JB-Singapore - An Overland Trip Part 1

Bila orang tanya, negeri mana yg belom pernah pegi dlm Mesia? Sye akan jwb...Johor!!! The one and only. Jadi, since kat Singapore dah bukak Universial Studio, so kami (me and my sis) pun plan2 nak ke Singapore thru JB. Maka, pada 4 Feb 2012, tercapai la hasrat sye utk menjejak kaki ke negeri Puteri Gunung Ledang tu...

Rancang punya rancang, akhirnya geng JB-Singapore pada kali ni terdiri dari 5 org. Me, kakak, kawan kakak x 2 (Kak Uji &Kak Ina) dan anak sedara sye yg last minute nak ikot (ikot la Ain, asal mak ko bagi dan ko bawak duit banyak2 hahaha).

So itinerary ringkas kami lebih kurang mcm gini:

4 Feb 2012 - Bertolak naik bas kat TBS ke JB
                   - Check in di Tune Danga Bay
                   - Jln2 kat JB
5 Feb 2012 - Naik bas express dari Tune ke Singapore
                   - Jln2 sekitar Singapore naik train
6 Feb 2012 - Naik bas express dari Tune ke Singapore (Universial Studio)
                   - Main games sampai lebam
7 Feb 2012 - Balik KL

Lepas semua booking dibuat, tiket dah beli maka kami pun berangkat ke JB naik bas Konsortium kat TBS. 1st time sampai ke TBS. Wow! Impressive i would say. Mcm kat airport rasanya. Selesa dan sangat convenient. Tiket kitorang 9.30am. Kitorang semua (kecuali Kak Uji) pagi2 turun dari Kelana Jaya naik LRT. Sampai TBS baru jumpa Kak Uji comel. Lepas breakfast kat TBS, kitorang pun turun ke balai pelepasan (mcm nak naik flight) dan off we went!

Kami yg bertolak dari TBS. Mmg mcm tunggu kat airport je rasanya. Sangat selesa

Bila sampai Perhentian Bas Larkin, kami terus amik teksi ke Tune Hotel Danga Bay utk check-in. Kenapa kami pilih Tune Hotel. 1. Budget, 2. Tune ada sediakan pakej bas ekpress yg pick up kat depan hotel utk ke Marina Bay dan USS. Senang je nak uruskan sbb semua booking online. Di hujung jari anda jek. Kalo korang naik kete boleh la duk kat area bandaraya JB yg lebih dekat dengan Singapore.

Perut memasing tengah lapar. Maka lepas check in dan rehat2 maka kami pun turun cari makanan. Masa kitorang pegi, kedai makan yg walking distance dengan Tune xde la banyak sangat. Tapi ada la jugak. Kalo kedai makan yg menarik sket kena jalan jauh dan cross jln besar. Maka, kami yg malas jln jauh ni pun pilih satu kedai makan yg xjauh dgn Tune. Waktu tu dah lepas lunch, maka lauk pun dah xde. So sye order laksa Johor. Sye mmg peminat laksa johor. Sodap.

Amik gambar dlm bilik Tune, laksa johor sye dan kitorang yg nak ke Plaza Angsana. Tu gambar en driver yg caj 20sen kat kitorang hahahaa

Lepas makan perut kenyang hati girang, kitorang pun amik keputusan nak pegi Plaza Angsana. Asyik dengar nama Plaza Angsana ni kat radio je slalu ada program ngn retis. So saje la kami nak menjejak kaki kat sana. Sbb xde kereta, maka kitorang pun tunggu bas kat bus stop depan kedai tempat kitorang makan tadi. Kitorang yg xtau nak tahan bas yg mana, main belasah je tahan bas yg lalu kat ctu. Lucky us, the 1st bus yg kami tahan tu mmg menghala ke Plaza Angasana. Hohoho, alhamdulillah...naik je la. Bayar singgit lebih kot. Bas penuh gak time tu so kami berdiri jek.

Sampai2, encik driver bas bgtau, naik jejantas utk cross jln dan jalan kaki lagi ke depan. Ala...dah la kena naik jejantas, pastu kena jalan kaki plak tu (kalo dah jln ngn org mls bergerak ni mmg mcm tu la, banyak komplen). Maka bila turun jejantas, kitorang tahan lagi satu bas yg kebetulan tengah turunkan customer. Bila kitorang kata nak ke Plaza Angsana, encik driver tu mcm kata "eh dah dekat dah tu dik, depan tu je.." lebih kurang gitu le. Tapi kitorang jawab, "xpe bang, kitorang malas nak jalan, kitorang bayar je berapa yg abg mintak". Akhirnya encik driver tu caj kitorang sorang 20sen...hahahha. Asalkan xyah berjalan, 20sen sorang pun boleh aje!

Owh...mcm ni rupanya Plaza Angsana. Sama je ngn shopping complex yg lain kat Mesia ni. Mcm Amcorp Mall, Plaza Sentral, Pertama Complex, Shah Alam Mall, Sogo. Lebih kurang gitu lah. Kebetulan time kitorang pegi ni ada pertandingan make up pengantin. Syok jugak tengok model cantik atau perasan cantik berposing. Sambil2 tu kami jln2 ke semua level, kot2 ada yg menarik. Saje je sebenarnya nak menghabiskan masa.

Acara sedang berlangsung kat plaza dan jugak sedang melayan sweet tooth sye

Lepas penat, lepak2 kitorang pun singgah ke food court diorang. Tapau makanan utk dinner. Ramai gak org kat food court tu. Lepas dapat makanan, balik ke Tune dengan teksi. Teksi kat sana guna sistem kupon. So selamat la. Xde nak kena tipu.

Waktu malam, kawan pada Kak Uji, offer nak bawak kitorang jln2. Wah! Peluang  baik ni. Kak Zilah ngn Kak Ina xmo ikut, so me, Kak Uji ngn Ain je yg pegi. Syok gak, jln2 dan pusing2 bandar JB. Masa round2 bandar JB tu xturun kereta pun, just duk dlm keta sambil dengar kawan Kak Uji (Abg Ipin nama dia) cerita pasal JB, sekolah lama dia, tempat dia selalu lepak masa remaja, cerita gak pasal sultan Johor, istana2 sultan (banyak weh), stesen minyak sultan dan juga pengalaman arwah ayah dia bekerja dengan sultan Johor.

Bandar JB at night. Gambar xcantik sbb amik dari dlm keta yg bergerak

Bila dah abis2 pusing bandar kami pun singgah Danga Bay. Ramai gak org kat sana. Ada banyak aktiviti waktu malam kat Danga Bay. Dulu selalu dengar nama Danga Bay bila ada Jom Heboh TV3 tuh. Hahahha. Antara aktiviti yg ada, boleh naik train kecik utk round pusing bay, naik basikal yg mcm kat Nami Island tu, naik cruise dan dinner atas boat, ada gak funfair tapi mlm tu tutup pulak.

Kami di Danga Bay

Lepas jln2, kami lepak kat kedai makan sambil sembang2. Malam makin larut so Abg Ipin pun hantar kitorang balik...esok kitorang nak pegi luar negara dah. Hahahaha. Trima kasih Abg Ipin sbb sudi bawak kitorang keluar mlm tu.

Toodles!



No comments: