South Island, New Zealand - Part 10 (Finale)

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).


Destinasi 36: Lake Tekapo (2nd time)


Day 10: Esok pagi tu awal2 lagi saya dah keluar utk jalan2 di tepi tasik. Pergh...suasananya susah nak digambarkan. Sangat tenang tetapi berangin dan sangat cantik... waktu pagi orang xde lagi. So tasik tu macam saya yg punya. SubhanAllah... mmg xtergambar dengan kata2 suasana kat tepi tasik waktu tu. Saya amik peluang tu utk menikmati betul2 suasana dan pemandangan yg cantik sangat tu.

Kat tepi tasik ni ada satu gereja lama yg famous iaitu Church of the Good Shepherd. Kami x pegi dekat pun. Amik gambar dari jauh je heheh. Tapi dari pembacaan saya ianya dibina pada 1935 dan mmg sangat popular dengan tourist dan photography spot yg sangat cantik. Malam2 kalo bawak kamera canggih boleh amik gambar bintang yg sangat banyak dan cantik di kawasan Lake Tekapo dan church ni.


Lepas puas bergambar, saya pun balik ke bilik. Kemas barang apa yg patut sbb dah nak check out dan nak teruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Huhuhu lagi 2 malam je kami kat NZ ni pastu kami nak balik Mesia dah.

Destinasi 37: Top 10 Holiday Park, Ashburton

Dari Lake Tekapo kami teruskan perjalanan balik ke Christchurch. Kami akan stay 2 mlm kat sana sebelum balik Mesia. Dalam perjalanan tu singgah p toilet dan solat di Top 10 Holiday Park Ashburton. Sebenarnya tumpang toilet je. Solat kat bawah pokok kat kawasan tu je. Senang.

Sambil tu jalan2 sikit sekitar kawasan. Kawasan ni boleh disewa kepada sapa2 yg bawak campervan/caravan atau yg sewaktu dengannya atau yg nak bercamping. Ada juga kita boleh sewa bilik or chalet. Top 10 Holiday Park ni ada banyak cawangan seluruh NZ. Kalo nak try boleh la. Kami ni tumpang sekejap je so xleh buat review hehehe.

Destinasi 38: Willowbank Wildlife Reserve, Christchurch

Saya suka dengan binatang. Jadi saya dan kakak saya pun p singgah zoo heheheeh. Tapi sebelum tu saya nak cerita sikit pasal pengalaman merasa minor tremors (gegaran kecik) masa dekat parking sebelum masuk ke zoo. 

Masa hari kami tido dekat Homestay En Abdullah hari tu mmg diorang ada cerita pasal minor earthquake ni. Bagi org tempatan, perkara ini adalah biasa dan mereka selalunya xkan panic bila rasa gegaran tu. Kalau gegaran tu datang beberapa kali dalam masa yg singkat baru la diorang akan pegi ke tempat yg lebih selamat sebagai langkah berjaga2.

Ok, berbalik kepada cerita kami, masa tu kami baru parking keta dan ready nak turun. Saya baru cecah sebelah kaki ke tanah. Tiba2 terasa gegaran kuat sampai kereta dan badan kitorang bergegar2. Masa tu xde org lain dekat kawasan parking tu. So kami berdua je. Kami cuma mampu berdiam diri dan tunggu gegaran tu berhenti. Lebih kurang dalam 30 saat gegaran tu pun berhenti. Pergh...kami yg terdiam dalam keta ni xtau nak buat apa. Sangat mendebarkan waktu tu. Xsangka kami akan mengalami saat tu. Xdapat kami bayangkan sekiranya kami menghadapi situasi yg sebenar. Baru minor tremor dah dupdap2 jantung kami huhuhu.

Lepas kami amik tempoh utk bertenang dan mmg yakin xde gegaran susulan, kami pegi juga la masuk ke dalam zoo. Dalam zoo ni kita boleh beli makanan dan bagi makanan pada binatang. Kebanyakkan binatang semua jinak2 belaka dan diorang akan datang ke kita sbb diorang tau visitors bawak makanan.

Puas amik gambar sana sini kami pun bertolak ke destinasi seterusnya.

Destinasi 39: 219 on Johns, Christchurch

Ni tempat tido kami di malam kedua terakhir. Sangat selesa dan besar. Kami sewa rumah 2 bilik siap dengan dapur. Rate harga waktu tu mmg murah. Kalo sekarang xtau la. Tempat ni juga ada sediakan tempat kalau kita bawak campervan/caravan. Boleh sewa tapak dan pakai kemudahan bilik air, bilik mandi, dapur, etc. Tapi kena kongsi la ngn org lain. 

All in all mmg selesa tempat ni. 

Destinasi 40: Christchurch Botanic Garden

Day 11. Kami bangun pagi, sarapan dan kemas beg kami sbb kami nak check out. Mlm terakhir kami kat Christchurch kami tido kat airport je. Sbb flight balik Mesia kami awal pagi. 

Lepas check-out kami sambung jalan2 lagi .Kali ni kami pegi ke Botanik Garden. Saja amik angin dan menghirup udara segar pagi2 sbb esok dah nak balik.vSeperti namanya, tempat ni adalah kawasan taman yg sangat luas dan ada banyak aktiviti menarik yg kita boleh buat. Antaranya cycling, naik gondola, naik tram keliling taman ataupun just lepak2 hirup udara segar.

Banyak jugak jenis bunga kat gargen ni. Puas saya amik gambar. Ditambah pulak dengan warna pokok yg berwarna warni sbb musim luruh. Since xde banyak yg saya nak cerita, just layan gambar yg sempat saya amik masa kat garden ni je la ya heheh.


Destinasi 41: Cathedral Square

Walaupun dah lebih setahun kejadian gempa bumi berlaku di Christchurch masa kami pegi tu, masih lagi terdapat kesan2 yg boleh kami nampak semasa kami jalan2 di bandar ni termasuklah di Canthedral Square. Sebelum berlakunya gempa bumi pada 2010 dan 2011, Canthedral Square adalah pusat perniagaan bandar Christchurch dan menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong sbb banyak juga tempat menarik di kawasan ni. Tapi lepas kejadian gempa tempat ni mmg dah ditutup utk tujuan baik pulih. Mmg xboleh masuk ke kasawan tu dah. Cuma boleh tengok dari sebalik pagar je. 

Selain dari Canthedral Square, ada banyak lagi kesan gempa bumi yg kami nampak. Bangunan2 & papan tanda yg runtuh dan retakan dekat jalan raya. Christchurch Bridge of Remembrance yg dibina utk memperingat askar2 masa World War 1 & 2 dan perang di Asia Tenggara pun tutup gak.


Destinasi 42: Re:Start, Christchurch

Ini adalah kawasan di mana bangunan2 sementara dari kontena dibina utk peniaga2 yg nak memulakan balik perniagaan lepas kejadian gempa bumi. Tu sebab depa kasi nama 'Re:Start'. Kawasan ni mmg bersebelahan je dengan Cathedral Square tu. Kontena2 tu dicat dengan berwarna warni dan juga banyak cafe, bank dan kedai pakaian yg ada. Sesuai kalau korang nk datang shopping. 

Kitorang beli la cenderahati sikit. Sbb ada flea-market kat sini. Not sure hari2 ada atau weekend je. Sbb kitorang datang hari weekend.

Lepas habis melawat semua tempat kami singgah di Masjid An-nur yg kami pernah singgah masa hari pertama kami. Singgah solat dan habiskan bekalan makanan kitorang. Lepas tu rehat2kan badan juga.


Destinasi 43: Christchurch Airport

Malam tu kitorang tinggalkan kereta dekat parking airport. Mmg company rental car dah kasitau nak tinggal kat mana. Senang je. Mula2 plan nak duduk je dlm kereta sampai pagi. Tapi lama2 rasa xselesa pulak. Dah la sejuk. Lagi2 bila nak p toilet semua tu jauh.

Maka kitorang pun amik keputusan masuk ke airport. Sbb flight lewat malam xde, so airport masa mlm hari agak gelap je kecuali beberapa kawasan. Bila kami masuk rupa2nya ramai lagi orang mcm kami ni. Yg x duk hotel dan menumpang tido di airport. Syok je tengok diorang ni tido atas lantai. Siap ada yg bukak sleeping bag. Kami pulak cuma duduk atas kerusi je la menantikan waktu pagi sampai sambil cuba lelapkan mata.

Tapi walau duduk dalam airport, sbb tempat duduk kami ni dekat dengan pintu, so everytime pintu terbukak je angin malam yg sejuk gilerr menerpa masuk. Pergh.... sejuk sangat waktu tu. Mmg xsabar nak naik kapal terbang sangat rasanya. Hahahahh.

Lepas beberapa jam tunggu akhirnya sampaila waktu kami utk boarding. Alhamdulillah... berakhir sudah perjalanan kami di bumi New Zealand ni. Negara yg macam xpercaya je saya dah pegi. Bumi Allah yg sangat cantik, orang tempatan yg peramah dan kehidupan yg sangat laidback dan relax. Banyak pengalaman yg dapat saya kutip waktu di sini. 1st time travel berdua dengan kakak saya. Semoga kami berdua dapat kembali lagi ke sini. 

Sekian...tooodleesssss!!!!

Note: Write-up dah lama siap tapi gambar malas nak pilih. maka post ni tiada bergambar hehehe

No comments: