JB-Singapore - An Overland Trip Part 2

Pagi2 tu kitorang bangun dan bersiap2 nak ke Singapore. Plan kitorang adalah nak melawat tempat2 menarik kat sekitar Singapore. Naik bas express yg kitorang dah beli tiket awal2. Semua beli kat website Tune Hotel. Just pilih hotel Danga Bay dan akan ada selection nak book bilik atau nak tambah tiket bas. Sangat convenience. Bas tunggu kitorang kat depan Tune Hotel je. Hari tu satu bas je yg ada. Bas pun xpenuh sangat. Kami yg excited terus amik tempat duduk depan. Hahaha.

Pengalaman masuk Singapore melalui darat ni lain sikit. Sbb kena turun naik bas 2 kali. Sekali utk check imigresen Mesia dan satu lagi imigresen Singapore. Kalo naik flight pun kena check jugak kan, tapi feel dia lain. Hahahahha. Utk pengetahuan terdapat beberapa checkpoint yg kita boleh lalu utk masuk Singapore. Driver bas hari ni bawak kitorang lalu Tuas Checkpoint. Bila sampai imigresen perlu bawak turun semua barang utk dicheck. Bila dah selesai, naik semula bas. Kalo bawak banyak barang mmg masakla nak mengangkut barang 2 kali. Tapi kami bawak diri lenggang kangkong je.Cuma bawak air botol ngn sedikit bekal makanan ie, roti krim gardenia.

Perjalanan kitorang pun bermula....

Perjalanan (termasuk waktu berenti imigresen 2 kali) lebih kurang dlm 2 jam kot? Eh xingatlah. Sorry. Bila bas sampai Singapore mula2 dorang drop org kat USS dulu. Sbb kami plan nak ke USS esok, maka kami stay dlm bas sbb bas tu nnt akan drop kitorang kat Marina Bay Sands. Sampai2 je Marina Bay Sands, kitorang pun turun...Ni last stop dan bas drop pasanggers kat parking Marina Bay Sand. Maka bermulalah travel adventure kitorang ke Singapura! Yeahooo!

Turun2 bas, masuk entrance kat parking, korang akan nampak pulak entrance ke kasino. Kalo org yg nak berjudi (nauzubillah) mmg ni lah tempatnya. Sebelum apa2 meh perkenal sket apa tu Marina Bay Sands. Ianya adalah world class hotel yg ada skypark berbentuk boat tergantung kat atas bangunan dia. Sangat unik. Di bahagian bawah sekali adalah kasino, kat atas sekali ada skypark yg sangat besar dan ada swimming pool. Museum pun ada. Kepada yg kurang berduit utk tinggal kat hotel ni, boleh jugak merasa naik ke skypark dia. Beli tiket dia SGD20 sorang utk adult. Kitorang kurang berduit, maka xdela naik atas tu. Paling murah bilik delux dia (hahaha ada hati nak check jugak tuh) adalah SGD379, tidak termasuk tax dan svc charge yg lain. Korang kali la 2.5 or ikut harga pasaran matawang kita.

Okay. Kembali kepada cerita rombongan kami, Sampai2 je sebenarnya kitorang agak lost nak kemana. Dlm perancangan nak naik subway utk ke Kg Glam. Kawasan org Islam dan terletaknya masjid terbesar di Singapura. Tapi sbb tak tau nak pegi ke subway station maka kami pun main redah je jln kaki kat luar Marina Bay Sands tu. Akhirnya kami jumpa ngn satu lift kat tepi jln tu (hahah serius xtau lift tu nak kemana). Maka kami pun naik je lift tu sbb kebetulan ada matsaleh yg baru turun dari lift tu. Jangkaan kitorang mesti, ada sesuatu yg menarik di atas tu. hahahah.

Telahan kami benar belaka. Keluar2 lift je kami sampai ke Garden Bay Bridge. Apa ada kat sini? Ada garden ngn bridge la kan. Garden dia xde la besar sangat, tapi sbb kedudukannya tinggi dan bersebelahan dengan Marina Bay Sands, maka mmg cantik tempat ni. Tempat ni part of hotel dan kat sini boleh sewa utk buat majlis perkahwinan. Dari bridge ni jugak boleh nampak Singapore Skyscraper yg wow mmg cantik. Tp kalo kat Singapore ni, kat kawasan tu je bangunan tinggi2. Yg lain2 xde sangat. Mmg sesuai utk kitorang posing kat ctu. Cuaca panas tapi berangin.

Garden Bay Bridge

Garden Bay Bridge lagi

Superb view of Singapore skyscrapers. Kan?

Lepas penat posing, kitorang pun amik lift utk turun dan masuk ke shopping mall dlm hotel ni. Bayangkan dlm hotel ada shopping mall sendiri. Bukanlah kitorang nak shopping ke hape, cuma nak carik Mass Rapit Transit (MRT) station. Lepas tanyak sorang kakak tu, akhirnya sampai jugak kitorang ke MRT station. Satu sye nak cerita, kalo kat Singapore ni, escalator diorang mmg laju. Mungkin sbb rakyat dorang ni selalu in the fast-paced mode, escalator dorang pun laju. Rasa nak melompat je bila sampai hujung escalator. Bila masuk stesen dorang, teringat masa kat Seoul. Gerabak train dorang lebih kurang je ngn Seoul Subway.

Mula2 kitorang plan nak amik tourist pass. Tapi adik kat kaunter tu suggest beli tiket biasa je sbb kami bukan nak duduk Singapore lama pun. Walau ada one day pass tapi sbb kitorang xde nak pegi banyak tempat nnt rugi je beli tourist pass. So kalo korang duk 1-3 hari kat Singapore dan akan naik MRT banyak kali mmg berbaloi lah utk beli tourist pass ni. Utk sampai ke Kampong Glam, kitorang perlu naik MRT dan turun di Bugis MRT Station. Dari Bugis station, perlu jalan sikit sampai nampak Arab Street. Belok kanan dan sampai...Tujuan kami ke sini adalah utk pegi ke Masjid Sultan iaitu masjid terbesar di Singapore. Kat sini jugak banyak makanan halal.

Kitorang kat MRT station dan dlm MRT, acting touristy...

Sampai2 je kitorang terus pegi cari kedai makan. Kebetulan hari tu ada majlis sambutan Maulidul Rasul. So kebanyakan kedai makan penuh. Kitorang jln ke depan sikit akhirnya jumpa satu kedai nasi ayam. Hara Village Restaurant nama dia. Kat ctula kami makan...Alhamdulillah...kenyang. Lepas makan pegi ke masjid utk solat dulu. Kat sekitar masjid ni ada banyak kedai termasuk kedai cenderahati dan jugak ada bazar yg dibukak oleh warga Singapore beragama Islam. Ada makanan, baju, tudung, dll.

Masjid Sultan di Kampong Glam

Di luar kawasan masjid, ada banyak kedai cenderahati

Kami mula2 cadangan nak pegi Chinatown utk beli souvenir tapi sbb dah jumpa kat cni, maka xpegi la kitorang kat Chinatown tu. Kebetulan ada satu kedai tu mmg jual murah even lepas convert duit RM, maka kami shopping kat kedai tu aje. Xde la beli apa sangat. Setakat FM, keychain ngn tshirt je. Dan jugak kipas tangan yg cantik...sebab kipas tangan sye dah patah...Berdekatan dengan masjid tu jugak ada kedai makan nama Kampong Glam Cafe yg agak popular. Tapi kami xsinggah ctu sbb dah kenyang.

Lepas abis shopping apa yg patut, kitorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Merlion Park. Dari Bugis station, kitorang turun kat Raffles Place Station. Dari situ kena berjalan lagi. Agak jauh gak. Bila tanya org kat kaunter tu mcm mana nak ke Merlion Park, diorang siap bagi direction yg siap diprint lagi. Nampak sangat ramai orang tanya kat kaunter tuh hahhaa. Walaupun agak jauh kedudukan MRT ngn Merlion Park, tapi xrasa penat sangat sbb walkway nak ke sana mmg menarik.

Sebelum ke Merlion Park, kitorang nak pegi naik river cruise dulu. Lepas jumpa The Fullerton Hotel, nampakla booth jual tiket, tapi rupanya tutup, Kena berjalan pegi booth satu lagi. Kat sekitar tempat ni ada beberapa patung gangsa budak2 dan org2 zaman dulu. Satu yg menarik adalah statue budak2 tengah terjun ke dlm sungai. Patung tu melambangkan aktiviti kanak2 pada zaman dulu di Singapore River. Dulu Singapore River ni kotor tapi kerajaan dorang dah buat project pembersihan dan akhirnya Singapore River ni dah ditransform kepada antara tempat tarikan pelancong luar.

Bronze statues and the concrete jungle...

Lepas berjaya jumpa ticket booth, kitorang pun beli tiket utk river cruise. Korang kalo nak naik river cruise mmg digalakkan naik waktu petang. Sbb kalo naik tengahari mmg panas la kan. Tiket kami berharga SGD17 seorang. Mmg berbaloi. Utk tau lebih lanjut tentang harga dan route, boleh refer SINI. Selain river cruise ada juga water taxi yg fungsinya sama mcm taxi darat cuma ianya sejenis boat dan lalu jalan air. Bila boat sampai kami rasa happy sangat sbb xde orang lansung dlm boat tu. Boat yg boleh memuatkan dlm 15 - 20 org tu, kitorang conquer berempat je. Best. Boat ni ada yg berbumbung dan ada yg tidak. Sbb cuaca redup dan berangin, kitorang pun duk kat tempat xde bumbung.

Dari jeti, kami di bawa menyelusuri sungai dengan melalui bawah beberapa jambatan until sampai ke Marina Bay. Kat sini kita boleh nampak Merlion Park, Marina Bay Sands, Esplanade dan beberapa lagi tourist attraction dari atas boat. Sangat cantik pemandangannya. Dengan angin bertiup, cuaca redup mmg boleh lentuk tidur lah. Hahahah. Mmg dpt shot terbaiklah Marina Bay Sands dari atas boat ni.

Kitorang kat atas boat dengan perasaan sangat excited

Nice view of Marina Bay Sands and Singapore Skyscrapers

Dari Marina Bay, kitorang di bawa menghala ke Robertson Quay. Disepanjang sungai tu, ada beberapa perhentian. Boleh je request boat utk berenti dan kita boleh turun boat. Tapi xboleh naik balik la boat tu. Sbb ni boat cruise. Utk ke Robertson Quay kami lalu Clarke Quay dulu. Clarke Quay ni diorang panggil riverside festival village sbb kat cni semua ada. Shopping, dining, bangunan cantik yg berwarna-warni. Waktu malam pun cantik dengan hiasan lampu. Tapi kitorang xpegi pun. Just tengok dari atas boat aje.

Waktu ni kitorang dah start mengantuk dah sbb tadi dah penat berjalan, ni duk atas boat sambil ditiup angin yg nyaman, cuaca mendung, bergambar pun dah penat. Tapi gigih lagi amik gambar sana sini. River cruise ni amik masa dlm 40 minit. Jadi pada pendapat sye mmg berbaloi2. Nnt korang cuba sendiri tau.

Kami turun dari boat dekat jeti yg sama kitorang naik tadi. Maka dari situ, kitorang berjalan kami utk ke Merlion Park semula. Nak tengok view waktu mlm kat sana. Sampai2 tu kitorang lepak kat bahagian atas dulu sbb penat berjalan. Tapi pemandangan dari atas pun mmg dah cantik. Reflection lampu bangunan dekat air yg sangat cantik. Lepas hilang penat, sye ngn Ain je yg turun ke bawah utk tengok patung Merlion dengn lebih dekat. Nak cerita pasal patung Merlion ni. Ianya adalah patung kepala singa tapi berekor ikan. 'Mer' bermakna laut dan 'lion' tu singa, Ikan tu represent Singapore zaman dulu2 yg bermula dengan perkampungan nelayan.

 Berjalan utk ke Merlion Park

Cantik kan light reflection kat atas air tu? Bangunan bulat dlm gambar tu Esplanade. Lebih kurang Istana Budaya kalo kat Mesia

Kami and Marina Bay Sands at night...

Rupanya2 ada lazer show dari Marina Bay Sands. Pergh, mmg cantik tengok tengok lazer bertukar2 warna. Lama jugak la show tu. Lepas tu kami pegi dekat dgn Merlion utk amik gambar. Org pun ramai waktu tu. Kebanyakkannya tourist mcm kitorang. Lepas amik gambar semua kitorang naik semula ke atas dan berjalan menuju ke Esplanade utk amik MRT. Sebenarnya kat Esplanade ada banyak aktiviti menarik, mcm concert, pertunjukkan akrobatik, kebudayaan... tapi kitorang malas nak pegi. Ish asyik malas je berjalan kali ni. Hahahaa.

Cantik kan lazer show ni?

Mr Merlion and us...

Dari MRT kami ke Marina Bay Sands semula sbb bas akan fetch kami kat sana. Sblm tu singgah p kedai kasut sbb kasut Ain dah tercabut. Lepas tu terus ke Marina Bay Sands utk naik bas. Lepas tunggu beberapa ketika, bas pun sampai...kitorang pun terus balik ke Mesia. Proses nak balik tu sama je dgn masa nak pegi. Kena turun naik bas 2 kali sbb nak check immegresen. Balik mlm tu makan maggi cup je beli kat 7E kat bawah Tune.

Masing2 dah penat dah tu ohohoho

Pergh, penat sehari suntuk berjalan. Kita jumpa lain kali ya.

Toodles!

2 comments:

Unknown said...

Salam, apa nama bas ni eh? macam mana nak beli tiket dia? pukul berapa dia ambil kita dari marina bay sands tu kalau nak tgok laser show sampai habis?

~uG0giRL~ said...

http://tunehotels.com/webres/gb/shuttle-odyssey.html

refer kat link ni ya. saya book sekali dengan bilik tune hotel. mmg berbaloi