My Korean Adventure Part 6 (Finale)

Salam semua. InsyaAllah ni last entry on travel ke Korea 2011 sye. Kali ni sye pegi ke Korean Folk Village di Yongin-si. Ni dah kira luar Seoul la ni. Mlm sebelumnya, cari direction kat internet, tulis kat buku nota dan jom! See A, dorm-mate sye dah tolong tulis siap dlm hangul utk sye beri pada pakcik driver bus yg mengatakan sye nak ke Korean Folk Village dan suruh turunkan saya kat bus stop yg betul. Heheh cute kan? Thanks See A. Tapi sebenarnya xperlu risau. Waktu nak sampai tu, bas mmg ada buat announcement dlm english dan korean tentang destinasi bas tu.

Dari dorm, sye naik subway dan tukar naik bas. Kalau nak tau lebih lanjut boleh pegi SINI. Ada beberapa bas yg direct pegi ke Korean Folk Village ni. Perjalanan amik masa dlm 1 jam lebih campur naik subway dan bas. Kalo jem lambat la sikit.

Apa yg menarik kat sana? Seperti namanya, tempat ni perkampungan tradisional zaman dulu2. Banyak pengambaran drama korea zaman dulu2 dibuat kat sini, termasuk cerita Daejanggeum (Jewel in the Palace). Ala cerita pasal tukang masak yg bercinta dengan pegawai istana, yg jadi tabib tu. Cerita tu tayang kat tiwi masa saya tengah menganggur baru abis belajar kat UiTM hehehe. So mmg follow habis la cerita tu. Best sangat. Ingat lagi waktu tu arwah mak masih ada, tengok cerita ngn arwah mak malam2 tapi dia xfaham. Hehehehe...Ada satu malam tu tengah syok layan cerita, tiba2 xde letrik uhuhu xsenang duduk dibuatnya. Siap kena usik ngn arwah mak. Hemmmm...i miss u mak...

Clockwise: Signboard ke Korean Folk Village; Sye dan patung pelakon cerita Jewel in the Palace; Adik2 pembawa pengantin perempuan; Adik comel tengah usha topeng sye; Pengantin pompuan sedang diarak

Dan jugak cerita Sungkyunkwan Scandal. Cerita ni pun best jugak. Hahahha dah nama hantu cite korea. Semua bedal. Kalau nak experience sendiri cara org zaman dulu hidup mmg sesuai utk pegi sini. Kebetulan hari yg saya pegi ni mmg PH kat Korea sempena Children Day. Maka ramai la org yg pegi. Tapi yg bestnya kalo nak beli tiket mmg ada kaunter asing utk pelancong. Maka xperlu la nak beratur panjang sangat.

Sye bejalan sorang diri layan pemandangan yg asing yg xpenah sye experienc sblm ni. Cara susunan rumah, design rumah, mmg berbeza. Terasa mcm berada di zaman dulu pulak. Ada beberapa pertunjukkan kebudayaan sepanjang hari. Termasuk, adat perkahwinan zaman dulu, pertunjukkan tarian dan akrobatik.

Saya sempat tengok semua persembahan tu dan juga sempat buat topeng utk dijadikan sevinier utk diri sendiri. Kalo kat mesia, kan ada kat shopping complex tu, budak2 boleh warna2 gambar guna serbuk kaler2 tu? Tapi yg ni lain sikit. Kita beli topeng kosong kaler putih. Dia bagi pewarna (butir2 gabus berwarna yg bergam tapi xlekat kat jari) dan kita duduk mengaler topeng tu. Sye beli topeng kucing. Hehehe. Ada gambar design topeng, so senang boleh pilih dan follow je.

Clockwise: Pengantin lelaki naik kuda; Sye tengah mengaler topeng; Antara rumah kat village tu


Clockwise: Design rumah; Pertunjukkan Tarian Topeng dan jugak akrobatik show yg best

Clockwise: Pertunjukkan tarian; Sye dengan kakak penenun sutera; Amik gambar diri sendiri masa tengok show huhu

Lepas habis kaler topeng, habis tengok persembahan, habis pusing2 village tu, sye pun amik keputusan nak balik. Sbb dah hampir petang. Tapi sebelum tu sye singgah satu kedai ni utk try pakai baju tradisional diorang dan posing2. Sebenarnya ada beberapa tempat kat Seoul yg kita boleh try baju for free tapi sye xsempat nak pegi. So nampak kedai ni sye pun pegi la. Xingat kena bayar berapa. Tapi yg kelakar, baju biasa sye xmuat. Yg muat baju maharani je. Amik kau, xnak kalah. Nak yg pangkat tinggi aje. hehehehe. Sye try pakai rambut palsu org dulu2 tapi berat weh. Pakai sekali je pastu bukak. Boleh amik gambar dgn background yg disediakan atau kat luar kedai. Tapi xboleh jauh2. Maka anak kepada tokei kedai tu yg tolong sye amik gambar. Puas hati! Yeaah!

Hahaha, berat tau rambut palsu tu. Baju Maharani utk yg comel mcm sye huhu

Lepas habis amik gambar, sye pun balik dengan senang hati. Jalan jem sikit waktu nak balik. Tapi ok aje. Sbb dlm bas boleh tido...

Mlm hari mmg xde aktiviti sbb xde kawan nak di bawak berjalan. Walaupun saya rasa selamat tapi masih xconfident. Ada 2 kali jumpa org mabuk tapi dorang xkacau org lain pun.

Esok harinya (hari terakhir) sye ke 63 Building dan kemudian nak jalan2 di sekitar Hangang River sbb kedua2 tempat ni berdekatan. Dulu2 bangunan 63 adalah tertinggi di Seoul tapi sekarang dah xlagi la. Dlm building ni selain dari offices, ada 3 tempat yg menarik yg boleh kita lawat. Kena beli tiket la ye. Nak tau lebih lanjut boleh tengok SINI. Yg bestnya, kalau kita naik subway turun kat stesen tertentu nnt ada free shuttle bus utk ke 63 building ni. Jimat...hehehhe

Nak dijadikan cerita, sewaktu saya tengah tunggu shuttle bus kat bus stop yg sepatutnya, sye ditegur sorang adik dari Mesia yg bawa ayah dia melancong ke Seoul. Aida namanya. Katanya dia dapat ticket free masa company dinner. So dia bawak ayah dia. Tapi dia xplan apa2. Just pegi dan redah aje. Dia sebenarnya tegur sye nak tanya ada xtempat makanan halal kat area tu. Sye minta maaf kata xtau dan cerita sye nak kemana. Since dorang xde plan, maka dorang pun ikut sye sekali.

Bila sampai di 63 Building kami ke attraction pertama iaitu 63 Sea World. Lebih kurang mcm Aquaria (tapi sye xpenah pegi Aquaria T_T) konsepnya tapi mungkin lebih kecil. Ada banyak hidupan laut, termasuk penguin, singa laut, pirana, ikan pelik, beruang comel, dll. Ada jugak pertunjukkan tarian dlm air dan jugak pertunjukkan singa laut. Kalo bawak budak2 mmg best la kan. Tapi kami yg dah tua2 ni pun layan gak heheheh.

Clockwise: Encik Penguin dan ketam besar; Sye ngn Aida; Pertunjukkan Sea Lion; Pertunjukkan tarian dlm air

Lepas tu kami ke Wax Museum. Dlm tu ada banyak patung2 yg diperbuat dari wax yg menyerupai org ternama dan terkenal dunia. Boleh amik gambar ngn patung tu2. Xdapat jumpa yg real amik gambar ngn patung pun jadila. Puas juga sye amik gambar ngn wax figure ni hehehe. Yg paling comel, ayah Aida xkenal pun kebanyakan patung yg ada tapi bila nampak patung Elvis Presley terus mintak Aida amikkan gambar ngn patung Elvis. Hihi cute aje. Peminat le tu...

Clockwise: Dgn kek gergasi; Barack Obama; Presiden Korea yg keberapa ntah; Abg Jun Sang Winter Sonata; Mr Jacko; Mahatma Gandhi

Clockwise: Elvis Presley; Spiderman; Batman; Mr Drakula; Marilyn Monroe

Dari Wax Museum kami naik ke tingkat atas bangunan utk ke 63 Sky Art. Ianya adalah pameran lukisan dan sclupture kat atas bangunan tinggi, hence the given name...Kat atas tu kami lebih banyak berehat dan bersembang je sebenarnya. Xminat sangat nak tengok lukisan2 ni. Sekarang ni dah boleh naik ke rooftop utk tengok pemandangan Hangang river dari atas.

Pemandangan dari atas dan jugak gambar ngn ayah Aida si peminat Elvis tu hehehe

Lepas beberapa jam kami di 63 Building kami pun beransur balik. Sambil tunggu shuttle bus kami singgah minum coffee kat cafe bawah bangunan. Nak beli pastri was2 maka kami minum air aje. Bila sampai ke bus stop tempat kami mula2 tunggu bas tadi, hujan renyai2 pun turun. Mcm xboleh je nak bejalan2 ke Hangang river. So xjadilah pegi...Aida pun nak balik hotel ngn ayah dia. Maka kami said our goodbyes and berpisah kat situ. Sye amik keputusan utk jalan2 sekitar City Hall sbb hari tu hari last saya di Seoul. Flight tiket sye mlm nnt. Sedey nak tinggalkan Seoul.

Jadi, dari 63 Building, sye turun ke City Hall Station dan berjalan ke Cheonggyecheon. Hari tu dah pergi dah tapi waktu mlm. Cerita ada kat SINI. Cuaca mendung je dan hujan renyai2. Seperti mengetahui sedihnya hati ini nak meninggalkan Seoul...cewah! Bahahahah. Mmg jalan sorang2 xde tujuan, sambil hirup udara Seoul utk kali terakhir. Ntah bila la boleh pegi lagi...Jalan2 jugak disekitar City Hall, tengok org Seoul yg sentiasa berjalan laju. Mungkin itu salah satu sebab xramai org gemuk kat sana. Lagipun makanan dorang banyak jenis sup dan bakar.

Bila dah puas hati, sye balik ke dorm, amik beg dan menuju ke bus stop utk ke airport. Sebelum tu, singgah di Dunkin Donut utk beli Americano satu. Lepak sorang2 kat cafe tu sambil layan gambar2 yg sye amik sepanjang berada kat Seoul. Senyum sorang2 heheheh. Bila dah cukup masa baru berjalan ke bus stop. Tunggu sekejap je airport limo pun sampai...

Clockwise: Jln2 di City Hall; Cheonggyecheon stream; Sampai airport; Kakiku di Seoul; Americano beli kat Dunkin Donuts

Satu kejadian kelakar, bila  bas nak masuk highway, tiba driver berhenti dan bangun dari tempat duduk. Dia cakap sesuatu dlm korean, kemudian tunduk hormat dan duduk balik. Ape benda tu? Bila sye toleh belakang pasangger2 lain tengah pasang seat belt. Owh..baru faham...dia suruh pasang seat belt rupanya. Heheheh. Sye pun sebagai penumpang berhemah, pasang seat belt dan berangan sampai la ke airport.

Dekat airport, sbb sampai agak awal, sye duduk lepak sambil makan serunding daging. Ada lagi sepeket kecik. Tiba2 ada org indon hensem tegur. Hehehe katanya dia belajar di Seoul dan nak balik kg. Naik AA sama flight dengan sye. So transit di KL sebelum ke Jakarta. Owh ye ke.

Xlama lepas tu kaunter pun bukak utk check-in. Alhamdulillah kapal xpenuh, Sye duk sorang2 je kat seat yg 3 org tu. So mmg selesa boleh luruskan kaki bagai. Naik2 kapal je bila boleh order makanan sye order nasi lemak. Lapar weh. Tapi mahal giler. Sbb xpre-booked. Xpe lah layankan aje. Lgpun duit won ada lagi nih. 

Maka berakhirlah journey sye di Korea selama 9hari 9mlm (eh betul ke?). Pengalaman yg sangat best ditambah dgn pengalaman pertama saya travel sensorang (walaupun cuma 3 hari). Kalau ada rezeki mmg nak repeat lagi.

Kita jumpa di lain trip ya.

Toodles!

No comments: