South Island, New Zealand - Part 9

Peringatan (amboi!):
Cerita ni berlaku pada May 2012. Mungkin terdapat fakta2 yg dah outdated. Jadi perlu rujuk maklumat yg terkini ya kawan2 :).

Destinasi 30: Nesli Turkish Kebabs, Dunedin Central


Malam terakhir kami kat Dunedin kitorang carik makanan halal. Jumpa beberapa kedai kebab halal dan kami pilih utk singgah kat cni. 


Kedainya comel je. Terletak di antara deretan kedai kat kawasan bandar Dunedin. Kalau nak cerita kat mana mmg xtau. Pandai2 nanti guna Waze or GPS ye. Kami order kebab ayam dan kambing dan juga nasi utk makan malam kami dan jugak buat bekalan. Kena beli siap2 bekalan sebab nnt mungkin susah nak jumpa kedai halal dekat destinasi kitorang yg seterusnya. Dan insya Allah makanan xmudah basi sbb cuaca sejuk.

Rasa makanan mmg sedap. Saya yg bukan pemakan kambing ni pun boleh makan lamb kebab dia sbb bau lamb tu xde. Alhamdulillah...kenyang dan puas hati!
Beli lebih sbb nak buat bekal hehehe
Ada 5 cawangan boleh la pilih nak pegi yg mana
Nampak sedap kan? kan? kan? Memang sedap heheheh. Kalo bukan pemakan daging kambing cam saya pun boleh makan
Pilaf makan dengan kentang apa ntah. Nasik tu sedap tapi kentang tu xsedapppp

Destinasi 31: Moeraki Boulders.

Day 8! Awal pagi kami dah check out dari Garden Motel lepas sarapan ala kadar sekadar utk alas perut. Travel with specific budget ni mmg macam ni. Kami lebih kisahkan jalan2 dan destinasi jalan2 kami dari makanan heheheh. 

Dari Dunedin, kami akan berenti di Lake Tekapo utk tido semalam. Utk ke sana kami akan lalu Oamaru, Kurow dan Twizel dan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tapi sebab kami singgah2 maka lebih la masa yg di amik utk sampai ke sana.

Pagi2 drive (kakak sye drive) sambil menyaksikan sunrise yg sangat terbaek! Perjalanan kami diiringi dengan pemandangan lautan dan jugak gunung ganang yg subhanAllah... sangat cantik... Ada kawasan cantik je kami berenti turun amik gambar hehehehe. Rugi rasanya kalau x capture moment tu dalam gambar. Ye la...xtau bila lagi ada rezeki nak jejak kaki di bumi Allah yg satu ni...


Sunrise. SubhanaAllah...Masih di Dunedin
Landasan keretapi dan suasana pagi yang hening
Morning mist. Sejuk dan mistik
Lebih kurang satu jam perjalan akhirnya kami sampai ke destinasi seterusnya iaitu Moeraki Boulders. Ianya terletak di sepanjang persisiran pantai Koekohe. Hehehe kelakar pulak nama pantai ni. Kalau korang nak tau sbb penduduk asal New Zealand adalah orang Maori, maka kebanyakkan nama2 pantai, gunung, tasik mmg diambil dari bahasa asli Maori. Contohnya nama lake Wanaka, Wakatipu, Tekapo. Kalo beach pulak Karekare, Koekohe, Kaiteriteri dan lain2 lagi.

Ok berbalik kepada Moeraki Boulders, ianya adalah batu-batuan bulat besar yg terjadi secara natural disebabkan oleh mudstone terhakis dan yg dipukul ombak sejak berjuta tahun yg lalu. Pergh..... hebat betul ciptaan Allah SWT kan? Kalau ikut pembacaan saya batu yg paling besar adalah berdiameter 2 meter! Wow!

Utk turun ke pantai kami kena bayar $2. Tapi xde kaunter apa pun, just diorang letak tabung kat tepi tangga sebelum turun ke pantai. 

Sebab kami sampai awal, maka xde orang lansung kat pantai waktu tu. Matahari pun belum terik atas kepala. Suasanya sangat hening, sejuk dan nyaman... Bersih sangat kawasan pantai tu. Pasir pulak sangatlah halus. Kami amik peluang berjalan2 sambil hirup udara segar. Kalau korang rajin nak berjoging mmg sesuai sangat tempat ni.

Lepas amik gambar dan jalan2 tepi pantai, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya.


Morning mist dan pantai yg sangat cantik
Antara deretan batuan bulat kat tepi pantai. Cantik betul ciptaaan Allah SWT kan?
Saya pun nak amik gambar kat batu bulat gak heheheheh
Close up atas batu. Ada teritip dan mussel. Kalo rajin boleh kutip mussel buat masak sambal heheheh

Destinasi 32: Waitaki Powerstation

Kami berhenti kat cni sebab nak berehat dan buang air kecil je sebenarnya. Tapi rupanya2 xde tandas. So sbb dah berenti kami pun lepak2 kejap sambil menikmati pemandangan empangan yg cantik. Cantik sangat cuaca waktu tu. Cerah dan langit sangat biru. Ditambah pulak dengan bunyi desiran air dari empangan... perghhh kalau buat BBQ kat tempat ni pun best jugak eheheheh.
Lepak2 kejap sambil berehat kat sini
Cantik tau kat sini walaupun xde apa2

Destinasi 33: Omarama Town

Sbb tadi nak pegi toilet tapi toilet xde, so kitorang pun berenti la pulak di pekan Omarama ni. Alhamdulillah dapat jugak melepaskan hajat yg tertangguh tadi. Mcm biasa, dlm bilik air dia xde air, so kena tadah kat sinki kat luar. Pastu air dia sejuk yg amats mcm baru keluar dari freezer ahahahah. Tahan je la kan.


Pekan yg kami singgah ni sangat la mcm cowboy town, kecik dan macam xde orang langsung hehehe. Yg kami jumpa cuma satu family omputeh yg berenti p toilet jugak. Tu pun diorang mcm tourist jugak. Xbanyak pun org jalan2 or kete lalu lalang. Mungkin kalau kami masuk kat cafe or singgah petrol station baru jumpa orang kot.

Cafe kat Pekan Omarama. Cam xde orang jek hehehe
Cam xde orang je pekan ni tau. Nampak 2 org je tengah jalan, kete pun xde yg lalu lalang. Lagi sibuk kat kampung saya eekekekek
Petrol station yg xde customer gak
Destinasi 34: Lake Pukaki


Lepas 2 jam drive bawak kete kami singgah pulak di Lake Pukaki. Singgah nak makan lunch sbb perut dah berkeroncong. Sekali lagi kami makan makanan yg simple je yakni potato salad buatan sendiri dan buah kiwi.

Lake Pukaki ni sangat cantik, tapi waktu kami datang ni cuaca dah agak mendung dan berangin. So air tasik mmg mcm bergelora.


Sedang kami rehat2 dan makan, sampai satu couple dari Malaysia ni. Kami pun sembang2 la. Rupa-rupanya diorang pun tgh travel mcm kitorang jugak. Bezanya diorang lagi lama dan diorang tido dalam kereta diorang je. Perghh... gigih kan? Lagi adventure diorang kata. Dan lebih jimat pastinya. Bestnya kalau cuti banyak boleh travel berbulan2 mcm diorang ni. Tapi sye tetap bersyukur jugak sbb walau cuti tahunan cuma 26 hari tapi masih dapat berjalan2. Alhamdulillah...


SubhanAllah...cantik sangat. Dengan tasik yg luas dan banjaran gunung dilitupi salji
Me and my sis. Rehat makan dulu
Cantik kan?

Destinasi 35: Tailor-Made Tekapo Backpackers


Lepas kenyang kami pun teruskan perjalanan lagi. Kali ni kami dah xberhenti mana2 sampai ke destinasi yg terakhir utk hari ke 8 ni iaitu di Lake Tekapo. Malam ni kami akan tido di Tailor-Made Tekapo Backpackers, 300 meters dari Lake Tekapo. Jalan kaki kejap je dah sampai tepi tasik yg sangat cantik tu. Kalo korang ingat, kami ada singgah di Lake Tekapo pada hari ke 2 kami. Tapi tu singgah kejap utk rehat dan solat di tepi tasik je. Cerita pasal tu boleh baca kat sini.


Kat hostel ni kami duk kat bilik with en suite bathroom. Dapor, PC utk access internet (masa tahun 2012 ni kan sye xde smartphone lagi heheh) kat building lain yg dekat je dari bilik kitorang. Bilik kitorang lengkap dengan tiwi dan of course heater.


Lepas check-in kami rehat2 kejap. Hajat dihati nak guna PC tapi lepas tu tetido pulak heheheh. Bangun2 je kakak saya dah keluar berjalan ke tasik sorang2. Alahai sbb tengah mamai lagi masa tu sye pun malas nak join. Terus sambung tido je la hehehehe. Xpe, esok masih ada...


Bilik kitorang.
Selesa dan kemas.
Xde dapur tapi ada kettle. Boleh masak maggi dan air panas hehehe
Papan tanda yg comel
Malam tu kami habiskan bekalan kebab yg kami beli kat Dunedin. Xlupa jugak makan coklat yg kami dapat masa join tour kilang Cadbury on day 6 hari tu. Tapi bukan semua boleh makan, jenuh kami baca kandungan coklat tu. Akhirnya daripada banyak2 yg kitorang dapat tu, cuma sejenis dua je yg boleh makan. Yang lain tu kami tinggal je dalam bilik masa nak check-out. Harap2 ada org amik dan makan.

Antara coklat yg kami dapat masa pegi Cadbury World hari tu. Tapi bukan semua boleh makan
Habiskan bekalan kebab yg beli kat Dunedin hari tu. Sedapppp. Sos cili tu tambah sendiri ya

Ok tu je cerita utk kali ni. Jumpa lagi di lain entry. Toooodddllleeessss!!!


No comments: