Umrahku - Part 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah!!! dah lama xupdate blog (hehehe mcm xbiasa). Kali ni nak teruskan cerita pengalaman mengerjakan umrah lagi. Bukan nak menunjuk2, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman dan semoga ada yg mendapat kebaikan dari penulisan sye ni. (wah, penulisan katanya lalalala...)

Pada hari ketiga, selepas solat subuh di masjid Nabawi dan bersarapan di hotel, kami ikut rombongan Tabung Haji utk ziarah luar. Apa tu ziarah luar? Bermakna ziarah di luar masjid dan disekitar kawasan Madinah yg bersejarah dan penting. Kami berkumpul di lobi hotel dan naik bas ikut nombor masa kami sampai iaitu bas nombor 1. Masa menunggu bas bergerak, ada beberapa penjual naik ke atas bas. Driver bas xde halang pun, mungkin sbb dah biasa. Ada yg jual rantai mutiara, minyak ubatan-ubatan dan yg istimewa, ada yg jual hati unta yg dah dikeringkan. Saya xpasti sejauh mana keaslian hati unta tu. Sbb xpenah tengok sebelum ni. Orang kata hati unta ni elok utk org2 yg ada asma. Wallahualam...

Okay, lepas bergerak, kami menuju ke destinasi pertama kami iaitu Masjid Quba. Tapi sebelum sampai sana bas melalui kawasan perkuburan Baqi'. Ianya adalah besebelah dengan Masjid Nabawi. Masa ziarah dalam sebelum ni, jemaah lelaki berkesempatan pegi melawat ke kawasan perkuburan tersebut, tapi menurut ustaz pengiring kami, jemaah wanita tidak dibenarkan utk masuk ke kawasan tersebut. Maka kami hanya membacakan doa di luar saja. Siapakah umat Muhammad yg bertuah dapat dikuburkan di Baqi' ni? Tentunya pada isteri nabi Muhammad SWT, anak2 baginda, ahli keluarga baginda, sahabat2 baginda dan juga para shuhada dan ramai lagi. Kalau ada jemaah yg meninggal di Madinah, mereka juga akan dikuburkan di sini. Bertuahnya mereka dapat ditempatkan di kawasan perkuburan yg berdekatan dengan makam Nabi Muhammad SWT.

Clockwise: Rupa hati unta yg telah dikeringkan, Saya di depan Masjid Quba, Orang ramai sedang keluar masuk Masjid, Binaan masjid Quba yg telah dibaiki
Berbalik kepada cerita ziarah luar kami, akhirnya kami pun sampai di masjid Quba. Ianya adalah masjid pertama yg didirikan. Batu asas diletakkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. Sekiranya kita mendirikan solat 2 rakaat di Masjid Quba, ianya bersamaan dengan pahala mengerjakan ibadah Umrah. Bestkan? Alhamdulillah...waktu kami sampai tu, org pun xramai, maka boleh la kami solat dengan selesa. Lepas abis solat, kami tunggu bas di tempat yg ditetapkan. Ada kedai2 kecik jual kurma dan kekacang. Kalau nak beli utk makan kat sana boleh je beli tapi kalau nak beli banyak utk bwk balik Mesia rasanya lebih mahal. Waktu tunggu bas ni pun ramai penjual termasuk penjual kanak2 yg datang utk menjual barangan mereka, ada perfume, kayu sugi dan macam2 lagi.

Dari masjid Quba, kami meneruskan perjalanan ke Jabal/Bukit Uhud. Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 Hijrah. Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Di sinilah bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal. tahun ke 3 hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Perang Uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Gunung Uhud. Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya. Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi sendiri cedera dan patah giginya. Perang Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona dengan harta.

Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43 tahun dikebumikan. Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.

Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar. Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Di-copy dari (http://www.melurhasanah.com/2012/10/gunung-uhud-mencintai-rasulullah.html)

Ketika berada di Jabal Uhud, kami pegi melawat kawasan bukit dan juga bersedekah doa kepada pada shuhada yg dikebumikan di sana.
Atas: Jabal atau Bukit Uhud, Tengah: Di belakang saya tu bukan Jabal Uhud tapi satu bukit kecil di tepi Jabal Uhud yg sebenar. Tiada sebarang keistimewaan sekiranya naik ke atas bukit kecil tu menurut kata mutawif kami, Bawah: Salah satu shopping mall di Madinah
Kami seterusnya dibawa ke ladang kurma utk membeli belah. Seperti yg diberitahu mutawif, harga kurma di ladang lebih mahal dari di pasar kurma yg juga akan kami singgah nanti. Maka saya ngn Kak Kay dah rancang utk tidak berbelanja di ladang kurma ni. Hanya turun dan melawat ladang dan juga masuk ke kedai utk tengok2 jemaah lain membeli belah. Memang penuh kedai tu dengan jemaah dari Malaysia. Dapat jugak kami peluang merasa buah kurma segar yg belum dikeringkan. Cruncy, manis dan kelat at the same time.

Kiri atas: Pokok kurma dengan buah yg sangat banyak, Kanan atas: Buah kurma segar, Bawah: Orang ramai sedang memilih kurma dan kekacangan di kedai di tepi ladang kurma

Atas: Buah kurma segar, rasa manis dan kelat, Bawah: Antara kedai di masjid Quba
Bas meneruskan perjalanan ke sebuah lagi masjid penting dalam sejarah Islam iaitu masjid Qiblatain. Apa yg berlaku di sini adalah pertukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram berlaku. Waktu tu Rasulullah sedang mengimamkan solat zohor dah turun wahyu dari Allah SWT supaya kiblat ditukar. Hebatkan? Tiada keistimewaan lain sekiranya mendirikan solat di masjid ni, maka kami berdua yg dah penat dan agak malas nak turun sbb panas pun cuma duduk dlm bas saja. Ada jugak jemaah lain yg xturun solat kat sini.

Di luar masjid, ramai peniaga tengah jual barang2 mcm telekung, jubah, tasbih dan sebagainya. Kebanyakkan wanita kulit hitam. Sepanjang kami di Madinah dan Makkah, mmg beberapa kali terserempak dengan kumpulan peniaga ni. Ada yg mendukung anak sambil menjual barang.

Seterusnya, kami ke pasar kurma pula. Keadaan pasar ni adalah deretan kedai yg menjual pelbagai jenis kurma dan kekacang. Mutawif mengesyorkan utk kami pegi ke satu kedai ni, tapi sya dan Kak Kay pegi melawat dulu keliling pasar konon2 dan survey harga yg terbaik dulu. Tapi sambil berjalan tu tengok kiri kanan kedai xde langsung pekerja wanita dlm kedai. Cuak kami. Maka kami cancelkan survey dan beli je kat kedai yg mutawif tunjuk.

Atas: Masjid Qiblatain dari atas bas, Tengah: Orang ramai berjual di luar masjid, Bawah: Deretan kedai kurma di Pasar Kurma
Banyak jugak kami beli. Utk famili kami dan jugak utk kawan2 di office. Dlm 6 kotak jugak hasil belian kitorang. Sampai mutawif tolong kami angkat kotak utk di bawa ke parking bas. Heheheh. Dari pasar kurma kami pun balik ke hotel utk rehat, makan tengahari dan pergi ke masjid utk solat jemaah. Rugi tau kalau xsolat di masjid Nabawi.

Ok sampai sini dulu. Kita jumpa di lain entry. Toodles!!!

No comments: