JB-Singapore - An Overland Trip Part 4 (Finale)

Dari Ancient Egypt, kami meneruskan perjalanan ke The Lost World. Kat sini ada Amber Rock Climb, Canopy Flyer, Dino-Soarin (utk kekanak), Jurassic Park Rapids Adventure dan WaterWorld. Tapi sedey...satu ride pun kami xnaik kat The Lost World ni. Hurm...dah penat kot hahahah. Cuma amik gambar dengan patung dinasor je. Xpelah, buat kenang-kenangan...(ayat nak sedapkan hati).

Kami di Lost World. Xde naik ride pun. Amik gambar kat dinasor aje

Kemudian, kami singgah pulak kat Far Far Away! Korang tau kan tempat apa ni? Ni la kingdom Shrek dan Princess Fiona...wah mmg best tengok istana yg besar tu. Kat sini juga kami amik gambar ngn Puss in Boots yg comel. Di Far Far Away ada Shrek 4-D Adventure, Donkey LIVE, Magic Potion Spin (utk kekanak) dan Enchanted Airways (ni junior ride yg xtakut langsung, tapi kitorang belasah je naik hihihi). Kitorang masuk Shrek 4-D. Best tengok cerita 4-D ni. Sebelum ni tengok 3D pun xpernah tengok (sedey). 4D ni kita boleh rasa angin, air dan pergerakan sama mcm dlm movie. Movie pendek ni tentang Shrek la kan. Tapi jln cerita dah xingat la pulak.

 Sye di Far Far Away Kingdom!!!

 Kami dan Puss In Boots

Tengah beratur dan tunggu utk Shrek 4D. Best!

Mari beli cenderahati

Keluar dari theater, nampak orang tengah beratur kat Madagascar. Character2 famous dlm cerita tu keluar utk bergambar lah! Kitorang pun kejar masuk barisan utk tunggu giliran amik gambar. Tapi sedey...xcukup time...dapat amik gambar dorang menari jek. Xde gambar peluk penguin...Kat Madagascar ni ada King Julien's Beach Party-Go-Round (kekanak) ngn Madagascar: A Crate Adventure (family ride). Kitorang naik yg family ride aje. Comel aje, naik boat sambil tengok character2 Madagascar yg comel. Owh, jangan lupa amik gambar kat patung character2 yg comel tu ya.

 Huhu xsempat begambar ngn dorang

Madagascar big family...Comel kan?

Abis ride yg ni tengok2 jam dah terlepas utk show terakhir Water World kat bahagian The Lost World...xde rezeki, nak wat camne...Jadi kitorang pun meneruskan perjalanan utk keluar. Tapi sebelum tu tengok persembahan Daddy O's kat Hollywood street. Hensem2 tau dorang ni...lalalalala. Nyanyi pun sedap. Lepas abis persembahan dorang, kitorang pun singgah souviner shop utk beli cenderehati sikit buat kenangan. Bila keluar ada org tengah begambar ngn Woodywood Pecker and girlfriend. Sye pun beratur la sekali. Dapat gak begambar ngn dorang.

Hemsem kan? Ahahahaha

 Cari souvenir lagi sbb nak abiskan duit SGD

Me and Woodywood Pecker and his girlfriend

Pergh...akhirnya berakhir jugak aktiviti kitorang kat USS. Sebab bas sampai lewat sikit dari time kitorang keluar, maka kitorang pun duduk melepak kat depan globe tuh. Melepak tu maknanya duduk kat lantai sambil melunjur kaki kasi lurus. Sambil tu urut2 kaki sbb penat sangat. Kaki mcm rasa nak tercabut dah time ni hahaha. Sampaikan ada sorang pak guard USS datang tanya OK ke? Kalau x OK dia boleh bwk ke bilik rawatan or amik 1st aid box. Hihihii kasi malu aje...Sye ngn malu menolak tawaran tu. Yelah, bukan cedera ke hape, penat je lebih. Sambil lepak sambil amik gambar globe waktu malam. Cantik....

Hohoho kaki sudah penat. Tapi semangat nak berposing lagi

Ok... muka saya mcm xde perasaan je naik the Mummy ride tu hahahaha.

Kat luar USS ni ada Malaysian Food Street dan ada yg jual makanan halal. Tapi sbb kami penat, maka malas nak makan. Waktu balik tu mcm biasa turun naik bas utk check imigresen. Balik2 makan apa yg ada dan terus tido...Esok dah nak balik dah T_T.

Esok paginya kami naik teksi ke bas stesen dan amik bas ekspress ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal JB, selamat tinggal Singapore. Semoga kita berjumpa lagi!

Toodles!

No comments: