JB-Singapore - An Overland Trip Part 3

Huarghhhh (bunyi org mengeliat)...ngantoknya, hari ni kami nak sambung p Singapore. Tapi kali ni nak ke Universal Studio Singapore (USS)! Yipppi! Kami beli tiket online and mmg korang kalo nak pegi sana dinasihatkan supaya beli tiket online siap2 supaya nnt xperlu beratur panjang2 utk beli tiket. Hari tu masa beli ada discount kalau guna credit card Maybank. Dapatla sorang SGD68 utk one day pass. Kalo x dlm SGD75 kot. Pagi tu ramai betul org nak pegi USS dari Tune Hotel. Kalau semalam satu bas je yg tunggu kat depan Tune, hari ni, ada dlm 10 bas kot. Xpun lebih?! Tp mmg ramai lah. Hohoho, apesal la semalam kitorang xpegi USS? Dah dapat agak dah nnt waiting time kat USS tu lama giler sbb ramai org.

Pagi tu kami sarapan simple je. Roti ngn air 3in1 beli kat 7E. Lepas tu tunggu bas sampai. Lewat dari jadual. Kemudian, ada sorang lelaki datang utk cop tiket bas kitorang dan masa tu baru tau no bas. Lepas tu terus cari bas ikut number yg diberi. Pergh, time tu cuaca dah nak mula panas, so dengan org yg ramai, bas yg banyak mmg mencabar lah. Tapi alhamdulillah senang je kitorang jumpa bas yg sepatutnya kitorang naik. Maka lepas naik bas, org bas tu bagi briefing sket pasal imegresen ngn waktu balik nnt, akhirnya kami pun bertolak...Mcm semalam, kitorang kena turun bas 2 kali utk check imegresen Malaysia dan Singapore.

Bas turunkan kami di parking lot basement USS. Betul2 depan escalator. Naik je escalator....nah tu dia globe USS yg glemer tempat semorang amik gambar ada depan mata! Wah, terujanya! Jadi, mcm org lain yg sampai kat USS ni, perkara pertama yg dibuat adalah amik gambar depan globe. Jenuh nak tunggu globe tu berpusing supaya bleh nampak perkataan Universal Studio hahahha. Lepas puas bergambar kami pun masuk ke dalam. Untung kami beli tiket online. Hari tu mmg ramai org dan beratur panjang nak beli tiket.

 Kami sedang bersarapan dan kami yg 1st time sampai USS! Yeah!

Gambar kat globe ni sudah pasti. Dan jugak adik yg jaga tiket tengah periksa tiket

Masuk2 je kat USS ni akan jumpa Hollywood Street. Apa ada kat sini? Ada Monster Rock, Mel's Dinettes (street performance), Daddy O's (street performance) & Walk of Fame - Hollywood Boulevard. Masa kami masuk Mel's Dinnetes tengah perform. Diorang ni konon2 waitress dari restoran Mel's Drive-in dan dorang menyanyi dan menari menghiburkan org ramai. Antara lagu yg dorang nyanyi adalah lagu Kristina Agulera (bantai je ejaan nama sbb malas nak google). Syok gak tengok dorang menari hahahah. Tapi agak cekci sbb dorang pakai seket pendek. Lepas abis beberapa lagu ada sesi bergambar tapi utk sekejap je. So xramai yg berpeluang amik gambar ngn diorang.

Tengah layan waitresses menari sambil menyanyi. Nampak mcm kat Hollywood sangat sbb penari dorang mmg org puteh

Lepas tengok pelayan menyanyi, kitorang beratur utk masuk ke Pantages Hollywood Theatre. Kitorang nak tengok Monster Rock show. Mcm nama show ni, ianya adalah show yg dibintangi oleh watak2 monster/hantu dlm cerita Hollywood. Termasuk Phantom of the Opera, the Mummy, Dracula, Werewolf, Frankenstein dan Bride of Frankenstein, jugak beberapa lg hantu yg sye pun xingat. Seronok dan kelakar. Show ni 30 minit je. Korang kalo nak pegi nnt jgn lupa check waktu setiap show dan rancang elok2 supaya boleh tengok semua show. Mcm kitorang, xsempat nak tengok semua show.

Show tengah berlangsung. Sepatutnya xboleh bawak camera...heheheheh. Dracula tu ensem kan?

Sewaktu kitorang keluar dari theatre, nampak ada org beratur utk amik gambar ngn character villain dalam cerita Batman. The Joker kot nama dia. Hahahah sorry la xminat sangat cerita tu. Tapi walaupun xminat gigih gak beratur nak amik gambar. Ngeeee...jgn xtau, kalo nak amik gambar ngn character2 kat USS ni perlu beratur dan ada masa tertertu. Walau waktu tu ramai org tengah beratur, tapi kalo dah cukup waktu mmg xdapat la semua bergambar. Kesian...

Dengan villain cerita Batman dan jugak waiting time utk Ligt, Camera, Action. Kat bawah tu gambar masa show

Lepas Hollywood, kami sampai ke New York Street. kami masuk ke Light, Camera, Action. Lama gak beratur. Kalo nak tau berapa lama nak tunggu, dekat entrance utk beratur, diorang akan display siap2 waiting time. Jadi ikut korang la nak tunggu ke tidak kalo waiting time tu 60 minit! Duration utk Light, Camera, Action ni cuma dlm 10-15 minit je. Diorang tunjuk Steven Spilberg (bantai ejaan lagi) show yg terkenal dengan visual dan sound effect. Ada gegaran, air melimpah, boat terjatuh, banjir, angin kuat. Mmg enjoy la dlm ni.

Seterusnya, jumpa lagi satu lagi character Hollywood yg terkenal iaitu Charlie Chaplin. Kelakar je dia buat lawak. Sebijik mcm dlm tiwi. Siap cucuk2 perut sye dengan tongkat dia. Huh! taula perut b****t! Hahahha. Sebenarnya ada lagi beberapa show di sepanjang Hollywood Boulevard dan New York Street ni, tapi kitorang xtunggu sbb nak jimat masa. Dekat New York Street ni jugak terletaknya Public Library. Ada replika bangunan ngn tangga je la. Kat bahagian depan tu ada Yellow Cab yg sangat famous dan jadi salah satu identiti bandar metropolitan New York. Kat sini pun ada street show jugak iaitu The Rockafellas dan Sesame Street Stage Shows. Yg ni pun kitorang x tunggu. Hem...mcm saje je nak cari alasan utk datang lagi! Hahahaha...

Mr Chaplin yg notty ngn kitorang yg excited! Jugak Mr Yellow cab

Sye di New York street.

Kemudian, sbb masa pagi tadi kitorang amik light breakfast je, jadi perut dah lapar berkeroncong. Kami pun patah balik dan pegi ke Mel's Drive In restaurant. Ni adalah fastfood restaurant dan halal. Kat USS ni tempat makanan halal adalah Mel’s Drive In, Friar’s, Goldilocks, Celebrity Café & Bakery, Oasis Spice Café dan Marty’s Casa Del Wild. Jadi, xperlula nak bawak bekal makanan banyak2, boleh beli aje kat kedai2 halal ni. Kat Mel's Drive In kami order set burger dan fries. Sedap...ke sbb tengah lapar? Tapi mmg sedap pun. Burger dia pun besar. Mmg kenyang makan.

Di Mel's Drive In. Sedap burger dia ada letak floss

Lepas kenyang singgah kedai Crazy Hat kejap. Posing2 amik gambar je, bukan beli pun

Lepas kenyang dan berehat2 kejap, kami meneruskan perjalanan ke Sci-Fi City. Kat cni ada ride Accelerator, Battlestar Galactica: HUMAN VS. CYLON dan jugak TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Best giler! Enough said. Hahahah. Tapi sye xnaik pun Battlestar Galactica tu. Takut weh. Lagipun waiting time dia lama sangat. Lagi satu, utk naik ride kat USS ni ada syarat ketinggian dan berat jugak rasanya. Pakaian dan kasut pun perlu sesuai. Kalau x, pekerja kat sana ada hak nak halang kita naik ride tu. So pegila USS dengan seluar dan sandal yg ada backstrap. Sbb ada ride yg akan kena air. So kalo korang pakai sport shoe, mmg lencun la kan...

Hohoho, me and my robot. Ride yg ni mmg xkan sye naiklah. Seriau betul
Habis kat Sci-Fi City, kami berhenti solat dulu. Di USS ni ada tempat solat, tapi kecil dan campur lelaki perempuan. Jadi ramai jugak pengunjung yg solat kat satu kawasan yg agak tersorok dari laluan utama. Kami guna ponco je sebagai lapik. Hemm, sepatutnya pengurusan USS ni lebih sensitif dengan pengunjung Islam. Yela kan, USS ni kan kat Singapore dan banyak neighbouring countries yg berpenduduk majoritynya adalah Muslim. Kalau sediakan tempat solat yg lebih selesa kan bagus?
Lepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Ancient Egypt. Kat sini ada ride Revenge of the Mummy dan Treasure Hunters. Kami naik Revenge of the Mummy je. Yg satu lagi tu sesuai utk kanak2 je. Syok weh. Naik rolercoster dlm gelap. Hahahaha. Masa menunggu mmg agak lama. Tapi xpe, sbb mmg worth the wait! Kat sini kami amik gambar ngn Army of Anubis. Seksi you! Hihihii.

Kami solat kat atas tu dan juga Ancient Egypt

Masih di Ancent Egypt

Oklah sampai sini dulu ya. Jumpa lagi nnt!

Toodles!



No comments: