My Korean Adventure - Part 3

Day 4 (02/05/2011)

Annyeong! It's day 4 already. Kemana kita? Jom ikut kitorang jln2 tengok istana! Hari ni, kitorang pegi ke Gyeongbok Palace. Faktanya, istana ni adalah istana utama diraja yg terbesar dan dibina pada 1395 semasa Dinasti Joseon. Masa perang dengan Jepun, istana ni terbakar dan ditinggalkan. Tapi lepas 300 tahun, barulah diperbaiki dan dibina semula....Nama istana ni bermaksud "Greatly Blessed by Heaven" [Gyeongbok].

Kami naik subway dan turun Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5. Eh? ke turun kat Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2? Ngeee...... Sebenarnya dah xingat kitorang turun kat stesen mana baahahah!!! Tapi yg sye ingat, kena jalan thru terowong dan keluar kat National Palace Museum. Lepas tu kitorang xmelalui main entrance tapi entrance sebelah tepi. South ke North ke West? Ntah. So kalau korang nak pegi, korang buat research dulu ya, station mana yg lagi dekat.

Kawasan istana ni luas, 4.6juta kaki persegi. Ada 330 bangunan dan lebih 5k bilik! Korang bayangkanlah besar kawasan istanan ni. Dari main entrance, kita akan nampak dewan utama di mana kalo zaman dulu2, maharaja dan menteri2 berbincang kat ctu. Istana utk maharaja ngn maharani pun adalah berasingan. Dorang ni, time nak together2 baru duk satu istana mcm dlm cerita korea zaman2 dahulu kala mcm drama Moon Embraces the Sun tu.
 
Clockwise: Kami di depan Dewan Utama istana; Guard Changing Ceremony; Pose ngn Pak Guard..tehehehehe 

Satu benda yg kitorang nak tengok sebenarnya adalah the Royal Guard Changing Ceremony. Ada 6 kali dlm sehari dari jam 10am-3pm. All year round tapi hari Selasa nan hadooo. Maka korang xyah pegi istana ni hari selasa kalo x nnt xdapat tengok changing ceremony yg amazing tu.

Kat cni jugak boleh pakai pakaian diraja. Tapi kitorang xcuba pulak. Sye ada try pakai tapi kat tempat lain. Yg tu cerita kat post nnt eh. Pada sapa2 yg nak try boleh pegi ke link SINI utk keterangan lanjut.

Royal Guard Changing Ceremony ni pada sya sangat amazing. Dengan costume pak guard yg berwarna-warni, alunan alat music, mmg terasa mcm berada di zaman dulu2. Pak guard2 dorang sangat tinggi, siap pakai misai ngn jambang palsu lagi hahaa. Muka dorang semua serius je.

Sbb ada free English guided tour maka kami pun tunggu kat depan information office dlm Heungryemun Gate. Jadual utk join tour free ni adalah 9:30am, 12:00pm, 1:30pm, 3:00pm dan amik masa sejam.

Clockwise: Dewan tempat royal family berjimba; Di pintu hape ntah, kami kan buta hurup; Art di bumbung istana. cantik sangat; Tempat maharaja berehat. Simple je kan? xmcm dlm tiwi tu kan?

Time kitorang tu, tour guide adalah sorang minah korean yg cakap BI tapi dengan pelat korea yg pekat. Kena dengar betul2 baru faham. Berbaloi jugak la join tour ni sbb boleh lebih faham tentang istana dan keadaan zaman dulu. Antara penerangan menarik yg saya boleh ingat, sebenarnya apa yg dipertonton kat drama korea tentang maharaja2 zaman dulu yg hidup mewah tu adalah xbetul. Maharaja zaman dulu xsemewah dlm tiwi baik dari segi tempat tinggal, makanan atau pakaian. Dorang hidup sederhana je.

Lg satu, dulu ada satu jawatan kat dlm istana iaitu tukang check poop maharaja. Bahahahaha. kotoq! Kenapa kena check? Sbb dari poop tu la dorang boleh tahu samada maharaja tu sihat ke, ada penyakit ke. Mungkin dari segi texture ngn warna kot. Eiieeewwww....

Selain dari tu, dekat atas bumbung setiap bangunan pasti ada ukiran patung binatang2 yg fierce la jugak. Stok kalo mlm2 ternampak boleh buat tekejut org. Tujuannya dorang buat dan letak ukiran kat bumbung bangunan adalah dorang percaya patung2 tu akan menjaga penghuni bangunan tu.

Clockwise: Kami dan gong, yg diguna masa pertukaran pak guard; Pakai baju xreal; Tourguide yg sangat comel mcm artik kpop; Tourguide kami yg ckp english kelakar giler hahahha
Okay, disebabkan kawasan istana yg sangat luas dan besar, tidak la kitorang berjalan keseluruh tempat. Lepas beberapa lama kat ctu, puas amik gambar dan dengar explaination dari tour guide, maka kami pun beransur dulu. Perut dah lapar, kena pegi cari makanan.

Sbb ada adik2 student mesia tu, maka kami pun dapat makan dengan tiada perasaan was2. Kali ni, lunch kami adalah di Han's Deli. Resto ni sediakan makanan western dan korean jugak. Ada banyak cawangan. Kami order nasi goreng seafood, spageti seafood dan garlic bread. Alhamdulillah...sedap semuanya.

Clockwise: Menuju ke Han's Deli; Sye ngn student Mesia yg dah mcm kpop dah heheh; Han's Deli kat tingkat 5 ya.

Clockwise: Seafood Spageti; Garlic Bread; Seafood Fried Rice; Kami miskin 39,900 won!

Lepas kenyang, kami teruskan hari ke 4 kami dengan melawat ke Namsan Tower! Korang tengok cerita Boys Over Flower? Tempat 1st hero ngn heroin dating adalah kat Namsan Tower ni la. How to go to Namsan Tower? Cuba check kat SINI.

Hari tu ramai org naik cable car, tapi ok la, xde la sendat pun. Cuaca pun ok je. Kalo ikut pembacaan waktu terbest pegi Namsan Tower ni adalah waktu petang. Boleh enjoy sunset dan bila malam boleh enjoy scenery Seoul yg sangat cantik ngn lampu tu. Tapi kami pegi masih terang lagi waktu tu dan agak berkabus. So xnampak jelas sangat la pemandangan. Xpe kalo ada rezeki boleh pegi lagi. Miahahahaha...

Apa ada kat ctu? Selain dari ada tower...duhh, ada juga locks of love. Visitors datang, gantung dan tinggalkan mangga kunci dorang, lambang cinta, kasih sayang, persahabatan mcm tuh. banyak giler kot mangga yg ada. Bermacam rupa dan warna. Yg lama2 dah bekarat pun ada. Sebelum gantung tulis2 la dulu kat mangga tu. I lap u ke, i was here ke, u jump i jump ke....ikut suka korang.

Clockwise: Sye dlm cable car; Sye, burung dan Namsan Tower; Kami dan Namsan Tower; Locks of Love

Mcm KL Tower, kat cni pun ada restoran berputaq. Sudah semestinya kami TAK pegi! Sbb kena bayar. Maka kami amik2 gambar kat bahagian bawah je. Masa kami pegi ada mini teady bear museum tapi sekarang mcm dah xde kot. Selepas singgah kedai beli fridge magnet dan cenderehati2 lain, maka kami pun bertolak balik. Turun pun naik cable car jugak. Kalo rajin, korang sebenarnya boleh turun atau naik ke Namsan Tower ni menggunakan tangga! Idak le kami...kami masih sayangkan kesihatan kaki kami lagi....huhuu.

Clockwise: Kaki2 kami; Amik gambar kat Love Seat; Me and Mr Teady; Di papan tanda; Dlm Teady Bear Museum

Kami balik ke guesthouse dulu. Rehat2 dan solat. Mlm tu kami nak pegi dinner! Adik2 Mesia bwak kitorang pegi makan Rappoki!. Apekah? Ianya adalah sejenis makanan mcm maggi, tapi dia tambah banyak benda termasuk boiled eggs. Ada side dish jeruk lobak putih yg sedap jugak. Nama resto xingat dan xtau sbb kitorang buta hurup. Depa pakat tulis guna hangul (korean alphabet). Mana kami nak paham. Dibukak since 1953. So mmg resepi turun temurun la nih. Sodap! Rasa mcm maggi, harusla sedapkan? Ditambah dengan fishcake, rice cake, sayur sket, telur rebus...mmg sedap dan mengenyangkan. Kat kedai ni xboleh makan sorang, kena at least 2 org sbb portion dia sangat la besar. Satu kuali tu kami punya saja hahahah.

Clockwise: Senarai harga; Rappoki yg best!; Jemput makan semua...nyam2!; Jeruk lobak putih yg sedap; Nama resto yg kami pegi

Lepas makan, perut kenyang hati riang, kami pun balik guesthouse dan ZZzzzzzz....end of day 4. Kita jumpa lagi nnt!

Toodles!

No comments: