akan menginap kat cni. Utk iron baju, kita kena p ke laundry room dia. Agak susah la sikit lebih2 lagi kalo bilik korang jauh dari laundry room tu. Kitorang bawak segala baju ngn tudung yg nak diiron utk gosok sekaligus.


Kiri atas: Goldridge Resort Lobby
Kanan atas: Ada disediakan spa dan sauna
Kiri bawah: Parking depan bilik kitorang
Kanan bawah: Pemandangan dari bilik kitorang yg superb!

Destinasi 10: DF Souvenirs, Queenstown

Malam pertama kitorang kat Queenstown, kitorang pegi ke kedai sourvenirs yg satu ni. Agak popular dikalangan pelancong Mesia sbb harga barang2nya yg agak murah berbanding kedai2 lain. Kitorang ada la compare dengan 2 lg kedai kat sekitar bandar tu dan mmg confirm lebih murah. Bukan sourvenirs je yg dia jual, baju sejuk, windbreaker, ugg boots pun ada.

Mmg hajat hati nak beli souvenirs utk famili dan kawan2 kat Mesia dan juga utk diri sendiri. FM, t-shirt, pen, keychain, coaster adalah antara cenderahati yg kitorang beli. Jumpa la jugak beberapa tourist dari Mesia yg datang shopping kat ctu jugak. Dan kitorang ada 3 mlm kat Queenstown, so boleh la nak repeat lagi pegi kedai ni if ada yg lupa nak beli. Hehehehe

Balik tu singgah kat convenience store sbb nk carik bawang besar sbb nak buat sandwich. Esok pagi kitorang nak pegi tempat yg jauh sket so kena bawak bekal.

Itu je la aktiviti hari ke 3 kitorang.
Ni la kedai DF Sourvenirs yg jual cenderahati dgn harga yg bepatutan. Sapa nak beli taik kambing tu sila la ye. Hehehehe
Hasil belian saya. Patung kambing tu comel sangat kan? Tapi saya xbeli hehehehe

See you in my next entry!
Toodles!

No comments: