Wonders of Bali - Part 2

Hari ni kami ada program 'Mari Menghabiskan Duit' hohoho. Honestly, sye kalo berjalan, shopping is not really my thing. Kalau setakat nak beli souvenir tu oklah lagi. Cuma kalau kawan2 tengah shopping sye suka tolong bargain-kan ngn penjual. Hehehe. And i think i'm quite good at it..hihi

Ke mana kita? Kat Sukawati Market. Apa ada kat cni? Kain, t-shirt, barang hiasan, ukiran kayu pelbagai bentuk, souvenir2 yg biasa kita carik mcm fridge magnet, keychain semua tu dan mcm2 lagi. Kalo korang suka shopping, this is heaven for you hihihihi. Apa yg sye nak beli? Cuma souvenir utk kawan2 dan family je. Panas terik hari tu. Mmg berpeluh. Pasar ni ada 2 tingkat seingat saya. Tapi xde aircorn cuma ada kipas angin je. Pergh...Sebenarnya xde nak cerita banyak pasal shopping ni. Ye lah, kalo dah shopping tu aktivitinya shopping la kan. Yg penting korang kena tawar menawar kalo kat cni. MESTI. Sbb diorang akan letak harga tinggi dulu. Korang mintak slash 60-80% pun dapat kot.

Bangunan 2 tingkat Pasar Sukawati dan antara produk2 yg dijual, painting2 tu cantik dan murah sangat

Org2 kat cni mmg sangat kreatif, kalau tengok barang craft, lukisan dan perhiasan mmg cantik2 belaka. Korang sediakan duit je. Lagi satu, mmg dah jadi satu kemestian pada penganut budha kat cni utk setiap pagi sebelum memulakan kerja, bukak kedai utk letak daily offering yg dipanggil Canang utk tuhan diorang. Canang ni diperbuat dari daun kelapa muda, dianyam jadi bentuk 4 segi mcm mangkuk pastu diletak bunga2 warna warni dlm tu. Pantang bagi diorang utk langkah atau pijak Canang ni. Bad luck katanya. Sekali tengok mcm bunga rampai tapi dorang xhiris halus2 pun bunga2 tu.

Yg kat atas tu antara ukiran yg dijual. Xpaham kenapa dorang jual benda tu. Gambar kat bawah tu adalah Canang, iaitu god's offering dorang. Last but not least, a very bad english by Balinese hahahaha.

Lepas shopping apa yg patut, kitorang bertolak ke Tegalalang Rice Terrace. Walaupun rumah sye di kampung mmg dikelilingi sawah padi mcm cerita Nur Kasih tu tapi yg ni lain. Yg ni sawah padi bertingkat yg sangat cantik. Masa kami datang tu pagi tengah menghijau...subhanaAllah...cantik sangat. Xpernah pulak rasa beras padi bukit ni. Org kata baunya lagi kuat dan lebih sedap. Maybe next time la kot.

Kami di Tegalalang Rice Terrace. Cantik kan? Damai je pemandangan hijau. Dan jugak perhiasan yg cantik

Mcm biasa, kat mana2 tourist attraction kat Bali ni mesti ada penjual jalanan. Jenis yg xletih2 pujuk kita, ikut kita. Pandai2 la korang ya nak mengelak. Dan kebiasaannya harga yg dorang tawarkan jauh lebih mahal dari pasar besar mcm kat Sukawati or Tanah Lot. Ada satu perhiasan rumah yg menarik hati sye iaitu hiasan cermin warna warni yg cantik. Hajat dihati nak beli tapi xjadi. Xpelah, next time kalo ada rezeki boleh dtg lagi...

Habis menikmati keindahan sawah padi bukit, kitorang meneruskan perjalanan ke Kintamani di mana terletaknya gunung berapi yg masih aktif iaitu gunung Batur. Di sebelah gunung berapi ni ada tasik yg cantik iaitu tasik Batur. Orang tempatan kat sini cakap, gunung berapi tu tengah tidur tu sbb senyap je. Kami sebenarnya nak berenti makan tengahari dan solat di satu kedai makan yg betul2 menghadap gunung berapi dan tasik Batur. Restoran Batur Sari namanya. Kami makan buffet style. Biasa je makanan dia xde la menarik sangat. Tapi yg jadi menarik adalah makan sambil menghadap active volcano dan nyaman je kat sini sbb kat kawasan tanah tinggi kan. Sambil makan tu boleh nampak kat kaki gunung tu lahar2 yg dah sejuk dan menjadi tanah hitam. Tanah lava ni diorang amik utk buat pembinaan.

Lunch kami kat sini. Tu dlm pinggan tu lauk sye. Biasa2 aje. Huhu

Percaya x Gunung Batur volcano tu masih aktif? Cuba bayang kalo....ish Nauzubillah...

Pak Ujang, our supir yg baik dan penyabar hahhha.

Singgah beli buah-buahan kat cni.

Habis makan, solat dan terus ke Tampaksiring utk pegi ke satu lagi temple utama di Bali. Pura Tirtha Empul namanya. Tapi sebelum tu singgah dulu amik gambar kat lookout point. Mmg cantik. Di Pura Tirtha Empul ni kebetulan waktu tu ada upacara keagamaan. Mcm kalo ada yg membuat hajat, dorang bawak offering jugak. Tapi kali ni offering dlm bentuk makanan dan buah2an. Cantik dorang susun dan ikat dan kemudian junjung di kepala. Semua yg datang pakai baju cantik2 xkira lelaki dan perempuan. Yg perempuan pakai kebaya ngn kain batik. Nak masuk kat temple ni setiap org wajib ikat kain kat pinggang. Pakaian pulak perlu bersopan. Xboleh pakai seluar pendek. Kalo pakai gak dorang akan bagi kain lain utk pakai sementara.

Pura Tirtha Empul. Tu Hairil kena pakai kain sbb pakai suar pendek. Gambar2 kat bawah tu adalah para ibu tengah menjunjung hadiah yg akan dipersembahkan kepada tuhan dorang. Diorang tu ada hajat la tu. Mintak dimakbulkan kot. Ramping2 je dorang ni kan?

Di sana jugak ada satu kolam utk mandi bagi menyuci diri. Ada banyak salur air dan setiap salur tu utk tujuan penyucian yg berlainan. Sye tengok ada beberapa salur air yg ramai org, dan ada yg xde org langsung. Mungkin yg xde org tu jenis dosa yg berat kot. So xde yg slalu buat. Tu sbb sikit. Yg salur air ramai org tu mungkin dosa sbb menipu ke mengumpat ke apa ke, tu sbb ramai org.

Tengok orang mandi nak suci diri. Tengok salur air yg ujung tu ramai kan org beratur? Yg sebelah kanan gambar xramai org pun. Gambar adik2 tu sangat comel dan cantik kan? Adik2 perempuan tu nak buat persembahan tarian rasanya, tapi kitorang xtunggu sbb dah nak gelap.

Waktu kami datang tu ada satu persembahan tarian org pakai topeng besar diiringi dengan alunan muzik tradisional dorang. Kami tengok gitu2 je la bukan paham apa pun.

Persembahan sedang berlangsung. Org2 yg pakai baju biru tu adalah ahli muzik. Dorang main muzik berganti2. Sbb lama dan penat kot.

Bila hari mula gelap kami pun beransur balik. Sebelum tu singgah ke deretan kedai di temple tu. Banyak kedai yg dah tutup. Tapi stil ada yg bukak. Depa ada la jugak shopping sikit2. Lepas tu kami singgah makan mlm di restoran Wong Solo. Sedap makan kat ctu. Dan lagi sekali sye order jus alpokat. Sedap. Bila habis makan kami pun balik ke hotel dan berakhirlah hari kami pada hari tu.

Antara cenderahati yg boleh didapati di deretan kedai at Tirtha Empul. Yg tepi tu duit Rupiah yg membuatkan kitorang rasa bagai jutawan miahahahaha.

Dinner kitorang di restoran Wong Solo. Enak banget!

Dan dengan itu, maka berakhirlah jugak entry utk kali ni. Kita sambung lain kali.

Toodles!


No comments: