Umrahku - Part 4

Lepas solat subuh di Masjid Nabawi, kitorang pegi cari kedai jubah kat luar masjid dan berdekatan dengan hotel, walaupun baru lepas subuh dah ada kedai yg bukak dan kami amik peluang utk tengok2 jubah. Mmg kami ada niat nak beli jubah di Madinah dlm sehelai dua.
Gambar di sebelah kanan adalah ketika kami jalan2 shopping. Gambar atas kanan tu mmg pemandangan biasa di luar masjid Nabawi. Banyak barang kelengkapan yg dijual. Jual longok2 je. Gambar kiri tu, saya di depan masjid. Semoga kami dapat ke sini lagi... Amin...
 Pada waktu petang, rombongan kami di bawa ke sebuah ladang kurma utk satu program forum perdana yg dianjurkan oleh TH. Sampai2 di sana kami duduk berehat dulu dan kemudian bersedia utk solat magrib berjemaah. Pengalaman solat di tengah ladang kurma mmg menarik. Ruang solat mmg dia dah bina cantik2. Tapi x berbumbung. Walau duk tengah ladang, tapi xde pulak nyamuk atau serangga. Lepas solat Magrib,Program forum perdana bermula. Ustazah Sharifah Norhayati salah seorang panel. Malam tu topik yg dibincangkan adalah Mencintai Rasullullah SAW. Sambil duduk dikelilingi pokok kurma mmg best dengar ceramah.

Kami di ruang rehat ladang kurma dan ketika menunggu waktu solat magrib. Solat di bawah pepohon kurma sangat istimewa.
Lepas abis ceramah kami dihidangkan dengan nasi mandy. Ada lauk kambing ngn ayam. Sebenarnya saya xpernah rasa nasi arab sebelum ni, walau di Malaysia. Alhamdulillah, dapat juga saya merasanya. Heheheh....Sedap..... Nasi dia sangat lembut. Nasi dalam dulang tu sangat banyak. Kata diorang, kalo utk utk local, sedulang tu cukup utk 4 orang dewasa. Tapi kalau kami, dalam 6 or 7 org xtentu lagi boleh abis! Selain nasi ada jugak dihidangkan buah dan manisan.
Jemaah sedang khusyuk mendengar ceramah. Dan juga gambar nasi arab yg dihidangkan utk kami. Sos masam pedas tu adalah pengganti kuah kami.
Malam tu kami pulang ke hotel dengan pengalaman baru ketika berada di bumi Madinah. Keesokkan harinya kami bertolak ke Makkah utk meneruskan perjalanan ibadah kami. Perasaan yg sukar digambarkan. Sedih kerana perlu meninggalkan Madinah, tetapi sangat teruja kerana akan pergi ke Tanah Haram yg menjadi idaman setiap umat islam di dunia ni. Semoga kita berjumpa lagi bumi Madinah...kami akan merindui mu..

No comments: