Wonders of Bali - Part 4 (Finale)

Owh! Dah last day dah....T__T, sedih je. Time really flies when you were having fun. Kan? Pagi tu selepas bersarapan kat hotel, kami terus check-out. Pak Isme free hari tu, so dia dan Pak Ujang datang bawak 2 keta. So geng pompuan naik ngn Pak Isme, geng boys naik ngn Pak Ujang. Hari terakhir ni plan kitorang nak jalan2 sekitar Kuta je. Mungkin shopping sikit2 dan kemudian terus ke airport.

Destinasi pertama kami adalahlah Memorial Pengeboman Bali. Kalo korang masih ingat, masa tahun 2002, satu kejadian serangan bom berlaku di Paddy's Pub yg menyebabkan lebih 200 org terkorban. Kalau nak tau cerita lanjut boleh baca kat SINI. Pak Isme park kereta dekat bekas tapak Paddy's Pub tu. Hohoho xtau la betul ke tidak. Tu dia yg kata. Tapi tempat tu mmg tanah rata je dikelilingi oleh bangunan lain.

Lepas checkout, main UNO dulu sbb tunggu pak supir datang. 2nd pic tu memorial wall pengeboman Bali. Cuaca sangat panas waktu ni huhu.

Kawasan Kuta ni mmg terkenal dengan pelancong asing. Night life kat sini mmg happening dengan banyak nightclub dan pub yg dibukak. Tapi utk sekadar berjalan2 disekitar bandar je la kan. Dekat Memorial Pengeboman Bali ni mcm dinding yg ditulis dengan nama mangsa2 yg terkorban. Yg paling ramai warga Australia.

Dari situ kami berjalan utk ke Hard Rock Bali. Sebelum tu sempat singgah di deretan kedai disepanjang jln sambil cuci2 mata dan cuci wallet (heheheeh). Sye bukanlah collector utk item2 Hard Rock ni, tapi yg lain tu mungkinla. So saje je la masuk kedai dia. Sambil tumpang aircorn sbb kat luar tu panas giler. Cuaca bertambah panas sbb Hard Rock Bali terletak betul2 bertentangan dengan pantai Kuta.

Kat tepi Kuta Beach, ada ramai penjual2 mcm makcik dlm gambar tu. Kitorang beli gelang dari dia. Xde pakai pun sampai sekarang hahahah.

Lepas beli barang dan posing2 kat Hard Rock, kitorang pun berjalan2 kat tepi pantai. Panas giler weh, nasib ada pokok2 rendang buat kami berteduh. Lepas penat berjalan, kami balik ke kereta dan pak supir bawak kami ke Discovery Shopping Mall. Ni kira shopping mall terbaru yg dibukak kat Kuta ni. Xde apa sangat pun kat cni. Kami singgah sbb nak cari makanan halal. Cari punya cari, nampak la A&W. Lagi best sbb ada tanda halal. Maka kami pun menerjah masuk. Kat Mesia pun jarang makan A&W, hehehhe. Sambil makan sambil sembang sambil amik gambar mmg best. Lama gak la kitorang lepak kat ctu sbb penat berjalan dan xsanggup nak menghadap panas kat luar tu.

Pantai Kuta yg cantik dan Discovery Shopping Mall. Xlupa jugak A&W yg sye makan

Gambar atas tu tempat parking keta dan bekas tapak Paddy's Pub nightclub yg kena bombed tu

Lepas sejam dua dlm A&W tu kami jalan2 sekitar mall. Akhirnya, seperti yg dijanjikan, Pak Isme pun fetch kitorang dan terus bawak kami ke SPA! Weahoooo. Kami nak berspa2 di hari terakhir kami ngeeeee. Balinese Spa gitu. Dengan bantuan Pak Isme, kami dapat harga discount. Spa yg kami pegi tu namanya Arum, Spa & Aromatic. Xingat amik pakej yg mana, tapi kitorang amik pakej massage je.

Katil dan nama spa yg kami pegi. Syok lepas penat berjalan dapat kena urut.

Mula2 rendam kaki dlm air bunga, dorang urut2 sket. Lepas tu masuk bilik urut, tukar baju dan mula la berurut. Walaupun kakak2 tukang urut tu kecik je tapi mmg terasa waktu mengurut tu. Sye satu bilik ngn Adasyut. So xde la rasa segan.

Abis je massage, rehat kejap dan terus di bawa ke airport. We said our goodbyes dengan pak supir kami dan terus masuk airport. Masa check in tu ada kejadian sedih, beg souvenir Kak Su hilang, mungkin ada org tersalah amik. Puas kami cari sekitar airport tapi xjumpa. Sedih je tengok Kak Su. Xpe Kak Su, nnt ada la tu rezeki lain.

Last photo ngn Pak Isme. Dan kami yg tengah tunggu flight balik.

Atas flight duk belakang budak comel yg aktif. Mula2 je rajin layan pastu buat2 tido. Hahahaha. Bawah tu last photo of Bali from above. Xlupa jugak buah Markisar yg tiba2 jumpa dlm beg. Till we meet again BALI!

Maka dengan itu berakhirnya percutian kami ke Bali, seronok sbb pegi dengan geng yg happening dan sporting. Sye mengakhiri percutian kali ni dengan perasaan yg happy. Kalo tiap bulan dpt pegi holiday kan best? Hahahahahah....


Toodles!
ps/ photo source: yours truly and Adasyut

No comments: