My Korean Adventure Part 5

Sarang he uols.....eh tetibe... Nak sambung cerita pasal Korea lagi ni. Spt yg diceritakan kat SINI, kakak dan kawan2 beliau dah balik ke Mesia pada hari ke 5. Tinggal sye sensorang kat Seoul ni. Kali ni xde apa2 plan ngn adik2 student Mesia. Mmg travel sensorang di negara org huhu.

All in all, Alhamdulillah sye berasa selamat dan confident masa kat Korea ni. Lgpun sye pegi ke kawasan yg ramai org, jadi mmg tiada masalah. Walaupun still ada language barrier, tapi sifat org Korea yg suka menolong amat2 membantu.

OKlah. Lepas dorang balik, saya check in kat Soul Guesthouse. Sama building dengan Ann Guesthouse cuma different floor. Sangat convenient. Saya duk di female dorm (8 org satu dorm). Sepanjang 3 mlm saya duduk sana saya cuma bekongsi dorm dengan 2 org kawan yg lain. Kedua2 Korean tapi family dorang dah berhijrah ke luar negara. Sorang duk di Canada dan sorang lagi di US. Yg dari Canada tu nama dia See A, hehehe pandai2 la korang nak pronounce mcm mana (sye ingat nama sbb kitorang betukar2 email add, tapi hampes nan hado nak berkontek2 lepas balik Mesia). Sempat sembang2 dengan dia. Muda lagi dan sngt mesra. Dia dtg Seoul sbb nak jumpa abg dia yg still tinggal kat Seoul. Dia kagum sbb sye boleh ckp omputeh walau xduduk di negara org puteh. Hehehe (kembang...). See A kata bila dia pindah Canada baru dia mahir ckp omputeh. Saya cerita dari tadika dah didedahkan dgn bahasa inggeris dan sye suka dengar lagu dan novel omputeh.

Clockwise: Dorm 8 org sye. Sangat selesa; Posing atas katil (pakai selftimer tuh); Tangga utk bahagian atas dorm. boleh tidur kat atas jugak; Topeng yg sye buat sendiri; Konon2 tengah mencuci di dapur

Lg satu saya nak cerita pengaruh negara kita dijajah org puteh tapi sye xreti nak sebut 'dijajah' dlm BI, Bahahahaha...jadi sye pendamkan ajelah penerangan sye yg tu T_T. Ape ntah ye dijajah dlm BI? Sye ada ajak See A join sye pegi jalan tapi dia xboleh sbb dah janji ngn abg dia. Xpelah. Pegi sorang2 je la. Baru adventure huhu.

Sorang lagi kawan yg dari US tu xingat nama sbb xsembang sangat dengan dia. Tapi yg sye masih ingat, dia balik Korea sbb nak amik test utk jadi cikgu BI. Kat Korea ni mmg ada program mengajar omputeh di Korea dan ditawarkan pada semua org yg berkelayakan. Selalunya omputeh juga yg jadi cikgu. Korang berminat? Hehehe boleh cekidaut kat SINI atau SINI.

Hari pertama sye dah rancang nak join DMZ tour. Apa tu? Baca kat SINI ya. Sye mintak tolong guesthouse sye utk bookkan. Dan diorang amik kat bawah buliding guesthouse sye je. Sangat convenient. Mula2 ingat bas pelancong yg amik rupanya keta besar yg datang. Sye sorang2 duk belakang mcm mem besar hahaha. Ada driver dan sorang tourguide yg pandai ckp omputeh. Rupanya sye dibawa ke tempat org2 lain berkumpul. Dekat area City Hall tempat tu sye xingat sngt. Sye naik bas kecik ada la group dlm 12 org. Dlm group sye tu ada sye (sensorang rakyat Mesia), group dari France, Australia dan beberapa negara lain. Tapi ada sorang makcik ni dari Israel. Anak dia keja kat Seoul dan dia dtg melawat. Anak dia keja so dia p melawat sorang2. Mcm mana sye tau? Sbb sye kawan ngn makcik ni sepanjang tour tu hahahah. Yelah org lain dtg dgn kawan2 sye solo2 je. Layankan ajelah.

Apa ada di DMZ tour? Sepanjang perjalanan kami ada nampak ramai askar2 dikiri kanan jalan. Border Korea Selatan dan Utara ni adalah border yg paling dikawal ketat di dunia. Tapi alhamdulillah selamat je kami kat sana. Kami diberi penerangan tentang hubungan Korea Selatan dan Utara, history berkenaan perang, tempat2 bersejarah yg ada kaitan dengan hubungan Korea Selatan dan Utara. Kami dibawa turun menjelajah terowong bawah tanah dan perlu pakai topi keselematan. Mengah weh sbb terowong tu jauh ke bawah tanah. Masa turun ok lagi. Bila nak keluar tu hamek kau. Antara yg paling lambat sampai sye la hahahha.

Clockwise: Kepala keretapi yg ada banyak kesan tembak dan bom...siap ada keluar bunyi train lagi; papan tanda DMZ; Sye di Bridge of Freedom; Sye dan kawan2 baru dari France; Patung askar wanita Korea Selatan

Tourguide jugak berkongsi cerita berkenaan founder of Hyundai, Chung Ju-yung. Dia lahir di North Korea tapi pindah ke Seoul utk buka business. Bila Selatan dan Utara berpecah, dia xdapat jumpa famili di North Korea dlm masa yg lama. Tapi dia xpernah putus asa dan sentiasa cari jln nak satukan semula Selatan dan Utara ni. Bila baca susur galur keluarga Chung di Wikipedia sye rasa kagum sbb semuanya berjaya belaka.

Baiklah, kembali ke cerita DMZ Tour, lepas keluar dari tunnel, kami di bawa ke satu tempat utk tengok Korea Utara dengan guna teropong yg kena masuk syiling tu. Oklah. Tapi bukan nampak apa pun, nampak hutan je la. Pandai je dorang ni nak buat duit hahahaha. Tp bukan ada tu aje. Ada la banyak info menarik yg boleh kita pelajari kat cni.

Kami juga pegi ke Stesen ketapi Dorasan yg menghubungkan Seoul dan Pyeongyang (Ibu negara Korea Utara). Kalo dulu ada visitors boleh naik train ke Korea Utara dan duduk di sebuah resort kat sana. Tapi masa 2007, ada kejadian tourist warga Koreas Selatan kena tembak masa join tour tu. Lepas dorang buat investigation, dorang amik keputusan utk menghentikan perkhidmatan train dan menutup resort kat Korea Utara tu. Huhu bahaya jugak nak pegi melancong ni ya? Semoga Allah memudahkan perjalanan kita semua ya...Amin...

Bila dah tengahari kami dibawa ke resto utk makan. Mula2 sye xmo ikut sbb tour ni bukan halal tour. Tapi makcik Israel insist suruh sye turun juga. Maka sye pun turun, ikut dorang masuk resto. Makanan boleh order ikut selera masing2. Sbb tahu keperluan sye sebagai sorang Muslim, tourguide tolong sye orderkan Bibimbap tanpa daging. Cuma sayur dan telur. Yakin dengan makanan yg dihidangkan, sye pun menjamu selera. Side dishes mcm biasa ada banyak jenis.

Sye di platform Stesen Keretapi Dorasan; Encik Askar yg menjaga stesen tu; Tugu peringatan; Side dishes masa makan Bibimbap; Ni la rupa Bibimbap veggie dengan telur goreng sye

Lepas makan kami pun pulang...hari dah petang waktu. Lepas rehat kat dorm, sye naik subway pegi ke Iteawon dan pegi Sultan kebab utk beli 3 batang kebab. Hahaha beli banyak2 buat bekal. Kalo lapar, panaskan dan makan tu je. Sedap. Sepanjang 3 hari tu, mmg makan kebab ngn maggi ngn milo 3in1. Sedap je. Bekalan makanan yg lain kitorang dah sedekahkan kat adik2 student Mesia sbb malas nak bawak balik Mesia.

Waktu mlm tu sye xpegi mana, lepak kat dorm je sambil sembang2 ngn See A. Dia ada beli topokki (rice cake with souce) tapi sye xcuba sbb masih ada rasa was2. Tapi bau dia mmg mengancam. Hahahaha. Maybe next time kalau ada peluang.

Alamak dah panjang pulak entri ni. Kita sampai di sini dulu ya sayang. Nnt sambung lain.

Toodles!

No comments: