My Korean Adventure - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim....(tengah carik mood korea sambil dengar lagu I'm in Love by Narsha. just love this song :))

Korea...i'm in love hehehehe...to begin with, ni cerita tahun 2011. So mungkin ada certain part yg saya xingat. sbb xde tulis journal ke diari ke...so recap based on gambar2 sye je...

Me and my sis love watching Korean drama. For me, dorang ni mmg dah berjaya advertise and promote negara dorang, budaya dorang thru drama. masa ni ("masa ni" tu merujuk kepada tahun 2011 ye) i was not really into Korean music. drama je iols layan tapi sekarang (2012) tidak lagi. and by the way...i've bought another ticket to Seoul next year and i just can't wait!

We bought our ticket setahun sebelumnya (mcm biasa sbb tunggu promo AA). pegi 4 org. Me, my kakak and 2 of her friends. pegi musim bunga uols hihi. Ticket, accomodation, itinerary semua diuruskan oleh sye dan kakak sye.

DAY 1
Rombongan Sarang-he kitorang hihi...

Kami sampai dah malam, dah pre-arranged airport transfer dengan Ann Guesthouse tempat kami menginap. Kalau naik bas atau train pun boleh. tapi sbb kami fikirkan dah mlm dan penat dan xfamiliar lagi dengn public transport. so kami sewa van saje (60k won per van)

Ni pakcik yg amik kami kat airport. Kami panggil dia uncle dia xfaham T_T adoyai...panggil ahjussi baru faham huhu. dan jugak pemandangan Seoul yg sibuk dan jugak tempat sewa phone (dlm airport jugak. senang je nak carik)

wahh...excited sangat bila sampai. Kami sewa phone kat sana sbb phone kita xbleh pakai. simcard pun beli sekali. kami beli sbb nak berhubung ngn student mesia yg akan tolong bawak kami jalan2. kakak saya kenal dorang dlm FB. Since org Korea ni xpandai cakap english mmg student2 ni sangat2 membantu. especially dari segi nak makan dan transport. tapi next time pegi dah xpayah dah sbb dah terrer kot ngn public transport dorang. bab makan pun dah tau kat mana nak carik yg halal atau bawak bekal saje

Ni la bilik kitorang dan pemandangan dari tingkap kitorang (gambar katil xde pulak. tapi sangat selesa i tell you :)


Kemas, selesa, fully furnished, sangat dekat ngn train station, ada internet, semua lengkaplah. rate bleh tengok kat website dia eh. dorm dia mix so kami amik family room la. mahal sket tapi sbb fully funished siap ada perkhidmatan mencuci pakaian ye, mesin basuh pun ada, so sangatlah senangnya.

Kami yg dah penat pun, berehat2 dan tido...End of day 1...


DAY 2

Pagi tu bila bangun tengok2 ujan...xpelah hujan rahmat. bertambah sejuk la kitorang. tapi sebenarnya musim bunga xde la sejuk sangat. tapi cuaca dia mmg selesa lah. hihi. korang nak pegi negara 4 musim ni WAJIB buat research tentang weather sblm pegi. even nak book tiket flight pun kena check time tu musim apa. Saya x recommend pegi musim panas sbb panas dia mcm panas kat Mesia. huhu.

kami  bersiap2 dan tunggu adik2 student Mesia utk datang jemput kitorang (Amir ngn Din). Hari ni plan kami adalah nak tengok bunga TULIP! yeay! kami nak ke EVERLAND. huhu bila musim bunga dorang ada TULIP festival. ada jugak banyak flower festival kat tempat2 lain. tapi sbb EVERLAND ni mcm themepark so boleh enjoy games dan tengok bunga dan tengok parade sekaligus!


Dorang (Din kiri, Amir kanan) datang bawak tuna kimbap utk breakfast kitroang. wah...1st taste of local food! nyam2. sodap!

Everland ni luar dari bandaraya Seoul. lokasinya adalah di Yongin city dalam daerah Gyeonggi... so kami kena naik train pastu naik bas. Since Amir dan Din ada maka kami tidak risau. tapi sebenarnya kalau pegi sendiri pun insyaAllah boleh sbb public transport dorang amatlah reliable.


kami2 dalam perjalanan...naik train, pastu bas, pastu tukar bas lagi...

Walaupun hari tu Sabtu, tapi mungkin sbb bukan cuti sekolah, atau PH atau sbb hari hujan maka xde org sangat. cuaca mmg mendung dan kadangkala hujan. tapi kami dah siap2 bawak ponco :P.

Sebenarnya, sblm dtg Korea, my expectation adalah org2 korea ni pendek2, tapi sebenarnya salah belaka. dorang ni tinggi jugak.  mcm contoh kakak jaga entrance nih.

Alhamdulillah...sampai sudah...

sampai2 je kami dah excited dengan tulip kat depan entrance. wahhhh cantik sangat! xtau apa yg menanti kami kat dalam weahoooo....

Ni koleksi gambar2 bunga kat dlm Everland. Mmg sangat puas hati dan sebenarnya mcm xmo balik sbb pemandangan yg subhanaAllah...cantiknya ciptaan Allah.






Cantik kan? cantik kan? teringin nak pegi kan? kan? kan? hihiihi.

kat cni jugak banyak permainan, roller coster dia tinggi weh, mencabar sungguh. sye xnaik pun, si Amir ngn Din je naik. Kami gegirl takot hihi. Ada safari dan banyak aktiviti lain. korang tengok je la gambar nih ok?

Ni kat African Safari tu. ada mcm mini zoo kat cni.

lepas dah habis pusing2 keliling...kitorang pun pegi tengok parade...wah terasa mcm kembali ke zaman kanak2. hihi. sangat cantik, colourful dan best!. mula la berangan nak keja kat Everland kan? hihii. teringat cerita korea dulu2 tuh "My Love Patzzi". best cita tuh.


Enjoy gambar parade pulak ya

Bila parade habis, kami pun jalan2 lagi dan lepas tu balik...sebenarnya sehari mmg xcukup utk explore the whole Everland dan main games dia. kami xtry semua games pun. sbb cita2 kami adalah nak tengok tulip festival tuh aje sebenarnya. tapi kalo next time ada rezeki apa salahnya ya.

Sampai di Seoul, perut kitorang lapar giler dah berdondang sayang sbb pagi je makan. waktu tu dah pkul 3pm or 4pm. so dorang bawak kami makan seafood mee yg sangat marbeles sedap, kecur air liuq bila teringat. nyam2 sangat. tapi kalo nak pegi lagi kedai tu mmg dah xingat la kan hihi.

Ni la mee yg kitorang makan. sedap weh! nota kaki: saya xpandai makan guna chopstik tu jenuh sye nak makan. garfu mmg xde

kalo cerita pasal makan kat korea ni mmg la susah nak cari makanan halal kecuali kat Iteawon. tapi tu nnt sye cerita kat lain entry. So paling senang, adalah bawak bekal dari mesia. nasi impit, rendang, tempe pun boleh kalo korang nak bawak. Korea bukan mcm Australia or New Zealand yg amat ketat peraturan kalo bab makan2 nih. setakat ni 2 negara tu je yg susah yg lain sye xtau sbb xpenah pegi ngeee.

lepas kenyang, kitorang balik rumah utk rehat dan solat. petang tu kitorang bertolak kuar semula dan janji ngn Din ngn Amir kat train station mana ntah xingat. Lepas berjumpa, kitorang pegi bejalan2 kat shopping mall dan masuk hypermarket dorang. hajat dihati nak beli telur dan roti utk buat sandwich. mayonis kami dah bwk siap2 dari mesia.

Gambar2 masa shopping. beli aiskerim nyam2. kena tengok betul2 bahan2 dia sblm beli. strawberry tu kak Ina yg beli. nyam2 sangat sedap!

Lepas shopping kitorang pegi cari makan malam. Kami makan di Lotte Ria. ni mcm fastfood chain gak. banyak ada kat Seoul nih. Kami makan burger sotong ngn burger udang. taste verdict? sedap je..

kat Lotte Ria ngn burger2 kitorang

abis makan, kami pun naik train dan balik....end of day 2

okay nnt kita sambung lain okay?

Toodles!






No comments: