South Island, New Zealand - Part 7

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).


Destinasi 20: AJ Hackett Bungy: Bungy Jumping New Zealand

Day 6. Nope, kami xde buat bungy jumping ya. Ketaq lutut kot. Dah la sebelum melompat kena timbang berat badan, ahahahha. Abislah depa tau betapa ringannya sye hihihihi.

Well anyway....hari ni adalah hari last kami di Queenstown. Kami akan meneruskan perjalanan ke Dunedin pulak. On the way ke sana kami singgah dulu tengok orang buat lompatan bungy kat AJ Hackett ni. Since kami sendiri xmelompat, maka xbleh la nak share experience kat sini. InsyaAllah kalo ada rezeki dan courage lepas ni kan...mana tau...kami datang lagi utk cuba lompat2 kat sini heheheh

Kami sampai masih awal, kalo nak masuk tengok org melompat free je, boleh masuk anytime. Mula2 masuk korang kena jalan ke bawah sikit utk sampai ke tempat register dan tempat briefing sebelum buat lompatan. Kalo korang nak try, bleh la register dan bayar, dlm NZD190++ jek.... Yg kami ni terus je pegi keluar dekat deck utk tengok org melompat.

Masa kami sampai tu ada la group dari India ni (India la kot, sbb depa cakap mcm org Hindustan) yg nak buat lompatan. Yang mak bapak duduk kat tepi mcm kitorang je lepas tu diorang bg support and sorak utk anak masing2 yg akan melompat. Eeeeiiiii takottttt...Kalo tengok je dah takut apa lagi nak melompat kan? Budak2 yg melompat tu pun duk terjerit2 ketakutan. Huhuhuh. Tp mmg respect la kat org yg berjaya melompat ni. Abis melompat diorang akan dikutip oleh boat kecik yg menunggu kat bawah jambatan.

Lepas dapat tengok 3 org budak dari India melompat dan amik gambar kenang2ngan (itu je yg mampu huhuu T_T) kami pun pegi la meneruskan perjalanan.

Bangunan AJ Hackett Bungy dari viewing deck dan keadaan dalam bangunan yg ada tempat  briefing, tanyangan video dan kedai cenderahati 
Adik2 tengah melompat dan dikutip dan saya yg cuma mampu amik gambar je ehehehe


Destinasi 21: Cromwell

On the way nak ke Dunedin, kami lalu kat Cromwell dulu. Kat sini terkenal sebagai kawasan pertanian dan banyak ladang2 buah yg ada kat sini. Kalo pegi waktu summer, mmg meriah dan banyak buah masa tu. Boleh pegi petik buah sendiri. Huhuhu tapi kami datang waktu autumn kan, so xdela musim buah dan xboleh nak fefeeling petik buah sendiri...insyaAllah next time kalo ada rezeki ya.

Walau xde musim, kami still singgah kat kedai jual buah diorang. Saje nak tengok apa yg ada. Tapi hampes, mcm mahal jek. Yelakan sbb bukan musim huhuhu. Baik beli kat mart je huhu. Mahal2 pun ada la jugak terbeli madu asli. Saje je nak rasa and buat kenang2ngan. And believe me, masa saya taip post ni (Jun 2015), masih ada lagi madu yg sye beli tu dalam peti sejuk....belom habis....ahahahaha.

Kat kedai2 ni pun terkenal dengan icecream buah buahan yg segar. Tapi kami xbeli sbb cuaca sejukkkkkk....
Cromwell landmark dan saya yg tengah pilih madu. Yg saya beli tu yg kat atas tu ye. Saja je nak merasa
Buah dan sayur yg agak mahal sbb xde musim
Tengok tu ladang anggur yg kering kontang huhu. Eh betul ke anggur?

Dalam perjalanan dari Cromwell nak ke Dunedin, kami terserempak dengan 2 kejadian yg kami xpenah nampak kat Mesia. Mungkin ada kat Mesia tapi kami yg x penah nampak agaknya eheheheh. Jadi kami adalah sedikit jakun….

Mula2 kami terserempak dengan sebuah lori besar yg tengah mengangkut rumah utk dipindahkan ke tempat lain. Yes…you read it right…mengangkut rumah ye tuan2 eheheheh. Rumah jenis apa ntah. Bukan la diperbuat dari kayu or simen. Ternganga jugak la kitorang. Dah la lebar rumah tu makan jalan kitorang. Sib baik kakak saya terrer bawak kete yg dah sipi2 nak masuk ladang sebelah jalan tu ehehehe.

Tenganga jugak masa nampak rumah atas lori ni. Sampai senget2 kete nak melepasi rumah hehehe. Nak dibawak ke mana ntah
Kejadian kedua adalah apabila ada sekumpulan kambing tengah melintas. Bila kata sekumpulan tu, adalah dalam beratus ekor! Siap ada anjing pengembala yg tolong control. Mcm dalam tiwi cerita omputeh tu. Kitorang pun terpaksa la berhenti nak bagi laluan kat kambing2 tersebut…ehehehe. Ladang kambing tu mmg sebelah jalan je, so kambing2 tu nak balik rumah agaknya…pengalaman sungguh!

Kambing nak balik umah. Banyakkkkk. View kat belakang tu cantik kan?

Destinasi 22: Cadbury World, Dunedin

Lepas lebih kurang 3 jam perjalanan dari Cromwell, akhirnya kami sampai ke Dunedin. Sebelum check-in kami singgah ke Cadbury World dulu. Kami beli tiket online thru bookme website. So dapat separuh harga NZD10. Kalo x NZD20. Kat sini kami tengok proses pembuatan coklat Cadbury. Interesting jugak terutama kalo bawak budak. Bau coklat mmg perghhh…heaven…

Mula2 lepas register depa kasi briefing tentang background dan rules masa tour sedang berjalan. Lepas tu depa kasi kami cap yg macam shower cap tu ngn beg plastic sorang satu. Tujuan cap tu utk menjaga kebersihan la kan. Plastic tu pulak utk isi coklat2 yg akan diorang bagi masa kitorang tengah tour nnt. Sebabnya everytima sampai point tertentu, guide akan explain pasal pembuatan coklat and then kasi kuiz. Banyak korang jawab, banyak la dapat coklat.

Tapi just to remind everyone that bukan semua coklat Cadbury keluaran New Zealand ni halal. Korang kena rajin baca label dan jangan makan kalo ada code2 bahan makanan yg meragukan. Macam kitorang, daripada 10 jenis coklat yg kitorang dapat sepanjang tour tu, dlm 3 or 4 jenis je yg boleh makan. Maka berwaspadalah.

Masa tour xboleh amik gambar ye dalam kilang tu huhuhu. Tapi bila dah keluar kawasan bangunan kilang, ada la jugak tempat yg boleh posing2, so boleh la juga amik gambar.

Masa nak exit tu kita akan lalu kedai yg jual segala jenis coklat Cadbury yg depa keluarkan. So kami pun beli lah coklat utk cenderahati. Tapi bila compare harga dengan PaknSave, lagi murah beli kat luar rupanya. Mungkin masa tu PaknSave ada buat sale kot. Tu yg lagi murah…

Luar bangunan Cadbury World

Tengah tunggu guide sambil posing2 sikit

Guide kitorang dan gambar lepas abis tour. Cap mcm guide kitorang pakai  tu la yg kitorang kena pakai jugak. Eheheh. 
Lepas abis tour boleh beli coklat. Hanya pemegang ticket je yg boleh beli kat kedai ni. Kalo saja2 nak beli xbuleh

Destinasi 23: Garden Motel, Dunedin

Lepas abis membeli coklat, kitorang pun pegi check-in motel utk penginapan 2 malam kami. Di Dunedin, kami stay di Garden Motel. Kami pilih small studio dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk tv, kitchenette dan microwave. Parking kete pun dlm kawasan motel dan bukan kat tepi jalan raya. So keselamatan insya Allah terjaga.

Garden Motel signage dan keadaan dlm studio kitorang. Abaikan katil bersepah tu ye

Parking lot kat kawasan motel. Kuda ijau kitorang tu tengah paking kat depan bilik. Senang je.
Malam tu kami keluar carik makanan. Kat Dunedin ni ada beberapa kedai halal yg kebanyakannya menjual makanan middle east dan makanan india. Kami beli lamb kebab dan ada nasik dlm kebab tu. Alhamdulillahhh…sedap dan kenyang. Sambil2 tu kitorang makan gak coklat2 yg kitorang dpt masa kat Cadbury. Tapi jenuh baca label dan yg kami confident halal je yg kami makan ehehehe.

Kebab yg kitorang beli. 

Rupa kebab kitorang yg sedap!

Makan avocado yg kitorang beli kat Cromwell, coklat yg dapat kat Cadbury World dan perencah maggi yg beku sbb cuaca sejuk. Ahahaha agak jakun gak kitorang mula2 tu. Ehehehe

Tamat lah adventure kami pada hari yg ke 6. Kita jumpa lagi ya! Tooodddless!



No comments: