Umrahku - Part 5

Lepas 3 hari di Madinah, kami pun bertolak ke Makkah al Mukkaramah. Sedih sbb kena meninggalkan Madinah tetapi gembira at the same time kerana kami akan dapat pergi ke tanah suci Makkah dan tengok Kaabah for the 1st time!!! Lebih kurang 6 jam perjalanan menaiki bas, akhirnya kami sampai ke kota Makkah. Alhamdulillah...Kami sampai pada waktu malam. Dalam perjalanan tu kami dah singgah utk niat ihram di miqat. Tapi xingat pulak miqat kat mana. Lepas checkin hotel, kami di bawah ke Masjidil Haram dengan mutawif kumpulan kami utk menunaikan ibadah umrah wajib. Perasaan yg x dapat digambarkan. Seronok, risau, happy, semua ada. Hotel kami dalam 300meter dari masjid, so dalam perjalanan tu kami dinasihatkan sentiasa berselawat dan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan ibadah kami. Masa tengah jalan kaki tu, terasa macam satu experience yang sangat lain...xpernah rasa macam ni, dengan perasaan yg bercampur baur, dengan rasa insaf yg amat sangat bila tengok orang ramai sangat menuju dan balik dari masjid walaupun waktu tu dah lebih 11 malam. Sana sini, orang ramai tua, muda, ada yg berjalan, berlari, naik kerusi roda, umat manusia dari seluruh dunia berkumpul utk melakukan ibadah. Memang disepanjang berada di Makkah xkira masa, jalan utk ke Masjidil Haram sentiasa sibuk. Lebih2 lagi, masa kami pegi tu construction utk bina hotel baru, bangunan baru tengah dijalankan. Memang meriah la kan.  
Suasana di hadapan Masjidil Haram dan ketika umat Islam sedang melakukan ibadah tawaf. Alhamdulillah semua ibadah kami dipermudahkan Allah SWT 

Pengalaman pertama saya melihat Kaabah, terus gugur air mata sebab terlalu gembira dan bersyukur sangat2 sebab Allah SWT izinkan saya utk sampai ke tanah haram dan dapat melihat Kaabah di depan mata. Mulut xhenti berselawat, zikir dan berdoa semoga dipermudahkan semuanya. Lepas berniat kami terus pegi ke kawasan tawaf dan dari situ bermulalah ibadah umrah kami. Masih teringat2 lagi, masa tawaf keliling Kaabah, perlu jaga tatatertib untuk pastikan tawaf kita sempurna.
Pemandangan Kaabah dari tingkat atas masjid. Pada waku ni musim panas, maka para jemaah lebih ramai yg memilih utk tawaf pada waktu malam. Di bawah tu suasana biasa bila mana selesai satu2 waktu solat. Orang ramai berpusu-pusu keluar masjid utk jalankan akiviti lain sebelum datang semula ke masjid utk waktu solat seterusnya
Masa lepas beberapa pusingan tawaf, kami (me and Kak Kay) terpisah dari mutawif dan kumpulan kami. Jadi lepas habis tawaf dan solat sunat, kami xpasti nak menuju ke mana utk ber saie pulak. Tapi kat sana ramai orang yg boleh bantu, yg dari Malaysia kita boleh kenal dari cara pakaian diorang. Selalunya jemaah dari Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei) yg perempuannya pakai telekung putih. Jadi senang nak cam dan bertanya. Lepas bertanyakan orang kami pun pegi ke tempat Saie dan meneruskan ibadah kami. Lepas abis Saie, kami bertahallul utk menandakan kami dah selesai ibadah umrah dan telah keluar dari ihram. Alhamdulillah...semoga ibadah umrah kami diterima Allah SWT...

No comments: