My Korean Adventure - Part 2

Day 3


Korang penah tengok drama Winter Sonata? Rasanya crita tu la yg start the evolution of Korean drama in Mesia. Mungkin sebelum tu dah ada cerita korea, tapi impactnya pada kita adalah kurang. Dlm banyak2 episode sebenarnya saya paling suka episode 1 je. Kenapa? Sbb episode tu yg paling comel ngeee.....
the ever famous drama Winter Sonata 

Worait, back to story jalan2, pada day 3 sebenarnya kami nak ke shooting location utk Winter Sonata. Kat mana? Nami Island lah!

How to go to Nami Island? Google it please! hahaha. sbb ada banyak cara nak ke Nami Island, naik shuttle bas boleh, naik bas biasa boleh, naik subway boleh....Tapi kami pegi naik subway. Dari Hongik Univ Station kami pegi ke Gapyeong Station, Gyeongchun Line. Perlu transfer ke Wangshimni Station, Line 2 dan Sangbong Station (Jungang Line) sblm sampai ke Gapyeong. Nampak complicated? Xdelah. sebenarnya simple je naik subway kat Seoul ni. Konsep lebih kurang sama ngn KL. Cuma kat KL kita ada Putra LRT, Star LRT, Komuter ngn Monorail.

Contoh kalau nak pegi ke KLCC dari Kajang, kita akan naik Komuter Kajang dan tukar train kat Putra LRT di KL Sentral kan? So lebih kurang mcm tu la konsep dia kat Seoul Subway ni. Cuma bezanya, dorang punya subway ada 9 Line! dan kalau tengok map subway mmg nampak intimidating for the 1st timer. Tapi insyaAllah mudah je sebenarnya.

tengoklah betapa berseliratnya subway dorang. rasa tercabar? hehehehhe

Back to cerita Nami Island. Pagi tu kami breakfast waffle je. oklah buat alas perut. Pagi2 subuh sapi'ee tu kami dah buat sandwich telur. utk buat bekal makan kat pulau tu nnt. Mayo kami bawak siap2 dari Mesia. Cuma tinggal beli roti ngn telur je. Di Nami Island ada resto yg sediakan makanan halal tapi kami xpulak cuba. Maybe next time...Bilik utk solat pun ada.

Clockwise: Dlm subway waktu pagi; Waffle utk bfast kitorang; Tengah beratur nak naik feri; Posing dlm feri; Feri ke Nami Island

Sampai2 di Gapyeong Station, kami amik teksi ke Nami Island jetty tempat nak amik ferry. . Lepas beli tiket kami pun naik ferry. Ingatkan lama la naik ferry tu. Xsampai 10 minit kot hahahaha. Tempat duduk pun xbanyak dlm ferry tu. Semua lg selesa berdiri sbb kejap sangat

Clockwise: Sudah sampai Gapyeong Station!; Semorang happy dan excited; Rehat2 sambil makan jagung ngn kentang yg sedap; Kaunter beli tiket

Di Nami Island ni boleh buat banyak activities. Boleh camping, picnic, main water sports, naik basikal keliling pulau, lepak2 tengok org atau amik gambar banyak2. Sbb Nami Island ni mmg sangat cantik. Sbb pulau ni popular lepas cerita Winter Sonata keluar, maka theme utk pulau ni adalah...LOVE...sana sini ada bentuk heart. kat tanah, batang pokok, pasu, bangunan, sclupture, semua lah. Kalo korang feefiling bercinta, tengah bulan madu, tu mmg sesuai sangat la pegi Nami Island ni.

Kami sampai2 je, terus posing sana sini, jalan2 dan posing2 lagi. Hajat dihati nak sewa basikal tapi panjang betul org beratur. Maka xde la kami naik basikal. just jalan kaki je.

Marilah posing sampai lebam...teheheheh...

Satu cerita masa kat Nami Island ni adalah, kami kan pegi ngn student Mesia, sampai kat sana kami xjalan sama2, kami sepatutnya call adik2 tu bila kami ready nak balik. Tapi nak dijadikan cerita bila kami nak balik tu rupa2nya bateri hp dah kong. huhu, nebes kitorang sbb xtau nak contact dorang mcm mana. yelah, hari dah semakin petang, kaki dah penat berjalan2, nak balik tapi xboleh carik dorang. Akhirnya kami amik keputusan nak pinjam hp org lain. Walaupun language barrier tu mmg masalah tapi kami cuba jugak. Alhamdulillah...ada sorang encik Korea ni, sudi bantu kami. walaupun dia pun xtau cakap BI, tapi dia cuba sedaya upaya nak faham apa yg kitorang cuba sampaikan. mcm2 aksi la kitorang tunjuk nak bagi pakcik tu faham hehhee. dan mmg rezeki kami pakcik tu faham dan terus pinjamkan kami hp dia. dapat call adik tu, bgtau lokasi kami utk dorang fetch dan terus end conversation. ye lah hp org kan. kami nak bayar pakcik tu xnak. terima kasih sangat2 kat pakcik tu. x habis2 kami bow 90 darjah kat dia tanda terima kasih kami. hehhehe. terharu sbb ada yg sudi nak bantu.

Clockwise: Strawbery caramel yg sedap; Sarang he; Bunga bentu heart; Kita makan dulu!

Lepas jumpa semula ngn adik2 student, kami pun bertolak balik...naik ferry semula. Perut waktu tu dah lapar maka kami pun singgah beli kentang ngn jagung rebus kat gerai2 yg ada kat sekitar entrance tu. Sedap! Jagung dia mcm liat2 mcm pulut mcm tuh. Cuaca tengah sejuk, makan jagung ngn kentang panas2 adalah sangat best!
Balik naik subway, dan kami singgah resto makan nasi berlauk ikan makarel grill ngn side dishes sayur2ran. nyam2 sodap. tapi xde gambar sbb lupa sangat. lagipun dah lapar dan penat waktu tu huhu.

Posing di Gapyeong Station dan kemudian makan nasi kt mana ntah

Lepas kenyang kami pegi ke Deoksu Palace. Terletak berdekatan dengan City Hall, mmg sangat senang nak pegi ctu. Palace dlm bandar la mcm tuh. Istana ni kecik je berbanding dengan Gyeongbokgung Palace (main Istana). Kami kesana sbb nak melawat dan jugak nak tumpang solat. Bukan ada surau or masjid pun kat ctu, cuma kawasan dia kan bersih, dan waktu kami pegi tu dah petang, so xramai org. Boleh bentang tikar kat mana2 utk solat.

Mula2 bentang alas kat bawah pokok je, tapi lepas tu ada sorang pak guard datang. Ingat nak halau kami tapi rupa2nya dia nak tunjukkan ada gazebo kat sebelah tepi kawasan palace yg lebih bersih dan selesa utk kami solat. Allah nak bantu kami utk kami dapat solat jamak dengan lebih selesa. Owh terharunya kami, diorang mmg sangat hormati org asing dan faham keperluan kita.

Lepas tunaikan solat, kami pun ,melawat2 sekitar istana. Sbb dah gelap, mmg org xramai dan xde ceremony pertukaran palace guard. Kalau nak tengok yg tu kena pegi waktu siang la ye.

 
Deoksu Palace. Asalnya Istana ni adalah tempat tinggal abg sulung Maharaja. Tapi jadi royal palace bila istana2 lain musnah sewaktu perang.

Puas berjalan2 dan amik gambar palace yg cantik2, tapi agak seram sbb dah mlm dan dah xde org. Istana2 tukan besar pastu ada ukiran2 patung binatang ngeeee seriau jugak.... Kami pun meneruskan perjalanan ke Cheonggyecheon Stream.

Stream ni sangat famous sbb dulu ianya sangat kotor dan tercemar. Tapi kerajaan Korea laburkan $900m utk naik taraf stream ni dan sekarang jadi tempat riadah utk org tempatan dan pelancong mcm kitorang ni. Panjang stream ni 8.4km, tapi idak le kami berjalan 8.4km tu. Bejalan ikut kemampuan je la hehehhe. Alangkah bagusnya kalu Sg Klang kita tu kerajaan naik taraf jugak kan?
Cantik dan bercahaya. Boleh jalan2 sepanjang stream, lepak2, sembang2 kat cni. fefeeling korea sungguh hahahah!

Kebetulan waktu kami pegi tu ada Lantern Festival. Maka ada la patung2 character org Korea bercahaya yg sangat cantik. Org tengah berdating pun ramai. Kami just jalan2 je kat ctu dan tengok lazer/light show.

 Antara patung2 yg ada. Sangat cantik dan bercahaya

Lepas penat berjalan dan sembang2 sket ngn adik2 student utk activity esok, kami pun pulang ke pangkal jalan...

Tamatla Day 3 kami. Bersambung....

Toodles!





No comments: