Umrahku - Part 2

Penerbangan MAS kami berlepas lebih kurang dalam pukul 12.30pm dari KLIA. Kami akan terus terbang ke Jeddah sebelum menaiki bas ke Kota Madinah. TH telah chartered the whole plane. So semua yg berada di dalam flight tersebut terdiri dari para jemaah, petugas TH dan petugas MAS sendiri. Ketika kursus dan masa briefing di airport tadi, ustaz pembimbing keep on reminding us to perform solat menghormati waktu. Kat dlm flight MAS xboleh solat, maka lebih elok kalau dah tiba waktu solat tu kita buat solat menghormati waktu. Nnt bila dah sampai Jeddah kita qada' la solat yg tertinggal tu.

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa




Ketika di dalam kapal terbang

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam. Pesawat kami mendarat di Terminal Haji Jeddah. Waktu di Jeddah adalah lewat 5 jam dari waktu Malaysia. So lebih kurang pkul 4pm kami sampai waktu Jeddah. Alhamdulillah... kami mendarat dengan selamat. Turun dari kapal terbang, ada shuttle bus yg menunggu. Kami terus naik dan dibawa ke terminal. Perasaan yg tidak dapat digambarkan pada waktu tu. Bercampur baur xtau mcm mana nak explain. 

Sampai2 je kami langsaikan hutang solat dulu. Sebenarnya kat luar terminal ni ada disediakan tempat solat yg selesa. Tapi sebab kami kurang arif, maka kami solat di dlm terminal je. Xpe, sbb kat sini kat semua tempat boleh solat. Yg penting bersih. Lepas solat, kami pergi utk pemeriksaan imegresen. Waktu ni kami perlu berjalan bersama dengan mahram kami. Selepas selesai, kami pun amik beg kami dan bergerak keluar terminal.




Alhamdulillah...kami sampai dengan selamat

Waktu ni dah terasa bahang panas dan kering. Utk pengetahuan, ketika kami pergi ni cuacanya panas. Ini biasa sbb dah nak dekat dengan Ramadhan. Owh lagi satu, alhamdulillah rombongan kali ni, kami berkesempatan utk berpuasa di Makkah selama 3 hari. Nnt akan diceritakan pengalaman berpuasa di tanah suci.

Para jemaah yg telah keluar dari terminal telah diberitahu nombor bas, dan kami perlu cari nombor bas masing2. Jemaah dlm setiap bas ni akan menaiki bas yg sama setiap kali. Maka lebih senang nak kenal sbb dah tiap kali naik bas bersama. Bas kami bernombor 1(satu). Bila dah jumpa terus naik bas dan bersedia utk bertolak. Jarak dari terminal ke perhentian bas tidaklah jauh. Cuma kalau jemaah dari golongan warga emas tu mungkin terasa sikit. Lebih2 lagi perlu uruskan bagasi sendiri. Semoga Allah memudahkan perjalanan kita semua...Amin..

Bila semua dah naik bas, perjalanan ke Jeddah pun bermula. Kelakar sbb sye dan Kak K, dua2 bersaiz besar dan kaki panjang. Seat bas pulak agak sempit, maka kami mmg perlu menahan xselesa sikit lah (note to self: perlu turunkan berat badan supaya lebih mudah bergerak...). Perjalanan dari Jeddah ke Kota Madinah biasanya mengambil masa 6 hingga 8 jam bergantung kepada pemanduan. Sebab hari masih terang, maka boleh nampak padang pasir di kiri kanan jalan. Kereta pun xbanyak. Ketika di dalam bas, kami diperkenalkan dengan mutawif kami. Beliau dari Indonesia. Sebenarnya kalau amik pakej TH mmg mutawif yg bertugas dari Indonesia. TH berkerjasama dengan agensi umrah Indonesia yg terletak di Arab Saudi. Dari segi bahasa mmg tiada halangan. Mereka pun dah lama duduk di tanah suci dan berpengalaman luas. Dalam perjalanan tu kami diberi makan sekali. Kali pertama makan nasi arab berlauk ayam. Sedap nasinya. Lembut je. Ayam pun sedap. Cuma xde kuah je la. Tapi xpe, lebih mudah nak makan sbb dalam bas yg bergerak. Lepas makan, mutawif mula memberi penerangan berkenaan dengan umrah kami dan juga bercerita tentang sejarah Rasulullah SAW. Kami yg sebenarnya dah kenyang dan penat, mula rasa mengantuk dan akhirnya Zzzzzzz.

Bila dah terjaga, baru perasan kami dah sampai ke Kota Madinah. Waktu tu dah gelap. Xingat pukul berapa. Semasa di Madinah kami menginap di The Mövenpick Madinah. Alhamdulillah sangat selesa utk kami. Lokasinya pun dekat dengan Masjid Nabawi. Pada jemaah yg xpenat, boleh je malam tu ke Masjid Nabawi utk solat. Tapi kami pada malam tu hanya solat di hotel dan merehatkan diri utk hari esok.

Keesokkan hari, selepas solat subuh di hotel. Kak K solat subuh di masjid, tapi saya xlarat sungguh nak bangun waktu tu jadi Kak K pegi sorang je. Sye lepas solat subuh, berehat dan bersiap2 utk breakfast. Tunggu Kak K balik dari masjid dan kami pun pegi bfast. Ada banyak pilihan breakfast kami dan bertukar2 setiap hari. Alhamdulillah...rezeki kami di Kota Madinah.

Jadual kami pada hari ni adalah ziarah dalam. Kami (mengikut group bas) mengikut mutawif masing2 pegi ke perkarangan masjid Nabawi. Para jemaah terutama wanita diingatkan supaya tidak membawa kamera, telefon kerana akan dihalang masuk ke dalam masjid. Di bahagian wanita, terdapat penjaga (mak guard) yg agak garang dan tegas yg menjaga pintu masuk masjid. Mereka memakai jubah dan purdah. Setiap jemaah akan diperiksa beg dan badan. Kalau terjumpa apa2 barang yg dilarang dibawa masuk jemaah tersebut tidak boleh masuk ke masjid kecuali jemaah tersebut nak meninggalkan barang tersebut di luar. Tapi kalau yg nak ditinggal tu handphone atau kamera pasti xde org yg nak tinggalkan. Lagipun tiada tempat khas utk itu. Utk jemaah lelaki tidaklah ketat sangat. Maka camera sye, sye beri pada En Wan (suami Kak Seha). Sangat luas dan cantik sangat binaannya Masjid Nabawi. Yg lebih mengkagumkan adalah bumbung di luar masjid yg boleh dibuka dan ditutup mengikut waktu tertentu. Tempat pertama yg kami pergi adalah diperkarangan masjid bersebelahan dengan kubah hijau di mana di bawahnya terletak makan Nabi Muhammad SAW yg dikasihi. Ucapan selawat dan salam serta doa kami panjangkan kepada Nabi, ahli keluarga dan sahabat2 Baginda. Terdapat beberapa bacaan yg wajib dan sunat kita baca. Selalunya agensi umrah akan berikan buku doa dan ada penerangan tentang bacaan yg sepatutnya kita baca.

Masjid an-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبويal-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. (Wikipedia)




Kami sedang ziarah dalam. Adik2 tu adalah anak2 Kak Seha yg sangat bertuah sbb kecik2 dah sampai ke tanah suci.

Dari situ, jemaah lelaki dan wanita dipisahkan kerana yg wanita akan pergi ke Raudhah di antara tempat mustajab utk kita berdoa. Raudhah di bahagian wanita tidak dibuka sepanjang waktu. Jadi perlu check dahulu masa.

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.

“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.

Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.
Sumber Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Kami di bawa oleh seorang ustazah dari Indonesia juga. Rasanya dari agensi yg sama dengan mutawif kami. Utk memasuki Raudhah ni, kami perlu tunggu di dalam masjid dahulu. Masa ni bolehla tunaikan solat sunat dan sebagainya. Xlama lepas tu baru kami bergerak ke kawasan Raudhah. Sebelum sampai kami perlu tunggu lagi kerana memberi peluang kepada jemaah dari negara yg lain utk beribadah di kawasan Raudhah. Masih terngiang2 di telinga bila mana para mak guard berbahasa melayu/indonesia. "Duduk ibu duduk..." kata mereka berulang kali bila ada jemaah yg berdiri dan cuba memotong barisan. Dengan pelat arab yg pekat agak kelakar juga bunyinya.

Pengalaman berada di Raudhah sangat tidak boleh saya lupakan. Terdapat jemaah dari negara lain yg melakukan perkara2 khurafat seperti mencium tiang di kawasan Raudhah, mengusap dinding dan juga menulis di kain rentang penutup sekitar Raudhah. Dari asal kain berwarna putih, dah berukar ke warna kelabu kehitaman dek kerana banyaknya org menulis atas kain tu. Sye mendoakan agar kita yg pergi ke sana dipermudahkan segala urusan dan tidak melakukan perkara2 yg dilarang Allah SWT.... insyaAllah... Alhamdulillah...sepanjang berada di Madinah, 2 kali sye berjaya memasuki kawasan Raudhah dan dapat solat sunat beberapa kali. 

Selepas selesai solat di Raudhah kami keluar masjid dan pulang ke hotel dan bersiap2 utk lunch dan solat zohor di masjid. Sebelum solat, pihak TH ada menganjurkan ceramah yg disampaikan oleh para ustazah dan ustaz pengiring. Ada jemaah yg pergi dan ada juga yg tidak. Ceramah ini bukan wajib tapi bagi kami yg masih kekurangan ilmu ni mmg wajib mendengar ceramah ni.

Sesi ceramah sedang berlangsung

Selepas ceramah tamat, kami pun bertolak ke masjid. Sangat kagum bila berada di sini. Disebabkan tujuan semua org yg datang adalah sama iaitu beribadah sebanyak mungkin maka pada setiap waktu ramai orang berada di masjid. Utk solat berjemaah di dalam masjid dan berada di tempat selesa, perlu masuk masjid awal. Kalau tidak perlu berhimpit utk solat di dalam masjid. Kalau xdapat masuk masjid kena solat di luar lah. Dah lain dah pahalanya.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."Hebatkan? Rugi sapa yg datang Madinah tapi x pegi berjemaah setiap waktu di Masjid Nabawi. Kiralah berapa banyak pahala yg kita dapat kalau beribadah di dalam Masjid. Itu sebabnya kalau diberi peluang, kami nak sentiasa berada di dalam masjid dan beribadah sebanyak mungkin. Kalau back in Malaysia, kita asyik dengan kerja dan aktiviti harian. Kalau kat sini, solat dan beribadah tu yg paling utama, sentiasa berlumba2 cari pahala dan rahmat Allah SWT. Semoga ibadah kita semua diterima yg Maha Esa...Amin...

Kita jumpa di lain entry ya.

Toodles!

No comments: