Wonders of Bali - Part 3

Selepas semalam kami ada acara 'Mari Menghabiskan Duit', hari ni kami ada acara yg sama tapi di lokasi yg berbeza. Memandangkan duit ada berkepuk2 lagi (kat indon boleh la kau belagak mcm nih) , maka kami pegi pulak shopping di Ubud.

Tapi sebelum tu kami singgah breakfast di McDonald. Kami dah buat reseach, semua cawangan McDonald di Indonesia ada siji halal. So tu yg laju je tuh. Tapi sadly xde Big Breakfast set. So sye order Sausage Mcmuffin, air teh dan hashbrown x 2! hahahah. Lapa la weh. Lepas sarapan bertolak la kami ke Ubud. Hujan turun renyai2 waktu tu dan makin lebat. Tapi itu tidak melemahkan semangat semorang utk continue bershopping. Sbb kedai2 dia ada yg dlm bangunan so xdela kena hujan.

Breakfast set sye (tanpa double hashbrown in the picture) dan kami yg sedang breakfast

Apa ada kat Ubud? Lebih kurang sama ngn Sukawati tapi mungkin mahal sket kot. So sye yg xde apa tujuan sngat continue cari souvenir utk family sye. Ada la beli mcm tote bag utk kakak2 sye yg 6 org tu, dan juga kakak2 ipar sye. hehehe. Dari hujan sampai hujan berenti diorang xberenti2 shopping lagi. Hairil beli hiasan cermin yg cantik yg sye teringin masa kat Tegalalang tu. Satu set ada 3 keping yg berlainan saiz. Stand pun dia beli jugak. Huhu, next time la ye sye beli.

Semua ada! Dari perhiasan rumah, aksesories, baju2, beg, dan jugak peniaga2 jalanan yg jual bermacam2 barang

Lepas puas shopping (lama gak la kitorang kat Ubud tu), kitorang pegi makan tengahari kat Restoran Natrabu Minang. Kat Mesia pun ada cawangan Natrabu ni. Suka dengan perhiasan dlm restoran ni. Siap ada pelamin utk pelanggan amik gambar. Berangan bersanding le tew...kikikiki. Dan jugak patung2 yg berpakaian tradisional org Minang. Pemimpin dan artis Mesia pun pernah datang ke restoran tu termasuk Tun Mahathir kita. Yummy2 sedap2 lauk dia. Lepas makan kami solat kat citu jugak sebelum berangkat ke destinasi yg seterusnya...

Kami di Natrabu. Cantik ambiance restoran ni. Gambar paling atas tu, si Hairil sedang berangan jadi raja, kitorang kena jadi dayang ngn hulubalang jek hahahaha.

Ke mana? Ke Dreamland Beach! Yeay, nak pegi mandi manda. Sampai2 je cuaca panas yg amat. Yelah kat tepi pantai dengan matahari terpacak kat kepala. Pergh...tapi scenary mmg SUPERB. Langit biru, air jernih, pasir putih, best weh...siap boleh surfing lagi. Tapi kami xla kan. Sampai2 je tukar baju apa yg patut, lepas tu terus ke tepi pantai. Tapi sebab cuaca yg panas amat sampai mata kami berpinar2, terus cari tempat berteduh kat celah2 batu tepi pantai. Amik masa gak la nak adjust mata ngn silau matahari yg reflect kat atas air tuh.

Panas....tapi sangat cantik! Air yg jernih, berangin, pasir halus je. Hohoho.

Tapi sbb dah teringin sangat nak mandi, kami gagahkan diri gak. Bila dah mencecah air... pergh... bestnye... sejuknye... nyamannye... cantiknye... semua adalah. Waktu kami sampai tu org xramai sangat, mungkin sbb masih panas lagi. Sbb xtau berenang dan xde life jacket, sye duk main air tepi pantai je. Yg bestnya butir pasir kat pantai ni bentuk bulat okay. Tapi tu la lupa nak amik gambar. Since cik Collie (kamera point and shot sye yg kalo amik gambar nampak mcm pakai collagen, hence the name is given) boleh buat selftimer 10 kali, maka mmg kitorang posing sakan la. Terjerit sana terlompat sini. Hahahah. Kalo ingatkan balik mmg silly je kitorang time tuh.

Silly us! *_* (but we're just having fun!)

Puas mandi dan amik gambar, dan org pun mulai ramai, maka kami beransur balik. Singgah tukar baju sbb kami nak pegi tengok persembahan kebudayaan lepas ni kat Uluwatu. Hohoho xsabar nak tengok. Persembahan tu dinamakan Kecak Dance. Nama diambil dari sebutan 'cak' 'cak' para penari ketika menari. Diorang xde music lain. Dorang cuma sebut 'cak2' dan boleh harmonisekan bunyi. Sangat pandai diorang. Amazing kami tengok. Waktu tu dah hampir sunset. Jadi pemandangan sunset kat Uluwatu tu pun superb sekali. Kalo datang cni kena berhati2 sbb ada banyak monyet yg suka mengacau. Suka curi barang org, mcm plastik beg yg kita pegang, atau even pengikat rambut pun dorang kebas. Huish, ni jenis xtakut org nih. Kita yg takut dengan dia.

Sunset yg gojes. Dan juga sang monyet yg suka kaco orang.

Masa kami sampai tu, tempat duduk dah agak penuh, tapi penganjur pandai arange so kami dapat duduk dengan selesa. Makin lama makin ramai org dah hari semakin gelap. Kecak Dance ni menceritakan pasal Raja Rama dan isterinya Dewi Shita serta adiknya Laksamana. Raja kena masuk utan, so ada org jahat (Rahwana) nak culik Dewi Shita, org2 yg menari cak2 tu konon2nya sebagai penghalang dari kuasa jahat. Tapi akhirnya Dewi Shita berjaya ditangkap jugak dengancRahwana. Kemudian ada watak Hanuman yg keluar utk menyelamatkan Dewi Shita. Akhirnya Dewi Shita selamat dan bersatu kembali dengan kekanda Raja Rama yg dikasihi....(cewah!).  Kalo baca penerangan sye ni mmg nampak xbest, tapi sye syorkan kalo korang p Bali, sila la tengok persembahan ni. Different.

Penonton dah memenuhi ruang duduk dan kemudian acara bermula....mmg seronok tengok cerita ni. Lagi2 bila dengar alunan 'cak,cak,cak' diorang.

Hanuman ni wataknya nakal, so masa tengah show tu dia berlari2, melompat2 dan duduk tepi penonton. Kelakar. Walau topeng dia agak mengerikan la kan.

Dari sunset sampai ke malam akhirnya persembahan pun tamat. Sangat puas hati dan berbaloi rasanya. Kemudian kami bertolak utk makan malam kat tepi pantai (Amboi, xnak kalah, dinner kat tepi pantai). Pak Ujang bawak kami ke Jimbaran. Kami disambut dengan bunga yg diselit ditelinga hahaha oleh penyambut tetamu yg comel. Mlm tu kami makan seafood. Pergh portion dia sangat besar dan ada pelbagai jenis seafood. Ikan, sotong, udang, clam semua ada. Ayam bakar pun ada kot, xingat la pulak. Mahal gak la, tapi lagi sekali, sbb makanan yg dihidangkan, suasana tepi pantai yg best, ala2 candle light dinner (sbb mmg dorang pasang candle pun), ada live band lagi datang menyanyi utk kitorang. Siap boleh request lagu lagi. Huish berbaloi gak la bayar Rp150k tuh. Kalo kat mesia xdapat tu.

Sye sedang disambut dengan suntingan bunga (cewah!), Adasyut dan Kak Su yg ayu dan juga gambar kami dengan set dinner kitorang. Dlm bakul mengkuang tu nasik ye. Banyak portion dia...Alhamdulillah...kenyang

Cuma nak dijadikan cerita, sepatutnya pakej kami tu ngn air mineral je, tapi waiter yg layan kami tu salah bgtau dan suruh kami order apa2 jenis air. Maka kami xkena la caj lebih, cuma rasanya adik waiter tu yg kena potong gaji...sian ko dik, sapa suruh bg wrong info. Lepas abik makan, sembang2, dengar lagu maka kami pun beransur pulang...

Sup tu starter kami, sup apa ntah, ada jagung dlm dia. Candle light dinner sangat. Air2 jus yg sepatutnya kami xdapat. Kesian adik waiter tu.

Tapi sebelum balik hotel kami request Pak Ujang utk hantar kami ke pantai Legian. Yelah, waktu siang xsempat nak pegi sbb asyik keluar berjalan. So waktu mlm je la bleh jln2 tepi pantai. Xde apa sangat aktiviti yg boleh kitorang buat. Kecuali kalo suka kelab mlm, lounge yg ada music, boleh la duduk kat club atau lounge yg berderet kat tepi pantai tu. Mcm kitorang, setakat jln2 je la.

Pemandangan di sepanjang Legian Beach di waktu malam.

Perut dah kenyang, badan dah penat, bersihkan diri kami pun Zzzzzzz....kita sambung nnt okay.

Toodles!

2 comments:

Unknown said...

awk..awk mkan kt restoran ape ye mase dinner seafood kt jimbaran tu.. tq =)

~uG0giRL~ said...

ala sori Dalielarmlie Sahat, saya xtau nama sbb supir yg bawak. Tp kat Jimbaran tu mmg sepanjang pantai tu ada restoran