Wonders of Bali - Part 1

BALI... Hohoho. Bila dengar cerita geng Yap & Yau (Kak Su, Hairil, Naim, KJ) nak pegi Bali terus memohon utk join. Huhu. Lepas tu pikir, nak ajak sapa neh utk jadi partner dlm flight dan partner di bilik hotel nnt? Owh, Adasyut tengah banyak duit lepas dpt duit claim dan dia pun suka travel, mesti dia nak ikot kot? Kekekekeke....Telahan ku benar belaka, Adasyut termakan pujukan dan agree nak join. Maka, terus p beli tiket AA. Tiket beli dah agak lewat so harga boleh tahan mahal la. Triple kot dari harga tiket dorang. Tapi apakan daya masa beli tiket tu, terlebih excited dan x double check, maka tersalah pilih waktu berlepas. Lewat sejam dua dari geng yg lain. Adoyai....

Utk memotong cerita jadi pendek (To cut the story short heheheh), lepas beli tiket, hotel booking done by Kak Su, itinerary prepared by me and kak su and endorsed by the rest of the gang (amboi!). Email pak supir yg dapat banyak review best dari traveller2 lain, bincang harga, itinerary, etc...maka kami pun mulakan perjalanan...Kami deal ngn pak Isme. Itinerary planned by us, kemudian bagi pada Pak Isme dan dia pun bagi feedback sesuai ke tidak plan kitorang tu. Tempat makan halal pun dorang yg tolong. Senang mcm tu, dari amik pakej yg dah siap ada itinerary, nnt terikat dgn itinerary dorang pulak. Email pak Isme adalah isme_tours@yahoo.com. Nak book kena cepat2 sbb Pak Isme ni popular dan selalu fully booked especially dgn tourist dari Mesia.

Kami di atas kapal tebang. Hujan waktu kami bertolak tu. Alhamdulillah...selamat sampai

Sampai kat Bali Airport (Ngurah Rai) Denpasar dah mlm. Dlm kul 8.30 mcm tu. Sbb Pak Isme bawak guest lain, maka pak supir kami ditukar kepada Pak Ujang. Baik sangat Pak Ujang ni, sabar sangat orgnya. Dan xbanyak cakap sangat. Heheh Kak Su selalu usik2 Pak Ujang ajak bersembang. Geng lain dah selamat sampai ke hotel sbb Pak Isme baik hati sbb setuju amik kitorang 2 trip tanpa extra charged. Hoho jimat....

Sampai2 hotel, owh kami duk kat Tune Legian ya. Kat Bali ni ada dua Tune Hotel. Satu kat Legian dan satu lagi kat Kuta. Kat Kuta tu dkt kawasan bandar, kat Legian ni masuk dlm sikit. Tapi kami ok je sbb kitorang travel ngn pak supir. Mlm tu xde aktiviti lagi. Just berehat dan tido, lagipun esok kena bangun dan bertolak sebelum subuh! Maka mari kita...Zzzzzzz.

Day 2
Bangun pagi, pkul 3 kami dah kena keluar hotel. Huarghhhh ngantok....kenapa kami bertolak awal sangat? Sbb kami nak pegi Lovina Beach utk tengok dolphin! Yeay. Dolphin akan keluar waktu pagi utk cari makanan so tu sbb kami kena keluar awal. Lovina Beach ni terletak lebih kurang 2jam setengah dari Legian, maknanya kerja kami dlm van adalah menyambong tido...

Singgah subuh kat surau/masjid di tepi jalan dan akhirnya dlm pkul 5.30 kami pun sampai...SubhanAllah...tenang je suasana pantai di waktu pagi...air tengah surut waktu tu. Bila sunrise lagi la cantik. Masa sampai xde group lain lagi. Tapi lepas tu ada la 2 group org puteh yg datang. Kami naik 2 traditional boat dorang. Geng pompuan ngn geng lelaki asing. Hahaha, nak dijadikan cerita, masa nak naik atas boat tu kita kena melangkah naik tanpa ada tangga atau kerusi. Maka, sye yg berat ni xboleh nak mengangkat diri sendiri...T_T. Malu dah time ni, "Huhuhu xdapat ke nak join dorang tengok dolphin?" Sye bermonolong sendiri...tapi bapak yg bawak boat dan kawan dia tu offer nak dukung. Hahahaha. bukan dukung betul tapi dorang bedua berpegangan tangan dan sye duk atas tangan dorang. Alahai...malu tolak tepi dah waktu tu. Ingat lagi dialog dorang"

Bapak: Ngak apa2 buk, kami sudah biasa ini.
Sye: Ala xpelah, sye xpayah pegi la (dlm hati malu la tau x!!!)
Bapak: Bisa buk, kami angkat ibu duduk diatas ini (sambil buat aksi pegang tangan berdua)
Sye: Oklah...(malu giler weh time tu) *_*

Lepas drama tu ingatkan dah abis, rupa2nya ada lagi. Disebabkan air tengah surut maka air pun cetek, boat yg berat sbb menampung sye, kak Sue ngn Adasyut telah tersangkut dengan batu ke coral ntah hahha xbleh jln guna enjin. Terpaksalah pak supir tu turun boat dan tolak...Hahahaha. Serik kot bapak tu bawak penumpang mcm sye nih. kikikiki. Mana la sye tau!

 Lovina Beach di waktu pagi dan gambar kumpulan pertama kami

Deretan bot tradisional yg akan membawak kami ke tengah laut dan wajah2 excited kami (dan jugak wajah cover malu sye huhu)

Sunrise. SubhanaAllah...

Bila dah selamat ke tengah pantai, kitorang pun tunggu dolphin timbol...ingatkan boat kitorang je yg ada, rupa2nya banyak betul boat yg bawak pelancong tengok dolphin. Banyak jeti rupanya kat Lovina Beach ni. Tapi yg kelakar, aksi boat ngn kitorang yg duk dlm boat tu adalah bila nampak dolphin timbul semua boat kejar dolphin, bila dolphin hilang kami pun tekebil2 kat tengah laut tu hahaha. Tapi alhamdulillah...ada banyak kali nampak dolphin cuma xde yg buat backflip ke apa ke, cuma berenang2 dlm kumpulan je. All in all the experienced tu mmg xdapat kat tempat lain la kan. Apatah lagi kat Mesia. Eh? Ada eh dolphin kat Mesia? Lebih2 lagi, sambil naik traditional boat dorang sambil tengok sunrise yg superb sangat cantik, langit yg biru, haih mmg cantik lah.

Can you see 'em dolphin? Well we did. And a lot of fun we had :)

Lepas penat kejar dophin (eleh duk dlm boat je pun) kitorang balik ke pantai... Turun2 je dari boat dah ada org tunggu nak jual barang. Dorang jual aksesories dan jugak patung2 dolphin yg comel. Kalo rajin korang boleh la tawar menawar, mintak slash harga sampai 80% pun xpe. Sbb dorang ni biasalah, letak harga mahal giler sbb nak amik kesempatan kat tourist.

Perut masing2 dah lapar. Sbb naik boat dengan perut kosong, Naim pening kepala dan mabuk. Sian Naim. Jadi kitorang pun breakfast kat restoran tepi pantai tu... Lalalala fefeeling mcm org kaya je. Sorang kena dlm Rp50k gak la. Kaya x kaya la kan? Hahahaha. tapi kalo convert xde la mahal sangat. Berbaloi ngn set breakfast dan juga ambience restoran tepi pantai tu. Set sye terdiri drpd pancake pisang, toast, fruit juice, tea and fresh fruit. Makan sampai kenyang! Nyam2...

Gambar dorang kena keja penjaja, antara menu brekfast dan juga pemandangan dari restoran. Marveles

Lepas kenyang, kami lepak2 jap. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Puncak Bagus Bali. Mcm bagus je kan? Ada apa kat sana? Sebenarnya kat atas puncak ni kita boleh tengok 2 tasik besar iaitu Lake Buyan dan Lake Tamblingan. Cuaca mmg nyaman je sbb kat puncak bukit kan. Ada lookout point yg membolehkan kita amik gambar yg superb.

Yang atas tu Tasik Tamblingan dan yang bawah adalah Tasik Baratan

Posing di lookout. Nyaman je kat atas ni. Hemmmm....

Dari Puncak Bagus, kami meneruskan perjalanan ke Bedugul. Di sini terdapatnya main temple yg salah satunya terletak di atas tasik. Namanya Ulun Danu Temple. Di Bali ni mmg 80-90% adalah penganut hindu. Tu yg nak cari makanan halal agak sukar, dan kat tepi2 jalan senang betul nak jumpa babi golek. Temple pun banyak kat sekitar Bali ni.

Dibina pada 1663, temple ni digunakan utk pemujaan tuhan air Bali. Yg menarik dengan binaan temple2 di sekitar Bali ni adalah bumbungnya yg diperbuat dari serat pokok palma yg berwarna hitam. Cantik berkilat je sye tengok.

Temple di atas tasik dan org tempatan yg datang ke temple utk buat aktiviti keagamaan. Seksi la nenek tu hihihi

Another side of the temple. Tengok bumbung temple tu, kemas je dorang buat, mcm rambut pun ada

Puas berposing kat kawasan temple ni, kami pun meneruskan perjalanan utk lunch. Makan tengahari kami kali ni dekat je ngn Ulun Danu Temple, iaitu di Rumah Makan Assiddiq. Specility kat citu adalah Ayam Bakar Taliwang. Owh mmg sedap okay ayam bakar tu. Sye suspek bukan ayam tapi burung atau ayam kecik sbb dia hidang sorang sekor ayam tapi mmg kecik je ayam tu. Best dan pedas. Mmg ngam ngn citarasa perut ku. Lepas makan, solat dulu kat restoran yg sama. Ada disediakan surau kat ctu. Mmg mudah.

Makan tengahari kami yg sedap menjilat jari. Tapi pedas tapi sedap hehehehe

Usai solat kami bertolak ke Tanah Lot. Apakah? Satu lagi temple tapi kali ni di tepi pantai dan mempunyai view sunset yg SubhanaAllah, MasyaAllah sangat cantik xterkata. Kat ctu juga ada deretan kedai yg menjual kraftangan dan souvenir. Bila sampai, kami menuju ke kedai2 yg ada ctu dulu. Ada la jugak beli painting yg simple dan murah. Sambil tu beli t-shirt yg dikirim kawan.

Lepas membeli belah, kami menuju ke pantai. Kebetulan dekat Tanah Lot temple tu ada upacara keagamaan, sempat la kami tengok perarakan dorang. Dekat temple ni, ada satu tempat yg keluarkan pancuran air dan ada la ramai org yg beratur utk minum air tu. Air suci dorang kot. Lepas minum dorang selit bunga kat telinga. Ramai org waktu tu tapi xdela crouded. Masih boleh enjoy scenery yg cantik sambil tengok gelagat org ramai. Satu yg saya nampak, org2 tempatan kat cni mmg kuat agama dan kepercayaan terhadap dewa2 mereka.

Dorang berarak lepas acara keagamaan dan juga pemandangan temple di tepi pantai

The sun is setting. Ada kumpulan org tengah tunggu giliran minum air suci di temple dan juga nenek yg sedang mengutip rumpai laut utk dibuat lauk makan

Nice sunset view and silhouette

Kami tunggu sampai sunset dan mmg bagai dikata, pemandangan sunset sangat cantik. Mmg heaven bagi photographer dan pencinta alam. Lepas enjoy sunset kami pun balik... Mlm tu singgah makan di kedai apa ntah xingat. Tapi sbb dah penat xde amik gambar sangat pun kat kedai tu. Tapi satu sye nak highlight, sye suka jus alpokat!

Xingat kami makan di mana. Bersih dan selesa tapi harganya bole tahan

Mata dah ngantuk...teringat bantal kat hotel je dah. Oklah setakat ni je. Kita jumpa lagi.

Toodles!


No comments: