Umrahku - Part 1

"Dik, jom kita pegi umrah nak x?" Soalan dari Kak K. Hati sye terdetik, "Bersediakah aku?", "Mampukah aku?". Mula2 tu hati mcm ragu2 je. Sbb tahu kemampuan diri yg selama ni leka, asyik sangat dengan dunia. Melancong sana sini, kerja carik duit je. Ibadah yg wajib je (tu pun kadang2 tinggal dan lewat....T_T). Yg sunat2 tu xde buat slalu pun.

Walau ada terpikir satu hari nnt alangkah bestnya dapat menjejak kaki ke bumi Allah yg mulia tu, tapi xpernah terpikir akan secepat ni. Betul ke ni? Perasaan takut tu sentiasa ada. Ada org cerita sampai Makkah tapi xdapat nampak Kaabah. Mcm mana sye nnt kat sana? Allah terima x ibadah umrah sye nnt? Hanya Allah yg tahu betapa bercampur baur perasaan waktu tu.Tambah2 lagi, waktu Kak K ajak tu, sye tengah sibuk2 uruskan hal Korea. Lagilah susah nak concentrate.

Alhamdulillah...Allah tu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pemurah dan Maha Penyayang...sudah ditakdirkan bahawa rezeki saya utk dijemput ke tanah suci Makkah telah tiba. Urusannya mudah je. Kami pegi ke TH Travel office di TH Selborn Jln Tun Razak. Isi borang, bawa duit siap2, submit gambar dan passport utk tujuan visa. Pada waktu tu, sbb kami berdua masih bujang, perlu ikut mahram tumpang. Ingatkan kawan office kitorang boleh join sekali, tapi belum ada rezeki...memandangkan waktu tu kawan kami ada final exam. Jadi urusan mahram tumpang semua kami serahkan pada TH. Syukur pada Allah, tiada halangan bagi kami waktu tu.

Lepas register, kami mula buat persediaan sedikit demi sedikit. Hati sebenarnya masih belum percaya yg sye akan ke tanah suci utk menunaikan Umrah. Xde sapa pun dlm famili sye yg tahu pada awalnya. Sye pun xpasti kenapa xbgtau dorang. Dua minggu sebelum umrah sye dijangkiti demam denggi. Beberapa hari MC, kemudian warded dan sambung MC lagi. Mmg xmsuk office. Tapi disebabkan MC dan warded tu juga la saya berkesempatan utk membaca dan ulangkaji lebih banyak utk persediaan beribadah nnt. Terima kasih ya Allah!

Dan Kak K paling banyak membantu. Buku yg perlu dibaca, barang2 yg perlu dibawa, semua dia yg bgtahu dan banyak buat research. Alhamdulillah sye dapat dpt kawan mcm Kak K. Terima kasih kak :)

Lebih mmbuatkan sye terharu, kebetulan kat office ada buat majlis tahlil dan doa selamat. Kami yg nak bertolak ke tanah suci turut diraikan. Rasa sangat dihargai. Ramai yg sedekah duit pada kami. Sye dan Kak K dah sepakat, duit2 yg kami dapat tu (banyak juga) kami akan guna utk beli kurma, badam, kismis, kekacang dan lain2 utk disedekahkan kepada semua bila kami balik nnt. InsyaAllah. Semoga sedekah mereka diberkati Allah SWT dan mendapat pahala yg berganda2. Amin...

Hari terakhir sebelum bertolak, baru kami berkesempatan utk pegi kursus. Kami pegi ke bangunan Tabung Haji dan join kelas mereka. Alhamdulillah...lebih terang dan jelas bila dengar penerangan dari ustaz yg bertugas.

Dan akhirnya hari yg ditunggu pun tiba. Mlm sblm betolak, sye tido di rumah Kak K, pegi ke airport kawan2 Kak K yg hantar. Tapi kakak2, abg ipar dan anak sedara sye pun hantar jugak. Kami berjumpa di KLIA. Terima kasih Y.Sarah,  Abg Lan, K.Fizah dan Azri sbb hantar kte ye :) terharu sangat.

Sampai2 di KLIA, dah ada beberapa group of famili yg dah sampai dan menunggu. Kebanyakkannya dah berusia atau pegi bersama keluarga. Jemaah yg kanak2 pun ada. Bertuah dorang dapat pegi ke tanah suci pada usia yg sangat muda. Ada dlm 200 org jemaah yg join pakej TH kali ni. Dlm ramai2 tu, cuma 3 org je yg bermahram tumpang termasuk kami. Yg sorang lagi tu adik perempuan, dia pegi dengan mak dia berdua je. Sbb mak adik tu dah berusia lebih 45 tahun, maka xperlu ada mahram tumpang. Mak adik tu boleh join group wanita berumur 45 tahun ke atas.

Xlama lepas tu, kami dipanggil utk amik tag nama, passport + visa, tag utk bag dan beberapa lg item yg sye dah xingat. Seterusnya, urusan check-in bag pulak. Waktu pegi kami bawak beg besar sorang satu je Dan sling bag sorang satu. Hehehe xbanyak pun. Lepas check-in bag, kami said our goodbyes to our family, minta maaf minta ampun, peluk2, kiss2 dan kami pun berpisah dengan famili dan kawan dan pegi ke kawasan utk briefing.

Sangat berdebar waktu tu. Owh lupa nak cerita. Waktu kami pegi ni, ada sorang kakak kat office kami (Kak Seha namanya) pun pegi jugak. Dia lg best. Pegi ngn suami dan 2 org anak lelaki yg paling last. Sbb Kak Seha ada pengalaman pergi umrah maka kami dah mintak tolong siap2kan utk kami follow Kak Seha sewaktu di tanah suci. Terima kasih Kak Seha :).

Lepas habis briefing, kami diperkenalkan dgn mahram tumpang kami. Encik Abdul Mokhtar namanya. Mahram tumpang kami dulu pesara tentera/polis dan pergi umrah sensorang je. Lepas berkenalan, kami pun check-in dan bersedia utk boarding.

Alhamdulillah, perjalanan kami setakat ni sangat mudah dan lancar (Alhamdulillah...mmg perjalanan kami pegi dan pulang dipermudahkan Allah SWT sentiasa. Syukur Ya Allah!)

Atas: Kursus Umrah di Bangunan Tabung Haji  Bawah: Me and mi familia. Love2

Kiri: Jemaah sedang beratur utk check-in luggage. Kanan: Sedang menunggu train di KLIA. Bawah: Menunggu giliran...semoga Allah menerima ibadah umrahku pada kali ini...Amin...

Kita jumpa lagi di lain entry ya.

Toodles!





No comments: