Umrahku - Part6 (Finale)

Masa kat Makkah, rombongan kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik dan pada masa yg sama pegi ke berniat umah di miqat. Miqat tu bermaksud:

Sempadan bagi ibadah haji/umrah seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat.

Ada banyak tempa miqat bergantung kepada jarak antara lokasi kita hingga sampai ke tanah haram. TH bawak kami ke miqat dalam 3 ke 4 kali. Kalau nak buat umrah sunat banyak kali, kita boleh pegi ke miqat sendiri. Sewa teksi dan sebagainya. Tapi utk yg jemaah perempuan, perlulah sentiasa berhati2 dan bawa mahram sekali.

Antara tempat yg kami lawati adalah ladang unta. Memang banyak kat sepanjang jalan. Ada jugak singgah di satu ladang ni utk para jemaah beli susu unta. Kata mutawif, susu unta ni banyak khasiatnya. Antaranya utk kesihatan lelaki dan wanita.
Unta tengah makan rumput kering dan jugak gambar jemaah tengah beli susu unta

Selain tu, kami pergi ke Jabal Rehmah. Di situ tempat pertemua nabi Adam AS dan juga Hawa selepas mereka diturunkan ke dunia. Disunatkan kita berdoa di sini utk dipermudahkan jodoh dan dikekalkan jodoh. Tapi apa2 pun berdoa di Masjidil Haram adalah yg paling terbaek. Jabal Rehmah terletak di kawasan Arafah. Maka kami jugak boleh nampak padang Arafah di mana tempat jemaah haji berkumpul utk menunaikan wukuf. Memang besar sangat kawasannya dan banyak kemah2 didirikan. Kemah2 tu cuma dibersihkan ketika sebelum dan selepas musim haji je.

Jabal Rehmah. Ramai org mendaki atas bukit tu tapi saya x. Hehehe. Unta2 tu boleh la nak naik, tapi kena bayar la kan.

Khemah2 utk digunakan pada musim Haji, dan juga gambar LRT yg pada waktu ni masih dalam pembinaan. Xpasti samada sekarang dah boleh guna ke belum. Yg bawah sekali tu gambar pintu gerbang istana salah seorang ahli kerabat raja Arab Saudi
Waktu kami pergi umrah, ketika tu nak masuk bulan Ramadhan. Syukur rasanya sebab merasa dapat berpuasa dan berterawikh di Makkah selama 3 hari. Pengalaman yg xdapat digambarkan. Lain dari Malaysia. Waktu kami dihabiskan di masjid saja dan melakukan ibadah sebanyak mungkin. Masa Ramadhan ni mmg ramai orang datang buat umrah. Lagi ramai la orang. Masa malam pengumuman permulaan puasa tu ada pengawal2 yg mengawal di luar masjid. Sebelum ni mmg ada tapi kali ni lebih ramai. 


Gambar atas: Sekumpulan peniaga jalanan. Gambar bawah: Jalan yg kami lalui setiap hari dari hotel ke masjid. Kalau korang perasaan ada org tengah baring kat tepi jalan tu. Mutawif kami pesan kalau nak bersedekah, kena berjaga2 takut diserbu dengan para pengemis
Di masjid, ketika berbuka, xperlu bawak bekal. InsyaAllah akan sentiasa ada org yg bersedekah dan menyediakan makanan utk para jemaah. Kami pun merasa juga berbuka di masjid dengan jemaah2 lain. Ada je orang yg datang bentang tikar atau plastik utk alas makanan yg dihidangkan. Alhamdulillah...kenyang...Lepas terawikh kami pun balik. Hotel pun ada sediakan juadah berbuka. 
Yang pasti, berpuasa di Makkah dan di Malaysia sangat2 la berbeza. Lebih2 lagi, bulan Ramadhan di Makkah cuaca panas kadangkala sampai 50c. Panas kat sini panas kering so xde la berpeluh sangat. Sebenarnya lagi panas lagi bagus sbb buah kurma lebih elok kualitinya dengan cahaya matahari yg panas.

Atas adalah gambar waktu sebelum magrib, sebelum pengumuman puasa dibuat. Yg di bawah adalah suasana jemaah sedang melakukan tawaf. Kalau xsilap saya selepas waktu subuh

Juadah kami ketika berbuka di masjid. Dan jugak suasana ketika berbuka.

Gambar kiri atas: Pekerja tengah menolak tong2 air zam2 yg diletakkan di setiap kawasan masjid utk memudahkan jemaah minum. Atas kanan: Pekerja tengah membersihkan kawasan solat selepas waktu berbuka. Bawah kiri: Baby yg dibawa jemaah perempuan. Xpasti dari negara mana. Bawah kanan: Gambar jemaah tengah tunggu waktu nak solat terawikh

Nasi briyani yg dibeli lepas balik dari Masjid. Xhabis makan sorang2 satu bekas tu. Portion dia mmg banyak. Kat bawah tu crossant. Kat Madinah/Makkah xde roti biasa mcm Gardenia tu, yg ada yg ala2 crossant ni.
Pada hari terakhir, ada sesi bersama pihak TH di mana kami boleh cerita pengalaman dan juga memberi pendapat tentang perkhidmatan TH. Satu cara yg baik utk tahu feedback customer dan memperbaiki apa yg perlu. Lepas kami buat tawaf selamat jalan, kami pun berkemas2 dan bertolak ke Jeddah. Beg kami yg 2 bijik je masa pegi dan jadi 4 bijik sebab beli banyak buah kurma dan kekacang utk disedekahkan kepada famili dan kawan2.

Sesi bersama TH, Al Quran yg dibeli utk kawan yg kirim dan juga beg2 para jemaah yg ready utk dibawa naik ke atas bas
Satu pengalaman yg saya rasa sangat menginsafkan saya adalah ketika kami xcukup bag nak bawak barang2 kami. Waktu tu sebab beli kurma dan kacang yg banyak, beg kami dah mcm overload dan perlu cari beg baru. Kami sedar masa tu dah lepas tawaf selamat jalan. Sepatutnya waktu tu kami dah xboleh pegi membeli apa2 lagi di Makkah. Kami perlu meninggalkan Makkah. Tapi Allah itu Maha Adil dan Mengetahui, bila sampai Jeddah, ahli2 rombongan membantu kami dengan membelikan beg baru dan ada juga yg sedekahkan beg mereka. Terharunya dan sangat bersyukur. Lebih-lebih lagi masa nak checkin luggage. Kami tahu beg kami overweight, tapi Allah sentiasa membantu kami, walau beg overwight, kami lepas je tanpa perlu bayar extra. ALHAMDULILLAH sangat2. Saya yakin kerana niat kami nak bersedekah dan sentiasa bersangka baik dan berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan, maka Allah kabulkan doa kami :)


Sudah sampai di Jeddah. Antara binaan menarik yg ada.

Kami singgah ke Masjid Terapung di Jeddah utk menunaikan solat
Selepas selesai checkin, kami duduk berehat utk menunggu waktu berbuka dan kemudian berbuka di kawasan airport. Alhamdulillah...

Suasana ketika beratur utk checkin dan di bawah gambar saya dan jemaah yg lain. Adik kat belakang tu pun bermahram tumpang mcm saya dan kak Kay. Yg pakai tudung kelabu tu mak adik tu
Ya Allah...semoga kami dapat menjejakkan kami ke Makkah dan Madinah dan beridah sepuas2nya. Amin...

   

1 comment:

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.