My Korean Adventure Part 4

Uhuk2, tengah batuk ni. Taip blog sambil teguk air masak banyak2...

Yenyway...nak sambung entry on 1st trip ke Korea. Hari ke lima dan kami ada misi Coffee Prince! Hehehehe. Hari ni kami bergerak solo tanpa adik student Mesia. Tapi kami ok saje. Semalam dah tunjuk jln sket.

Sblm tu, kami memulakan perjalanan ke Iteawon. Iteawon ni adalah bandar org asing di Seoul. Kenapa? Sbb ramai org asing tinggal kat cni. Lagi ramai org asing dari korean kot? Nak cari makanan halal pun senang. Tapi bukan korean food, lebih kepada indian dan middle east food mcm tu. Kat Itewon jugak terletak satu2nya masjid di Seoul bernama Seoul Central Mosque.

Senang je nak ke Iteawon, naik subway je dah sampai. Sampai2 je kami pegi terus menuju ke masjid. Tersergam indah masjid kat atas bukit. Mmg kena mendaki sikit kalo nak naik tapi mmg cantik. Ada tulis Allahhuakbar kat atas masjid. Sebelah masjid ada mcm tadika utk kanak2. Masa kami kat sana xde org sbb blom masuk waktu.

Clockwise: Seoul Central Mosque; Salam satu kedai makan halal; Me enjoying my kebab; Sultan Kebab Outlet

Dari masjid, kami turun semula ke bawah dan berjalan2 sekitar Iteawon. Kat cni ada Hard Rock. So sapa2 peminat atau pengumpul item Hard Rock, boleh la ke cni. Mmg ramai org putih kat cni. Bangla dan Indian pun ramai. Indon je xde hahahaha. Kami pegi beli kebab di Sultan Kebab. Yela kan dah beberapa hari xmakan meat. Asyik makan seafood je. Beli kebab sorang satu. Portion agak besar, so mmg kenyang. Org kedai pun tau kami dari Mesia. Cakap melayu pun pandai sikit2 diorang ni.

Lepas tu kami pun balik ke guesthouse. Balik makan kebab kat rumah je sbb tadi masa beli kebab kedai penuh dengan pelancong mesia juga. Lepas rehat2 makan2, kami keluar balik utk ke Coffee Prince! Jalan kaki je dari guesthouse kami. Dlm 15 minit mcm tu dah sampai dah. Kedai ni adalah actual Coffee Prince shop di mana pengambaran drama tu dibuat. Wah! Tapi xpasti kenapa, kawasan kedai tu x dimaintain dengan baik. Ada sebijik pajero rosak kat depan kedai, bahagian atas kedai xboleh naik, rumput pun banyak la kan.

Clockwise: Sye di depan Coffee Prince shop; Kaunter yg sangat familiar...huhu; Lukisan tu sebenar tampal je; Autograph Yoon Eun-hye @ Go Eun-Chan; Me and the princess drawing

Nak duduk ctu semua org kena order sesuatu. Xboleh duduk 4 org tapi order satu cawan air je. Dan sbb tempat ni tourist place maka harga air dia lebih sikit dari cafe2 biasa. Coffee Prince punya pasal boleh aje...lalalala. Kami cuma order air je. Sye mintak hot coffee ada bentuk love hahahaha. Berangan le tu...T_T. Drawing2 masa dlm cerita masih ada lagi. Sapa peminat tegar cerita Coffee Prince (saya la tuh) mmg akan mengimbau kenangan cerita tu la kan. Kat mana pelakon tu duduk, kat mana pelakon yg ni melukis hihihi.

Clockwise: Enjoying my coffee; Kopi dan hati; Posing kat sekitar kedai kopi huhu

Lepas tu kami bejumpa ngn adik2 studen Mesia dan dorang bawak kami pegi shopping ke Namdaemun Market. Kami naik bas je. Market ni mmg terkenal dan sentiasa ramai. Semua ada kat cni. Kalo nak beli brooch mmg kat cni tempatnya. Ada satu floor tu mmg org jual dan buat brooch saja. Besar giler tempat tu. Beli banyak boleh dpt murah kot. Kami pegi la jugak tapi xde la shopping sakan. Setakat beli sikit2 utk cenderahati. Beli sevinier pun kat cni jugak. So mmg hari tu mmg kami abiskan duit utk beli barang2 sevinier utk family and friends di mesia.

Clockwise: Brooch yg besar. sapa ntah nak beli; Mmg sangat ramai manusia; Sye di salah satu pintu gerbang; Ajushi penjual t-shirt; Kakzilah tengah pilih rantai

Owh lupa nak cerita, hari tu adalah hari last utk Kak Zilah, Kak Uji ngn Kak Ina. Mlm tu dorang akan naik flight balik mesia.Sye? Well, saya akan tinggal sensorang kat Seoul ni lagi 3 mlm. Kenapa mcm tu? Sbb masa beli tiket tu yg lain2 xdpt cuti lama. Sye pulak, sbb dah beli tiket mahal2 (xde la mahal sangat pun), naik kapal tebang lama. Xbebaloi kot nak duk 5 mlm je. Maka sbb tu la sye beli tiket balik asing...hehehehe.

Lepas balik shopping, kitorang checkout dan sye pulak pindah ke female dorm di bangunan yg sama ngn guesthouse kitorang. Dah book awal2 pun. Lepas letak barang, kami pun pegi turun makan. Dekat belakang bangunan guesthouse kami je. Hari tu kami makan nasi ngn lauk sotong sebagai lauk utama. Side dishes yg banyak tu mmg sentiasa ada. Siap boleh mintak tambah lagi. Sedap jugak.

Clockwise: Jom makan!!!; Cas makan mcm org korea. Amik daun salad, wrap nasik ngn lauk dlm tu pastu makan. Mmg sihat; Barisan lauk pauk; Ikan bilik ni sedap gak

Lepas makan, it's time to say goodbye to my kakak and her friends. Diorang akan naik airport limousin ke Incheon Airport dan tiket flight dorang mlm. Dekat je bus stop dari guesthouse kami. We said our goodbyes dan mereka pun naik bas. Tinggal sye sorang2. hehhe Mula2 nebes jugak, tapi alhamdulillah...sye selamat. Xde apa2 pun.

OKlah. Hingga kita berjumpa lagi.

Toodles!

No comments: